Ibu mana yang tidak risau malah gundah gelana menantikan saat bakal bersalin. Sebab itu, demi mengurangkan gemuruh yang anda rasa, anda digalakkan untuk membaca doa mudah bersalin sepanjang kehamilan anda.
Doa mudah bersalin adalah salah satu cara yang boleh kita amalkan untuk memudahkan proses bersalin. Umumnya, kita memang tahu yang bersalin itu memang sakit.
Jadi, ini adalah senarai doa-doa dan zikir yang boleh diamalkan untuk bakal-bakal ibu di luar sana. Semoga perjalanan anda untuk melahirkan bayi itu dipermudahkan-Nya.
9 Doa mudah bersalin untuk bakal ibuKredit: surijunior.com
Antara doa dipermudahkan bersalin yang biasa diamalkan adalah dengan membaca surah-surah pilihan berikut:
Surah Yusuf: Untuk anak cantik rupa dah akhlak Surah Luqman: Untuk anak cerdik Surah Maryam: Memudahkan proses bersalin Surah Yasin: Untuk anak tidak terpengaruh dengan maksiat Surah al-Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu Surah al-Imran 38: Untuk anak yang baik Surah al-Imran ayat 8-9: Untuk memohon rahmat Surah Ibrahim ayat 40: Untuk anak mudah mengerjakan solat Surah al-Baqarah ayat 128: Untuk anak patuh pada Allah S.W.TSurah-surah ini boleh diamalkan oleh bakal-bakal ibu selepas menunaikan solat. Anda juga boleh mengamalkan beberapa zikir zikir ini semasa hamil:
Zikir yang juga boleh diamalkan si ibu“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
Zikir-zikir ini pula anda boleh amalkan semasa sedang sakit bersalin:
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”
Maha Suci Allah
Aku memohon ampun kepada Allah
Ayatul kursi juga antara doa dipermudahkan bersalin yang boleh diamalkan semasa anda sedang sakit bersalin.
Doa yang juga boleh diamalkan oleh para suamiUntuk suami, anda juga boleh amalkan zikir-zikir di atas, dan ketika anda menemani isteri anda semasa bersalin, anda boleh mengamalkan zikir ini bagi memudahkan proses bersalin isteri anda.
Allahumma yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khoir
“Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”
Sakit bersalin memang tak dapat diluahkan dengan kata-kata, dan Allah telah memilih wanita untuk menanggung sakit ini kerana Dia tahu yang kita kuat untuk menahannya.
Kelebihan hafal doa dipermudahkan bersalin Diri lebih dekat dan kembali kepada Allah S.W.T Memudahkan proses bersalin seperti mana ajaran Rasulullah. Doa-doa ini telah dibaca oleh para nabi dan diturunkan dalam al-Quran Ibu akan rasa lebih tenang ketika proses bersalin Kelahiran bayi akan jadi mudah dan cepat. InsyaAllah Mengurangkan rasa gugup dan gementar untuk bertempuh ketika bersalin Salah satu sokongan kerohanian di samping doa keluarga dan suami Ibu lebih yakin untuk bersalin dan tak sabar nak melihat si kecil lahir ke dunia. Sentiasa yakin bahawa para malaikat turut mendoakan kesejahteraan ibu ketika melahirkanJadi dengan senarai doa mudah bersalin dan zikir-zikir di atas, diharapkan ia boleh memudahkan urusan bersalin ibu-ibu semua. InshaAllah.
Kami di theAsianparent mendoakan agar anda selamat bersalin. Amin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Doa Cepatkan Proses Bersalin Untuk Bakal Ibu, Jadikan Ini Sebagai Panduan!