Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Selamatkah berpuasa ketika hamil?

$
0
0

 shutterstock_101258680

Tempoh kehamilan yang memakan masa 9 bulan memungkinkan ramai wanita Muslim yang mengandung akan melewati bulan Ramadhan semasa hamil.

Mengikut mazhab Imam Syafie, sekiranya dikhuatiri  dengan berpuasa itu akan memudaratkan ibu atau bayi atau kedua-duanya, ibu tersebut diwajibkan berbuka. Puasa itu boleh diganti di kemudian hari.

Walau telah diberi kelonggaran oleh agama, 70% daripada wanita Muslim yang hamil memilih untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Pasti ada yang tertanya-tanya, kalau bayi yang dikandung itu lapar, macam mana dia nak dapatkan makanan/zat sedangkan ibunya tidak makan dan minum apa-apa?

Walaupun seseorang ibu hamil itu berpuasa, bayi di dalam kandungannya masih boleh mendapatkan zat makanan untuk keperluannya dengan menyerap zat yang disimpan di dalam tubuh si ibu melalui tali pusat…walaupun si ibu itu berpuasa.

 

Apa kata doktor

Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi.

Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan (trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa.

Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa.

Oleh itu, walalupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.

Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:

~  kencing manis

~ penyakit hati yang tidak berfungsi

~ penyakit bronchial asthma yang teruk

~ tekanan darah tinggi yang tidak terkawal

~ kehamilan kembar

~ risiko kelahiran pramatang

~ masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

BERKAIT: 4 Ramadan activities for children: Celebrate without fasting

 

Nak puasa atau tidak berpuasa

 Tidak dinafikan ada ibu-ibu hamil yang berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bahagia rasanya dapat menjalani ibadah puasa tanpa ‘gangguan’ daripada ‘kawan baik’ kita yang selalu datang setiap bulan itu…

Namun, harus diperhatikan tanda-tanda seperti di bawah ini agar anda dan kandungan anda tidak terjejas disebabkan puasa anda itu. Lagipun, sebagai wanita hamil, anda memang telah diberi lampu hijau dari awal lagi untuk tidak berpuasa.

1. Pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan, segera hubungi doktor anda.

2. Loya atau muntah.

3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak/kurang menendang).

4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda dehidrasi.

5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.

6. Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.

7. Sakit kepala atau demam.

 BERKAIT: The Do’s and Don’ts of Ramadhan

 

Tips pemakanan ketika berpuasa sewaktu hamil

 Utamakan memakan makanan yang berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar yang lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.

Banyakkan juga mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.

Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.

Lewatkan waktu bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat-saat akhir imsak supaya anda tidak cepat berasa lapar pada siang hari.

Usahakan untuk minum 2 liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

 BERKAIT: How do children observe Ramadan? 

 

Rujukan:

Doctors and clerics issue warnings over Ramadan fasting while pregnant

Berpuasa semasa hamil

Tips Berpuasa Selama Hamil

Panduan Kehamilan Semasa Puasa

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>