Ketika hamil berlaku perubahan hormon yang mendadak pada badan ibu. Jadi kemunculan jerawat yang teruk adalah perkara biasa dialami ibu hamil. Pasti and tercari-cari cara hilangkan jerawat ini kan?
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
Cara hilangkan jerawat Punca jerawat Rawat jerawat ketika hamil agak rumit tetapi boleh Cara cegah jerawat jadi lebih teruk Cara hilangkan parut jerawatJika sebelum hamil tidak pernah jerawat muncul di muka, tetapi ketika hamil jangan pelik jika anda perlu hadapi perkara ini. Anda tidak keseorangan kerana ramai lagi alaminya.
Malah bukan saja di kawasan kulit bahagian lain pun jerawat ini kadang kala muncul seperti di leher, dada, belakang badan dan sebagainya.
Cara hilangkan jerawatMenurut Dr Zubaidi Ahmad, wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah berhati-hati dengan ubat-ubatan yang mereka beli dari farmasi.
Ini kerana tidak semua ubat-ubatan yang biasa digunakan sesuai untuk mereka dan mungkin boleh memberi kemudaratan kepada bayi yang sedang dikandung.
Jadi cara hilangkan jerawat ketika hamil ini juga perlu diperhalusi sebaiknya dan lebih baik mengikut saranan doktor bagi mengelak sebarang komplikasi berlaku kepada bayi dan ibu mengandung.
Katanya, mengalami jerawat semasa mengandung adalah perkara biasa. Jika jerawat itu biasa saja mungkin tidak membimbangkan tetapi jika ia teruk terutama di bahagian muka tentu ada ibu hamil yang hilang keyakinan diri dan mahu jerawat itu hilang segera.
Punca jerawat
Pelbagai punca boleh menyebabkan berlakunya jerawat yang tumbuh dengan banyak semasa hamil. Ia termasuklah disebabkan:
#1. Perubahan hormonPunca bagi pembentukan jerawat di kalangan wanita hamil adalah akibat hormon terutama di awal usia kehamilan (trimester pertama). Peningkatan hormon ini akan mengalakkan kulit mengeluarkan minyak.
Minyak pada kulit yang keluar secara berlebihan akan memerangkap tisu kulit yang mati dan menutup liang-liang pada kulit. Akibatnya kuman pada kulit akan mudah membiak di situ.
Jangkitan kuman ini akan menyebabkan radang pada kulit dan pembentukan jerawat.
Namun tidak semua wanita hamil akan mengalami perkara seperti ini. Wanita yang berisiko adalah wanita yang pernah mengalami jerawat yang teruk semasa remaja atau wanita yang pernah mengalami jerawat teruk semasa haid.
Jika wanita itu tidak mengalami jerawat di awal kehamilan berkemungkinan besar beliau tidak akan mengalami jerawat sepanjang kehamilan.
#2. Suhu badan meningkatSuhu badan meningkatkan akan menyebabkan anda berpeluh dengan berlebihan dan kulit akan menjadi lebih berminyak terutama di bahagian muka, dada dan belakang badan.
Di sinilah jerawat sering tumbuh kerana ia antara kawasan paling berminyak di badan. Apabila badan berpeluh, anda kadang kala akan menjadi gatal-gatal menyebabkan anda menggaru kulit.
Jika kulit digaru terlalu kuat, ia berpotensi untuk membentuk iritasi yang akhirnya boleh menyebabkan radang dan berlakunya pembentukan jerawat. Disebabkan itu, ketika hamil anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang longgar supaya senang berlakunya pengudaraan.
Rawat jerawat ketika hamil agak rumit tetapi boleh
Cara nak hilangkan jerawat ketika hamil memang agak rumit kerana kebanyakan ubat jerawat boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi dalam rahim.
Menurut Dr Zubaidi, elakkan membeli dan memakan sebarangan ubat termasuklah herba bagi mengelak sebarang komplikasi berlaku.
Cara cegah jerawat jadi lebih teruk
Ini antara cara mencegah jerawat menjadi lebih teruk. Antaranya termasuklah:
#1. Mencuci muka dengan pencuci muka dua kali sehariGunakan tangan untuk mencuci muka dengan sabun lembut dan air suam. Hindarilah produk seperti skrub wajah yang berpotensi mendatangkan iritasi pada kulit dan menyebabkan jerawat lebih teruk.
#2. Jangan menggosok muka dengan kain yang kotorJangan menggosok terlalu kuat kerana akan menyebabkan jerawat jadi lebih teruk. Gosok perlahan ketika mengeringkan wajah pastikan jangan gosok terlalu kuat dan tepuk-tepuk lembut saja.
Gunakan tuala untuk membersihkan muka dengan cara menepuk-nepuk dan bukan menggosok kulit muka.
#3. Pastikan anda gunakan pelembap muka tanpa minyak (oil free moisturizer)Bila jerawat muncul, kulit akan menjadi lebih berminyak. Jadi elakkan menggunakan pelembap kulit yang berminyak. Gunakan pelembap muka tanpa minyak atau water based.
#4. Syampu rambut setiap hariJika jerawat biasa muncul di bahagian dahi dan kawasan berdekatan rambut, pastikan anda syampu rambut setiap hari. Ia mungkin disebabkan rambut yang berminyak dan tidak dibersihkan.
