Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

$
0
0

Pelakon, Rafidah Ibrahim berkongsi khabar duka apabila beliau mengalami keguguran janin dalam kandungannya yang berusia empat bulan tujuh hari. 

Apakah yang boleh anda baca dalam artikel ini?

Rafidah Ibrahim keguguran, janin keluar atas tapak tangan Rafidah Ibrahim keguguran kali kedua: Janin belum sempurna tapi sudah cukup sifat

Rafidah atau lebih dikenali sebagai Fida memaklumkan perkara itu menerusi laman instagramnya.

Rafidah Ibrahim keguguran, janin keluar atas tapak tangan

Berkongsi perkara itu, katanya dia merasakan perutnya terlalu sakit dan menyangka angin dalam badan namun ia sebenarnya tanda dia bakal keguguran kandungannya. 

Ikuti perkongsiannya:

“Petang, dari jam 5 pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yg terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut. Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yg tau.

“Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar. Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.

“Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti).”

Rafidah Ibrahim keguguran kali kedua: Janin belum sempurna tapi sudah cukup sifat

Mengakui panik pada ketika itu, tetapi katanya perasaan sedih bertukar gembira saat dia dan suami melihat keindahan ciptaan Allah walaupun belum sempurna tetapi sudah cukup sifat.

“Saya yakin para ibu bapa yg sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa.

“Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital. Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan.

“Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah).”

Beliau mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantunya dan suami sehingga selesai urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Ampang iaitu bersebelahah dengan kubur arwah ibu dan bapanya. 

Semoga pasangan ini tabah menerima ujian dan takdir Yang Maha Esa. Amin!

Instagram 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

Baca juga: 5 Simptom Keguguran Setiap Ibu Mengandung Kena Tahu, Waspada Jika Ada Tanda-Tanda Ini

Baca juga: Sakit Perut & Keluar Darah Ketika Mengandung, Ibu Hati-Hati Ia Mungkin Tanda Keguguran!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes