Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil, Bukan Semua Ubat Ibu Boleh Makan Ya!

$
0
0

Meniti hari bahagia sepanjang kehamilan memang mengujakan dan menggembirakan. Namun, ketika fasa kehamilan tidak dinafikan wanita diuji dengan pelbagai perkara berkaitan kesihatan termasuklah kerap migrain dan sakit kepala. Jadi bagaimana cara hilangkan sakit kepala ketika hamil?

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

Cara hilangkan sakit kepala ketika hamil Bagaimana cara untuk merawat sakit kepala ketika hamil? Cara mencegah sakit kepala ketika hamil

Sakit kepala adalah keadaan yang biasa berlaku kepada ibu hamil yang mana keadaan ini sekaligus mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka.

Ada yang mengadu sakit kepala di satu bahagian saja, ada juga yang melibatkan keseluruhan kepala dan pelbagai lagi. 

Cara hilangkan sakit kepala ketika hamil & apa puncanya?

Ramai ibu hamil mengalami migrain dan sakit kepala semasa mengandung. Terdapat banyak penyebab yang menyumbang kepada keadaan ini tetapi peningkatan kadar hormon estrogen yang tinggi dikatakan penyebab utama. 

Malah ada wanita yang tidak pernah mengalami migrain akan mula mengalaminya apabila hamil. Tahap estrogen yang tinggi dalam badan meningkatkan kebarangkalian untuk berlakunya sakit kepala. 

Selain itu, ada juga penyebab lain yang dikatakan boleh menyumbang kepada sakit kepala ia termasuklah:

Tekanan Kurang tidur Kafein Coklat Makanan yang mengandungi perisa tambahan MSG (monosodium glutamat) Aspartame iaitu pemanis yang biasanya diletakkan dalam gula untuk mengawal diabetes

Selain itu, masalah pening kepala ketika hamil juga dikatakan berkaitan dengan dehidrasi terutama semasa trimester pertama yang mana ketika anda berkemungkinan mengalami muntah dan loya. 

Selain itu, ramai wanita hamil akan kurang tidur atau mengalami tekanan akibat perubahan hormon dan kelainan pada tubuh badan yang menyumbang kepada sakit kepala. Ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menyesuaikan kehidupan dan badan anda dengan bayi yang sedang membesar di dalam perut. 

Ia mengambil masa untuk menangani tekanan serta belajar cara mendapatkan tidur yang cukup. 

Bagaimana cara untuk merawat sakit kepala ketika hamil?

Sakit kepala memang boleh menyebabkan kehidupan seharian ibu hamil terganggu.Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk melegakan atau meredakannya. 

Terdapat banyak jenis ubat yang dijual di farmasi atau klinik untuk mengurangkan sakit kepala tetapi pastikan anda meneliti kandungan ubat itu sebelum bertindak menggunakannya.

Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor anda mengenai ubat yang diambil adakah ia sesuai atau tidak untuk ibu hamil.

Seelok-eloknya, dapatkan preskripsi yang betul daripada doktor anda bagi mengelak sebarang ubat yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga kandungan. 

#1. Ubat penahan sakit

FDA mengklasifikasikan ubat kepada lima kategori berdasarkan kemungkinannya menyebabkan kecacatan kelahiran atau bahaya lain kepada janin. 

Terdapat dua pilihan ubat yang boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala bagi wanita hamil iaitu tylenol (acetaminophen) dan reglan (metoclopramide).

Kebanyakan ubat penahan sakit dengan acetaminophen selamat digunakan oleh ibu hamil. Namun, ibu hamil dinasihatkan untuk mengelakkan ubat-ubatan ini sepanjang kehamilan. Ia termasuklah:

Aspirin. Motrin (ibuprofen) Advil (ibuprofen) Aleve (naproxen)

Banyak ubat yang melegakan sakit kepala perlu dielakkan semasa kehamilan kerana ada daripadanya yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran pada bayi. 

Ada juga yang  menyebabkan komplikasi kehamilan seperti pendarahan, keguguran atau janin tidak membesar secara normal.

Apabila anda hamil, sentiasa berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat, produk herba atau rawatan alternatif. 

#2. Rawatan alternatif

Sekiranya anda bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungan jika mengambil ubat-ubatan, boleh juga ikhtiar meredakan sakit kepala dengan menggunakan rawatan alternatif. 

Dengan cara alternatif, anda masih boleh melegakan sakit kepala yang dialami. Belum cuba belum tahukan?

