Wanita mengandung sering dikaitkan dengan lemah dan cepat penat. Walaupun ada saja yang aktif, tetapi lebih ramai yang mengadu ketika hamil, mereka keletihan malah kadang-kadang rasa langsung tidak bermaya.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
Punca cepat penat ketika hamil Badan cepat letih dan mengantuk simptom kehamilan Cara mengatasi cepat penatJangan terlalu khuatir ibu kerana anda memang tidak keseorangan. Kadangkala sukarnya untuk ibu hamil membuat kerja rumah apabila tidak berdaya akibat sering penat. Ia sesuatu yang sukar untuk dihindari seperti jam badan akan memberi signal apabila penat.
Kadangkala ibu sendiri tidak faham kenapa badan cepat lebih. Walaupun perut ibu belum menunjukkan perubahan bentuk, ada yang sudah merasa keletihan yang teruk, namun tidak semua ibu mengalami masalah itu sepanjang kehamilan.
Punca cepat penat ketika hamilSepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda.
Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih dan punca cepat penat.
Badan anda bekerja lebih banyak daripada biasa, jadi memang tidak pelik jika ibu rasa badan cepat letih dan mengantuk. Tidak kira sama ada anda wanita bekerja atau suri rumah, letih dan penat tidak memilih sesiapa.
Bila rasa penat, otak akan memberi signal kepada badan untuk berhenti berbuat apa saja. Jadi ada kalanya orang anggap ibu hamil ini seperti pemalas sedangkan ada sebab kenapa selalu rasa penat. Antara sebabnya termasuklah:
#1. Peningkatan hormon progesteronHormon ini akan meningkatkan perasaan mengantuk pada ibu hamil. Selain itu, ibu akan sering merasa mengantuk dan ia turut menjejaskan tidur ibu mengandung kerana sering buang air kecil.
#2. Tenaga hilang sepanjang hariAlahan atau disebut sebagai morning sickness berlaku sepanjang hari kepada ibu mengandung. Mual dan muntah yang keluar akan turut mengurangkan tenaga ibu.
#3. Perasaan cemas buat ibu tertekanEmosi yang tidak stabil akan mempengaruhi fizikal ibu mengandung. Mereka sering berasa tertekan dan cemas. Antaranya bimbang dengan persiapan untuk menjadi ibu, tentang kehamilan dan pembesaran janin. Untuk itu ibu hamil perlu mengatasi ketakutan ini daripada berlanjutan bimbang akan menyebabkan tekanan.
Ia juga mungkin boleh menyumbang kepada depresi. Jadi elakkan sebarang tekanan ketika anda hamil kerana ia bukan saja memudaratkan diri ibu malah bayi dalam kandungan.
#4. Kurang zat besiSalah satu sebab ibu keletihan mungkin disebabkan masalah anemia atau kekurangan zat besi. Bagi mengetahui kekurangan zat besi ibu perlu membuat pemeriksaan darah pada trimester pertama, kedua dan trimester ketiga.
#5. Penambahan bebanTerutama pada usia kehamilan memasuki trimester ketiga. Ibu akan sering berasa letih sebagaimana dialami pada trimester pertama. Ia akan menjadi semakin teruk apabila bertambahnya berat bayi dan juga berat badan ibu.
Ada sesetengah ibu hamil yang mengalami pertambahan berat badan yang mendadak, jadi mereka akan sering berasa tidak selesa dengan keadaan itu sekaligus menyebabkan mereka banyak berfikir dan jadi cepat penat!
#6. AnemiaAnemia akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam, lesu, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, atau bekerja akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran atau kerja.
Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low) . Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g. Perasan tak sebab itu bila ibu hamil buat checkup di Klinik Kesihatan doktor akan bising bila Hb low.
Badan cepat letih dan mengantuk simptom kehamilanAdalah perkara biasa untuk berasa letih, atau keletihan, semasa kehamilan, terutamanya dalam 12 minggu pertama. Perubahan hormon pada masa ini boleh menyebabkan anda berasa letih, loya dan emosi. Anda memang perlu berehat sebanyak mungkin.
Cepat penat dan mengah ini sebenarnya tidak akan membahayakan anda atau bayi anda jika ia bukanlah disebabkan penyakit berbahaya lain, tetapi ia boleh menyukarkan hidup anda, terutamanya pada hari-hari awal sebelum anda memberitahu orang ramai tentang kehamilan anda.
Adalah normal untuk anda rasa keletihan semasa bulan-bulan pertama kehamilan. Keletihan yang melampau, adalah tanda awal kehamilan yang dialami oleh hampir semua wanita pada trimester pertama.
Ia juga sangat normal pada trimester ketiga dan dialami oleh hampir 60 peratus wanita hamil. Apabila penat bekerja dan cepat letih secara automatik anda juga akan jadi cepat mengantuk.
Semasa awal kehamilan, tahap hormon progesteron meningkat dan metabolisme anda semakin tinggi. Ini boleh menyebabkan rasa mengantuk dan keletihan pada waktu siang. Jika anda mempunyai anak atau anak lain untuk dijaga, anda mungkin lebih letih.
Beberapa simptom normal semasa kehamilan juga mungkin menjejaskan atau mengganggu tidur anda. Ini termasuklah:
Loya dan muntah Kerap buang air kecil Ketidakselesaan fizikal, seperti payudara lembut dan sakit belakang Pergerakan janin Kaki kejang Pedih ulu hati Berdengkur Pengecutan rahim tidak teratur Sesak nafas Gangguan tidur, seperti pernafasan yang tidak teratur tidur, juga boleh menjadi lebih teruk semasa kehamilan.Gangguan tidak ini juga sekaligus membuatkan anda rasa mengantuk pada siang hari kerana pada sebelah malamnya anda tidur tidak lena.
Anda boleh mengambil langkah untuk menguruskan gangguan tidur semasa kehamilan. Sebagai contoh:
Tetapkan mood. Persekitaran yang gelap, tenang dan santai serta suhu yang selesa boleh membantu menggalakkan tidur. Tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari mungkin meningkatkan kualiti tidur anda. Terus aktif. Aktiviti fizikal yang kerap semasa mengandung mungkin membantu anda tertidur dengan lebih mudah. Mencegah pedih ulu hati. Makan makanan yang kecil dan kerap dan elakkan makan tiga jam sebelum tidur. Tidur mengiring ke kiri dengan kepala ditinggikan juga boleh meredakan gejala pedih ulu hati. Cara mengatasi cepat penatAnda mungkin sudah mengetahui kenapa sepanjang kehamilan ini kenapa cepat penat dan punca cepat mengah. Ada cara untuk anda atasi keadaan cepat letih ini kerana ia adalah isyarat bahawa badan anda perlukan rehat. Oleh itu, anda boleh cuba untuk:
#1. BertenangJika anda belum mempunyai anak kecil di rumah, nikmati peluang ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada menjaga diri sendiri.
Jika anda sudah mempunyai anak, ini bukan masanya untuk menjadi Supermom. Belajar bertenang dan jangan buat semuanya sekaligus. Jika rumah bersepah, biarkan dulu jika anda tak larat. Jika tidak larat masak, beli saja.
#2. Minta bantuanJangan teragak-agak untuk memberitahu keluarga jika rasa penat dan tidak larat. Tidak perlu paksa diri untuk nampak sempurna.
#3. Jangan tidur terlalu lamaTidur terlalu lama juga boleh buat anda keletihan. Jadi elakkan tidur terlalu lama. Ini akan membuatkan anda jadi lebih letih dan susah tidur pada waktu malam.
#4. Pilih makanan yang sihatMemberi tumpuan kepada makanan yang penuh dengan nutrien akan membantu memastikan tahap tenaga anda stabil sepanjang hari. Ikuti garis panduan untuk diet kehamilan yang baik, memberi tumpuan kepada tenaga berpanjangan yang terdapat dalam makanan yang menggabungkan protein dan karbohidrat kompleks.
Pastikan anda mendapat kalori yang mencukupi. Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah kunci kepada kehamilan yang sihat.
#5. Kerap makanMakan dalam jumlah kecil tetapi kerap akan membantu anda untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Bila patut risau
Penat memang perkara biasa bagi ibu hamil. Tapi anda perlu berjumpa doktor sekiranya anda tetap penat walaupun tidak berbuat apa-apa. Mungkin ada masalah lain yang sedang anda alami. Jadi jumpalh doktor jika:
Kepenatan yang diikuti rasa lapar dan haus secara berterusan kerana ia adalah tanda-tanda yang anda mungkin alami diabeters gestasional. Penat tidak hilang walaupun sudah berehat Kepenatan yang diikuti dengan gejala demam, sakit leher dan juga pembengkakan kelenjar Penat yang diikuti dengan mual, muntah dan kekerapan membuang air kecil yangs semakin kurang kerana ia adalah antara gejala kehamilan ektopik iaitu kehamilan luar rahim. nhs.uk (February 1, 2021) Tiredness and sleep problems. https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/tiredness/ mayoclinic (May 18, 2021). Pregnancy week by week. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sleep-during-pregnancy/art-20043827Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Tanda Mengandung Anak Kembar, Penat Melampau Salah Satu Petandanya
Baca juga: Anak Yang Kerap Meragam Boleh Buat Ibu Penat & Stres, Ini 5 Cara Cipta Mood Si Manja
Baca juga: Doktor Ini Beri 9 Tips Kepada Ibu-Ibu Di Luar Sana…Rehatlah Jika Penat, Jangan Sampai ‘Burnout’!