Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung 80-90 Seminit, Jika Lebih 100 Tanda Bahaya!

$
0
0

Ibu yang sedang hamil akan mengalami banyak perubahan pada dirinya, ia termasuk degupan jantung yang dapat dikesan melalui pemeriksaan nadi. Kadar denyutan nadi normal bagi ibu mengandung pula adalah berbeza untuk setiap wanita kerana ia turut bergantung kepada kecergasan mereka sebelum hamil serta usia.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

Kadar denyutan nadi normal wanita mengandung Pentingnya mengetahui kadar denyutan nadi Punca denyutan nadi tidak normal dan cara mengatasi

Untuk mengetahui degupan jantung ini boleh diperiksa menggunakan stetoskop manakala, denyutan nadi pula boleh diperiksa pada pergelangan tangan dan leher.

Kadar denyutan nadi normal bagi ibu mengandung

Ketika dalam keadaan rehat, kadar degupan jantung dan denyutan nadi yang normal selalunya lebih tinggi semasa hamil, berbanding degupan jantung sebelum hamil.

Keadaan ini dapat dirasai seawal dalam seminggu pertama selepas berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum. Jantung bayi pula mula dapat dikesan seawal minggu ke-5 selepas persenyawaan.

Dengan peningkatan kadar jantung, ia akan mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh terutamanya pada uri untuk menghantar bekalan darah yang mengandungi oksigen dan nutrien secukupnya.

Bagi wanita dewasa, denyutan nadi normal adalah 60 hingga 80 denyutan seminit manakala, bagi ibu mengandung pula sekitar 80 hingga 90 denyutan seminit. Ia dianggarkan meningkat sekitar 10 hingga 20 denyutan seminit sewaktu mengandung.

Kenapa perlu tahu kadar denyutan nadi normal ibu mengandung?

Pentingnya mengambil berat mengenai kadar denyutan nadi kerana jika ia melebihi atau kurang daripada normal, dibimbangi mengundang masalah kesihatan.

Sekiranya kadar denyutan nadi itu tinggi melebihi 100 kali per minit, ia dipanggil sebagai tachycardia sekali gus perlu bertemu doktor untuk mengetahui punca tersebut. Mungkin ia disebabkan masalah biasa seperti demam atau tekanan atau sebab penyakit serius atau jantung.

Jika kadar denyutan nadi itu kurang daripada 60 kali per minit, ia disebut sebagai bradycardia. Ia mungkin berlaku sekiranya seseorang itu atlet atau mengalami penyakit masalah jantung.

Punca-punca denyutan nadi berubah jadi tidak normal

Jika ibu tersebut banyak melakukan pergerakan menyebabkan tekanan meningkat pada tubuhnya. Berat badan bertambah berlebihan dalam tempoh mengandungkan bayi. Gaya hidup seperti melakukan tabiat tidak sihat antaranya merokok, pengambilan alcohol dan sebagainya. Anemia Aritmia Mengalami tekanan dan anxiety Mempunyai masalah sakit jantung yang pelbagai. Kehilangan darah yang ketara. Avitaminosis (penyakit yang disebabkan kekurangan satu atau lebih daripada satu vitamin) dan kekurangan mirkonutrien yang diperlukan oleh badan wanita. Minuman seperti kopi dan teh yang kuat.

Cara mengatasi supaya denyutan nadi normal sewaktu hamil

#1) Melakukan senaman

Ibu mengandung sudah tentu tidak boleh melakukan aktiviti yang terlampau lasak bagi menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta kandungan. Bagaimanapun, terdapat senaman ringan yang sesuai serta baik untuk ibu hamil.

Sebagai contoh, lakukan aerobik ringan, berjalan atau pelbagai lagi senaman untuk ibu mengandung kira-kira 150 minit seminggu. Ia adalah cara terbaik untuk memastikan kadar nadi ibu dalam keadaan stabil sepanjang tempoh mengandung.

#2) Pengambilan diet pemakanan yang sihat

Secara purata, ibu hamil disyorkan mengambil kira-kira 2,200 hingga 2,900 kalori setiap hari. Angka tersebut sudah tentu berbeza sebelum mereka mengandung selari mengikut bentuk badan mereka, berat, saiz dan pemilihan makanan.

Justeru dapatkan nasihat yang betul mengenai diet pemakanan ibu sepanjang melalui proses kehamilan. Makan makanan tinggi protein, buah-buahan dan sayur-sayuran bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan.

#3) Pengurusan tekanan dan anxiety

Bukan hanya menjaga kesihatan fizikal dan makanan, pengurusan tekanan dan anxiety juga penting kepada ibu. Jika kesihatan mental ini tidak diambil berat, ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar denyutan nadi ibu hamil. Boleh amalkan dengan latihan pernafasan secara perlahan dan dalam serta kosongkan fikiran  daripada tekanan yang dialami.

Bagi umat Islam, boleh juga mengamalkan doa dan zikir, membaca al-Quran dan meluahkan kepada Allah SWT untuk menenangkan fikiran.

theAsianparentIndonesia, bebodywise.com, I Live! Ok!, Youtube Dr Ikram Rauhi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagus Untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Makan Buah Nanas Untuk Ibu Mengandung Ramai Tidak Tahu!

Baca juga: Keluar Susu Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal? Berbahayakah Untuk Kandungan Ibu Hamil?

Baca juga: Ibu Mengandung Berpuasa Di Bulan Ramadhan? Ini Nasihat Doktor!

The post Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung 80-90 Seminit, Jika Lebih 100 Tanda Bahaya! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>