Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Cara Menggunakan Pregnancy Test Yang Betul Untuk Tahu Anda Mengandung Atau Tidak

$
0
0

‘Eh..macam mana nak guna benda alah ni?’ Itu pertanyaan biasa dalam kalangan wanita yang baru pertama kali mahu menjalani ujian kehamilan di rumah. Maklumlah baru saja beberapa bulan mendirikan rumah tangga dan teruja mendapatkan cahaya mata, tidak tahu cara menggunakan pregnancy test dengan betul.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

Cara menggunakan pregnancy test, bilakah waktu terbaik untuk dapat keputusan yang tepat? Cara menggunakan pregnancy test mengikut jenis Penguji kehamilan yang manakah paling tepat?

Terdapat 3 jenis kit ujian kehamilan yang biasa digunakan oleh ibu atau bakal ibu. Cara penggunaan setiap jenis tersebut juga berbeza. Di sini kita beri panduan kepada ibu-ibu bagaimana cara yang betul untuk membuat ujian kehamilan di rumah.

Cara menggunakan pregnancy test, bilakah waktu terbaik untuk dapat keputusan yang tepat? Sebelum kitaran haid seterusnya sampai. Jika anda mendapati haid lambat daripada biasa, adalah disarankan untuk menjalani ujian ini. Untuk mendapatkan keputusan lebih tepat, boleh buat ujian 2 minggu selepas tarikh sepatutnya datang haid. Jika tidak mahu menunggu, boleh melakukannya seminggu selepas hubungan intim. Biasanya, tubuh memerlukan 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan untuk meningkatkan kadar hCG sekiranya hamil. Ada yang menyarankan buat ujian kehamilan selepas bangun pagi kerana kepekatan urin yang tinggi. Namun, anda tidak semestinya lakukannya pada pagi hari kerana hormon hCG akan sentiasa tinggi jika anda hamil tak kira waktu.

Cara menggunakan pregnancy test mengikut jenis

1- Strip UPT


UPT jenis strip adalah antara alat ujian kehamilan paling murah di pasaran. Harganya adalah sekitar RM4 hingga RM7 sebungkus.

Cara penggunaan:

Takung sedikit urin dalam bekas kecil. Bagi UPT jenis strip, ada jenama yang sertakan bekas atau cawan kecil sekali. Letakkan bekas takungan di atas permukaan rata. Celupkan strip UPT lebih kurang 5 saat. Tunggu dalam 5 hingga 10 minit untuk keputusan.

Cara baca keputusan:

Dua jalur = mengandung (positif) Satu jalur di garis C (control line) = tidak mengandung (negatif) Tak keluar jalur = perlu buat ujian lagi sekali kerana strip tidak menunjukkan keputusan (invalid).

2- Cassette UPT


UPT jenis ini pula rekaannya lebih tahan lasak dan lebih selesa untuk digunakan. Hanya titiskan urin pada tempat yang disediakan.

Sesetengah jenama juga sediakan bekas urin untuk memudahkan penggunaan selain didatangkan dengan penitis. Harganya adalah sekitar RM8 hingga RM15.

Cara penggunaan:

Kumpulkan urin pada satu bekas kecil. Ambil sedikit urin menggunakan penitis dan letakkan dalam 5 titisan ke tempat yang disediakan. Setelah dititiskan, letakkan UPT tersebut pada permukaan rata. Tunggu keputusan pada paparan skrin.

Cara baca keputusan:

Dua jalur = mengandung (positif) Satu jalur di garis C (control line) = tidak mengandung (negatif) Satu jalur di garis T atau tiada garis muncul = perlu buat ujian lagi sekali kerana strip tidak tunjukkan keputusan (invalid).

3- Midstream UPT

UPT jenis ini pula adalah yang paling canggih di pasaran. Harga jauh lebih mahal sekitar RM40 ke atas.

Ada 2 jenis midstream UPT iaitu digital dan bukan digital. Fungsinya sama seperti alat ujian kehamilan yang lain, tetapi yang istimewanya UPT midstream digital boleh beri keputusan termasuk dengan kiraan minggu kehamilan.

Cara penggunaan:

Letakkan urin di hujung strip. Letakkan alat ujian kehamilan di permukaan rata. Tunggu keputusan keluar. Cara baca keputusan menggunakan midstream juga lebih mudah namun ia bergantung kepada jenama yang digunakan. Ada yang tunjukkan keputusan ‘Pregnant’ atau ‘Not Pregnant’ , ada yang keluar dua jalur atau simbol positif ‘+’ tanda hamil.

Penguji kehamilan yang manakah paling tepat?

Kebanyakan alat UPT di pasaran sering menarik pelanggan untuk membeli dengan menjanjikan 99 peratus ketepatan jika digunakan dengan betul. Sebenarnya, alat UPT yang paling berkesan ialah yang boleh mengenal pasti kadar hormon pada kepekatan rendah.

Ia membuktikan yang alat tersebut lebih sensitif pada kandungan hCG dalam urin, tidak kiralah jenis apa pun.

Contohnya, alat UPT yang boleh mengenal pasti kadar hormon pada 20mlU/ml adalah lebih tepat berbanding alat yang boleh mengesan pada kadar hormon 50 mlU/ml.

Semakin kecil nilai hCG yang boleh dikenal pasti, semakin tepat alat ujian tersebut. Biasanya pada awal kehamilan hormon hCG tidak begitu tinggi.

Oleh sebab itu, ada yang perlu buat ujian beberapa kali atau perlu tunggu dalam 2 minggu selepas hari yang sepatutnya datang haid.

Dengan alat UPT yang dapat menguji kehamilan dengan kadar hormon hCG rendah, ujian yang anda buat akan lebih tepat walaupun pada awal usia kehamilan.

Anda disarankan untuk membeli alat ujian kehamilan di farmasi terdekat dengan sensitiviti sekurang-kurangnya 25mlU/ml. Jika anda dapati mengandung setelah jalani ujian dan mengalami simptom-simptom mengandung yang jelas, dapatkan rawatan susulan dengan doktor bagi menjamin kesihatan anda dan kandungan. 

Facebook Ibu Wanita Dunia Si Manja

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Bilakah Masa Terawal & Sesuai Untuk Lakukan Ujian Kehamilan?

Baca juga: Kenapa Haid Lewat & Saya Ada Tanda Macam Hamil, Tapi Ujian Kehamilan Negatif?

Baca juga: Toothpaste Pregnancy Test atau Ujian Kehamilan Ubat Gigi, Betul Ke Ni!?

The post Cara Menggunakan Pregnancy Test Yang Betul Untuk Tahu Anda Mengandung Atau Tidak appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>