Bakal-bakal ibu sudah mesti inginkan pemakanan yang sihat terutamanya ketika mengandung agar kesihatan terjaga. Ketika hamil, para ibu disarankan mengambil sejumlah makanan tambah darah merah kerana ramai wanita mudah mengalami anemia.
Anemia ialah satu keadaan di mana ibu mengandung mengalami kekurangan darah kesan jumlah sel darah merah yang sihat tidak mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh lalu menyalurkannya pada janin.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
Anemia – pembawa masalah besar bagi ibu hamil 11 Senarai makanan tambah darah merah Kesan kurang darah merah dalam badan Perlu mengamal makan makanan tambah darah merah jika ada simptom-simptom ini!Ramai wanita mudah mengalami masalah anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Kenapa sel darah merah itu penting? Sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membantu untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.
Ramai juga wanita terlepas pandang apabila mereka menunjukkan simptom-simptom dan anggapkan ia sebagai benda biasa dan tidak apa apa. Itu adalah bahaya dan mungkin akan membawa musibah kepada diri sendiri. Oleh itu, mari kita lihat simptom-simptom itu:
Mengalami keletihan Kelemahan tubuh badan Kulit kekuningan atau pucat Degupan jantung tidak teratur Sesak nafas Pening kepala Sakit dada Tangan dan kaki sejuk Sakit kepalaPada mulanya, anemia sangat sedikit sampai mereka tidak tahu pun. Tetapi, simptom akan menjadi teruk apabila anemia semakin kronik.
Namun, bakal ibu boleh mencuba beberapa jenis makanan yang boleh membantu menambah darah merah.
Sedap! Ini 11 senarai makanan tambah darah merah terbaikUntuk mengelakkan komplikasi anemia untuk berlaku, ibu boleh mencuba 11 makanan tambah darah merah supaya sel-sel darah merah itu boleh dihasilkan dengan banyak dan tidak berkurangan. Berikutnya adalah:
Pisang. Pisang dapat membantu tambah sel darah merah kepada wanita hamil. Boleh ambil sekurang-kurangnya dua biji seriap hari kerana dikandungi dengan folat yang membantu perkembangan janin dan dapat menghasilkan sel baru. Daging merah. Zat besi dari sumber haiwan seperti daging merah mudah diserap ke dalam tubuh berbanding sumber lain. Dengan itu ia akan dapat mencegah masalah anemia. Brokoli. Brokoli mengandung antioksidan yang boleh melawan penyakit dan jangkitan sekaligus. Membantu untuk menjaga kehamilan para isteri.Kredit: Unsplash
Hati ayam. Makan hati ayam dapat tambah kepekatan darah. Tetapi, jangan ambil terlalu banyak kerana organ dalaman haiwan tidak bagus untuk kesihatan otak. Kekacang. Ambil kacang sebagai snek adalah bagus untuk mencegah anemia kerana ia adalah sumber untuk menambah darah. Sayur bayam. Sayur bayam ialah makanan yang paling bagus untuk ibu hamil berbanding sayur yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi. Kerang. Kerang adalah bagus untuk mencegah kekurang sel darah marah. Namun, pastikan ia dimasak sepenuhnya dan elak makan kerang mentah Kuning telur. Mengandungi nutrien yang diperlukan untuk menambah sel darah merah. Ia juga dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Buah Delima. Kandungan zat besi dalam buah delima dapat mengurangkan anemia dan juga mempertahankan jumlah sel darah yang mencukupi. Oat. Oat merupakan mineral yang sangat bagus untuk tubuh ketika hamil malah ia juga mudah dicerna. Madu, kurma dan kismis. Anda boleh gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan anda. Tapi, pastikan ia organik. Boleh ambil juga kurma dan kismis kerana ia memberi tambahan tenaga selama kehamilan dan meningkatkan sel darah merah. Kesan kurang darah merah dalam badanRamai juga para wanita tidak tahu betapa teruk padahnya apabila mengalami penyakit anemia. Ia akan menyebabkan para wanita mengalami beberapa implikasi negatif seperti yang dikongsikan di bawah.
Keletihan yang melampau. Anemia yang kronik akan membuatkan anda sangat penat sampai anda tidak mampu untuk membuat kerja dan mengikut rutin harian anda. Komplikasi kehamilan. Wanita hamil dengan kekurangan folat akan ada risiko untuk mengalami komplikasi kehamilan seperti kehamilan pra-matang.Kredit: Washington University School of Medicine
Masalah jantung. Anemia boleh membawa masalah jantung seperti denyutan jantung tidak sekata. Apabila jantung menghasilkan darah lebihan untuk mengisi kekurangan oksigen dalam darah, ia akan menyebabkan masalah sakit jantung. Kematian. Anemia boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Disebabkan itu, peluang untuk kematian adalah sangat tinggi.Selain makanan, anda juga harus mengamalkan gaya hidup sihaty dan mengikuti arahan doktor supaya penyakit anemia dapat dibendung. Oleh itu, kami mendoakan untuk para wanita agar bayi dan ibu sentiasa dalam keadaan sihat.
Semoga ini membantu.
Mayo Clinic , Healthline , Bangkok Heart Hospital
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cepat Penat Ketika Hamil? Jika Ia Berterusan, Rujuklah Doktor
Baca juga: Tambah Darah Ibu Hamil Dengan 6 Makanan Ini, Elak Anemia!
Baca juga: Anak Kurang Zat Besi Nampak Penat, Pantau Simptom & Cara Mengatasi
The post Perlu Amal Makan Makanan Tambah Darah Merah Jika Anda Ada Simptom-Simptom Ini! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.