Mandi air sejuk – mandi air sejuk boleh menyegarkan badan anda dan membantu anda untuk melegakan sakit kepala yang dialami Tuam sejuk – ambil ais dan letakkan dalam kain dan cuba tuam di bahagian kepala. Ia akan melegakan anda dalam beberapa minit. Penyejukan ini akan melegakan tekanan yang anda alami terutama jika sakit kepala berkenaan berpunca daripada tekanan. Tuam suam – Boleh cuba lakukan tuaman suam dengan meletakkan botol air panas yang dilapik dengan tuala, atau tuala ditekapkan ke seterika dan seterusnya cuba tekapkan di kepala. Jika anda sakit kepala disebabkan sinus, ini akan membantu mengeluarkan lendir dan melegakan tekanan yang dialami.  Senaman – Bersenam adalah salah satu kaedah terbaik yang akan melancarkan aliran darah dalam tubuh badan anda dan memberi manfaat secara keseluruhannya termasuklah minda. Tidur dalam bilik gelap – cuba tidur dalam bilik gelap dan sunyi. Malapkan lampu sementara kerana keadaan yang terang akan menyebabkan sakit kepala anda jadi lebih teruk. Cara mencegah sakit kepala ketika hamil

Daripada anda menanggung siksa sakit kepala, adalah lebih baik untuk mencari jalan mencegahnya.  Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah sakit kepala antaranya termasuklah:

#1. Jaga postur anda

Apabila hamil, umum mengetahui postur badan akan berubah kerana perut semakin membesar ke depan dan badan anda menampung perut yang berat.

Justeru, ketika mengandung, bakal ibu tidak boleh melakukan pergerakan sesuka hati seperti semasa tidak berbadan dua.  Ini kerana keadaan badan yang terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah mengikut usia kehamilan.

Risiko untuk mengalami sakit belakang yang berkaitan dengan kehamilan meningkat mengikut usia seseorang ibu dan bilangan kelahiran sebelumnya.

Semakin janin membesar, terdapat peralihan pada pusat graviti yang meningkatkan tekanan pada bahagian bawah tulang belakang ibu hamil yang menyebabkan perubahan pusat graviti dan postur.

Malah ada kes yang kehamilan boleh menjejaskan postur yang dipanggil kyphosis. Ini menyebabkan ketidakselesaan di bahagian tengah belakang atau leher yang akhirnya akan menyebabkan sakit kepala. 

#2. Pastikan anda dapatkan nutrien mencukupi

Anda perlu pastikan badan anda cukup nutrisi kerana anda perlu membekalkan nutrisi kepada bayi yang dikandung. 

Kekurangan nutrien yang sepatutnya boleh menyebabkan sakit kepala. Jika anda tidak lalu makan terutama ketika trimester pertama disebabkan oleh morning sickness anda boleh cuba makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. 

Apa yang penting, makanan yang anda ambil perlulah berkhasiat dan menepati piramid makanan yang diperlukan oleh wanita hamil.

Ini penting bagi memastikan anda bertenaga dan gula dalam darah berada pada tahap stabil bagi mengelak tekanan darah rendah atau darah tinggi yang menyumbang kepada sakit kepala.

#3. Dapatkan rehat yang cukup, cuba bertenang

Listen to your body. Jangan terlalu memaksa diri. Walaupun rehat yang pendek ia membantu badan anda untuk melegakan tekanan.

Tekanan akan menyebabkan sakit kepala, jadi berehatlah secukupnya. Tenang ketika berhadapan dengan masalah sangat penting. Oleh itu, lengkapkan diri dengan ilmu merehatkan badan.

Ketika hamil sangat penting untuk seseorang ibu itu sentiasa rasa tenang sama ada mental atau fizikal fizikal. Mengetahui cara untuk bertenang ada banyak kebaikannya terutama semasa berhadapan dengan proses kelahiran.

Bukan hanya badan, tetapi minda anda juga perlu rehat. Untuk merehatkan minda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah kosongkan fikiran dan tumpukan kepada pernafasan. 

Sedut nafas dalam-dalam kemudian tahan untuk beberapa saat sebelum anda lepaskannya kembali secara perlahan-lahan. Pastikan otot-otot berada dalam keadaan rehat.

#4. Minum air secukupnya

Minumlah air secukupnya. Badan yang kekurangan air memang berpotensi untuk sakit kepala kerana kekurangan elektrolit dalam badan. 

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari seperti yang disarankan. Air juga penting dalam perkembangan janin yang membantu dalam pembentukan plasenta agar ia boleh membekalkan nutrisi kepada bayi.

Minum air secukupnya boleh menjaga kestabilan tekanan darah dan mengelak dehidrasi yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. 

#5. Berurut

Berurut adalah salah satu teknik yang memang sangat berkesan melegakan sakit kepala. Bahu serta leher yang tegang memang boleh menyebabkan anda sakit kepada. 

Urutan juga mempunyai faedah tambahan kerana ia boleh membantu melegakan sakit ligamen dan memulihkan postur.

Kelas yoga pranatal boleh jadi cara terbaik untuk bersenam dan melegakan tekanan. Menggabungkan kedua-duanya boleh membantu mengurangkan potensi untuk sakit kepala dan membantu anda berehat.

Momlovebest.com (January 14, 2022). How to Prevent Headaches and Migraines During Pregnancy. https://momlovesbest.com/headaches-migraines-during-pregnancy Webmd (July 12, 2020). Migraine Headaches and Pregnancy. https://www.webmd.com/migraines-headaches/migraine-headaches-and-pregnancy Stanfordchildrens.org (n.d). Migraine Headaches During Pregnancy. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=migraine-headaches-during-pregnancy-90-P02476

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Sakit Kepala Yang Diajarkan Oleh Rasulullah, Bantu Untuk Sembuh Dengan Cepat

Baca juga: Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!

Baca juga: Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>