#5. Jangan memicit jerawat kerana ia akan meninggalkan parut yang besarIa bukan saja akan tinggalkan parut lebih besar malah akan membuatkan kulit di bahagian yang berjerawat menjadi kehitaman.
#6. Jangan gunakan oil based makeupGunakan water based. Jangan gunakan oil based makeup. Ada kalanya ia dilabelkan sebagai ‘noncomedogenic’ atau ‘nonacnegenic’ yang bermakna ia tidak menyumbat liang pori yang menyebabkan jerawat.
#7. Pastikan anda menanggalkan makeup sebelum tidur
Jangan tidur selagi makeup belum dibersihkan dari muka anda. Ini antara disiplin diri yang perlu anda patuhi untuk mengelakkan jerawat jadi lebih teruk!
Pemakanan untuk kawal penghasilan jerawatPemakanan sering dikaitkan dengan penghasilan. Jerawat adakalanya muncul disebabkan reaksi alergi yang berlaku pada badan ibu hamil.
Jadi antara makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang memang ibu hamil tahu dia mempunyai alahan kepadanya. Namun makanan yang sering dikaitkan dengan pertumbuhan jerawat termasuklah:
Kekacang – terutama kacang tanah atau kacang yang bergoreng Makanan berminyak – makanan bergoreng dan berminyak dikatakan boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat Makanan laut – ada juga ibu hamil yang tidak boleh makan makanan laut kerana akan menyebabkan jerawat tumbuh lebih banyak malah lebih teruk akan menjadi bernanahIbu hamil dinasihatkan untuk lebihkan makanan rebus yang tidak menggunakan minyak dalam diet seharian mereka untuk mengelak daripada pertumbuhan jerawat yang teruk ketika hamil.
Cara hilangkan parut jerawatJerawat mungkin boleh hilang selepas abda bersalin, namun sudah pasti parutnya akan meninggalkan kesan kepada kulit anda. Jadi bagaimana cara pulihkan muka berjerawat serta menghilangkan parut jerawat?
Walaupun jerawat kehamilan akhirnya menjadi lebih baik apabila hormon anda kembali ke keadaan pra-kehamilan mereka, ia tidak selalu berlaku dalam sekelip mata.
Dalam sesetengah kes, turun naik hormon selepas bersalin digabungkan dengan kurang tidur dan tekanan menjaga bayi yang baru lahir boleh menjadi satu lagi pencetus jerawat.
Untuk menghilangkan parut jerawat sudah pasti akan mengambil masa. Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba bergantung kepada jenis parut anda. Ia termasuklah:
#1. Penjagaan rutin harian kulitPenjagaan kulit di rumah. Menggunakan pelindung matahari boleh membantu mengehadkan kontras antara kulit yang tidak berparut dan berparut. Ini antara cara merawat jerawat dengan baik di rumah yang mana ia kurang berisiko dan meninggalkan kesan lain pada kulit.
#2. Krim berubatSesetengah krim ubat, seperti yang mengandungi asid azelaik atau asid hidroksil, mungkin membantu.
#3. Suntikan kolagenMenyuntik kolagen, lemak atau bahan lain di bawah kulit boleh menggebukan kulit di atas parut yang berlekuk. Matlamatnya adalah untuk membuat parut kurang ketara.
Kesannya adalah sementara, jadi rawatan ulangan diperlukan untuk mengekalkan kesannya. Kaedah ini mempunyai sedikit risiko perubahan warna kulit.
Pastikan klinik yang anda pilih adalah bertauliah.
#4. Suntikan steroidMenyuntik steroid ke dalam beberapa jenis parut yang timbul boleh memperbaiki penampilan kulit anda.
#5. LaserPendekatan ini semakin popular dan sering digunakan pada parut yang pernah dirawat dengan dermabrasion. Teknik ini mempunyai peningkatan risiko kesan sampingan untuk orang yang mempunyai kulit yang lebih gelap atau sejarah keloid.
#6. DermabrasionProsedur ini biasanya dikhaskan untuk parut yang lebih teruk. Doktor anda mengeluarkan lapisan atas kulit dengan berus berputar pantas atau peranti lain.
Parut permukaan mungkin dibuang sepenuhnya, dan parut jerawat yang lebih dalam mungkin kelihatan kurang ketara. Kesan sampingan yang teruk yang berpotensi termasuk parut dan perubahan warna kulit.
#7. PembedahanMenggunakan prosedur kecil yang dipanggil punch excision, doktor anda memotong parut jerawat individu dan membaiki luka dengan jahitan atau cantuman kulit. Dengan teknik yang dipanggil subcision, doktor anda memasukkan jarum di bawah kulit untuk melonggarkan gentian di bawah parut.
Healthline (December 13, 2021). How to Best Treat Acne Scars. https://www.healthline.com/health/acne-scars MayoClinic (November 10 2020). Acne Scars: What’s The Best Treatment. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/expert-answers/acne-scars/faq-20058101 webmd (September 14, 2020) Pregnancy Acne. https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/acne-during-pregnancy-treatments-causesPeringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Maksud Jerawat Berdasarkan Kedudukan Di Muka, Penyebab Serta Cara Mengatasinya
Baca juga: Ada Masalah Jerawat Selepas Bersalin? Ini Punca & Cara Terbaik Untuk Kembalikan Seri Wajah