#1. Alas kepala anak dengan kain
Pastikan anda mengalas kepala anak anda sama ada dengan tuala kecil, tudung, kopiah, ataupun topi. Apa-apa sahaja boleh, janji kepala anak anda beralas.#2. Sediakan air penawar
Baca 7 kali surah Al-Fatihah pada air botol. Kemudian anda tarik nafas sedalamnya, tahan selama 7 saat, dan hembus pelahan-lahan pada air tersebut. Kemudian jentik air tersebut sebanyak 3 kali. Beri anak minum sebelum keluar rumah. Sedikit sahaja pun sudah memadai.#3. Baca surah pilihan
Tadah tangan anda sambil membaca: Al-Fatihah Ayat Qursi 3 Qul Kemudian tiup di tapak tangan anda dan sapu ke seluruh badan anak dan juga diri anda sendiri.#4. Membaca doa keluar rumah
-بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ‘Bismillahi Tawakkal Tu A’lallah, Laa haw laa wala Quwata Illa Billah’.Adab masuk rumah apabila ada anak kecil yang boleh diamalkan
#1. Beri salam sebelum masuk ke kediaman
#2. Membaca doa
بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا. Bismillaahi Wa Lajnaa Wa Bismillaahi Khorojnaa Wa’alallohi Robbina Tawakkalnaa.#3. Masuk bermula dengan kaki kanan
#4. Mandi
Sebaiknya, mandikan anak apabila masuk ke rumah. Ibu bapa pun perlu mandi sekali. Sekiranya anda tidak gemar mandi malam, boleh juga lap badan anak anda dengan kain basah.
#5. Minum air penawar
Minum air penawar yang di buat sebelum keluar rumah tadi. Ini bagi memastikan anak-anak berada dalam keadaan bersih zahir dan batin.Amalan bonus yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW
Anda boleh juga mengamalkan bacaan ini setiap pagi dan malam sebelum tidur. Tadah tangan Baca ayat ni 7 kali أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ‘A’udzu bikalimatillahi taammati min syarri maa khalaq’. Tiup di tapak tangan dan sapu dari ubun-ubun kepala anak-anak sehingga hujung jari kaki. Ulang 3 kali. Lebih afdal jika ibu bapa sendiri yang turut mengamalkannya. Buat ibu ayah, amalkanlah adab keluar rumah ini bagi memastikan keselamatan anak sentiasa terpelihara daripada sebarang gangguan. Semoga bermanfaat! Facebook Ali AliasPeringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda
Baca juga: Doa Sakit Kepala Yang Diajarkan Oleh Rasulullah, Bantu Untuk Sembuh Dengan Cepat
Baca juga: Bilakah Usia Yang Sesuai Untuk Bawa Bayi Baru Lahir Keluar Rumah? Panduan Lengkap Untuk Ibu Baru