Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Sesak Nafas Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tak Selesa, Cuba Cara Ini Untuk Anda Atasinya

$
0
0

Sesak nafas ketika hamil selalu mengganggu semua ibu mengandung kerana rahim semakin mengembang dan membesar lalu menekan paru-paru. Tak cukup dengan itu sahaja, ibu juga susah mencari posisi tidur yang selesa hingga perlu bekerja keras untuk bernafas. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

Sesak nafas ketika hamil adakah ia normal?  Punca sesak nafas ketika hamil Cara mengatasi sesak nafas semasa mengandung

Oleh itu, wajar untuk ibu hamil mengetahui apakah penyebab sesak nafas ketika hamil ini. Jom kita lihat penjelasan yang lebih dalam berkaitan hal ini.

Sesak nafas ketika hamil adakah ia normal? 

Mengalami kesukaran bernafas semasa kehamilan adalah perkara biasa. Kajian telah menunjukkan bahawa kira-kira 75% wanita yang jarang sesak nafas sebelum hamil mengalami sesak nafas lebih kerap semasa mengandung.

Adalah normal untuk anda mengalami sesak nafas, terutamanya pada trimester ketiga dan juga pada awal kehamilan. Sesetengah wanita mengandung mungkin berasa sesak nafas sejak trimester pertama, manakala sesetengah wanita lain mengalaminya pada trimester akhir. 

Jika sesak nafas disebabkan oleh beberapa tekanan fizikal seperti menaiki tangga, maka ia adalah normal dan tidak berbahaya.

Tetapi jika anda mempunyai keadaan berkaitan perubatan tertentu seperti asma, kardiomiopati peripartum iaitu isu jantung yang mungkin berlaku semasa mengandung atau sejurus selepas bersalin, embolisme pulmonari terjadinya penyumbatan arteri dalam paru-paru maka sesak nafas boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain dan mungkin memerlukan pengawasan doktor.

Punca sesak nafas ketika hamil

Kesukaran bernafas semasa kehamilan timbul terutamanya disebabkan oleh perubahan semula jadi yang dialami oleh badan untuk menyesuaikan diri mengandungkan  bayi.

Keadaan ini juga dipanggil Dyspnea. Berikut adalah beberapa perubahan badan mengikut trimester yang boleh menyebabkan sesak nafas.

#1. Trimester pertama Hormon progesteron boleh menjadi penyebab kepada sesak nafas yang anda alami. Hormon ini membuatkan badan anda menyerap lebih banyak oksigen ke dalam aliran darah, sekali gus meningkatkan kapasiti paru-paru untuk bekerja. Walaupun kadar pernafasan anda adalah sama seperti sebelum berlakunya persenyawaan, anda mungkin menarik nafas lebih dalam, dan ini boleh menjadi sebab anda akan berasa sesak nafas. Pada peringkat awal kehamilan, jumlah darah meningkat sebanyak kira-kira 50 peratus, yang mana jantung anda perlu bekerja lebih keras daripada sebelumnya. Ini menjadikan anda lebih banyak bernafas walaupun sedang berehat. #2. Trimester kedua Hormon kehamilan, seperti pada trimester pertama, membolehkan badan anda menerima lebih banyak oksigen yang akan   merangsang otak anda untuk meningkatkan bilangan dan kedalaman nafas anda. Hormon tersebut juga boleh menyebabkan kapilari dalam saluran pernafasa mengembang sekaligus membuatkan anda rasa lebih susah bernafas.  #3. Trimester ketiga

Bayi anda yang sedang membesar dan rahim yang semakin membesar menolak diafragma (otot yang terletak di bawah tulang rusuk) ke atas, menyekat jumlah ruang untuk paru-paru anda dan menjadikannya sukar untuk mengembang.

Ia menyebabkan anda bernafas lebih cepat seolah-olah anda baru sahaja berlari maraton. Ia agak normal dan sama sekali tidak berbahaya kepada anda dan janin anda. Anda mungkin berasa sesak nafas semasa trimester akhir, terutamanya apabila anda membawa janin sudah semakin membesar dan terdapat lebihan cecair amniotik. Punca lain yang menyebabkan sesak nafas ketika hamil

Ada beberapa punca lain berkaitan kesihatan yang boleh menyebabkan sesak nafas semasa hamil. Ia termasuklah:

Obesiti – Mengalami berat badan yang luar biasa semasa kehamilan.  Mengandung kembar – Sesak nafas juga boleh berlaku apabila anda mengandung kembar atau berganda.  Asma – Sekiranya anda pernah ada sejarah penyakit asma maka ia boleh membuatkan keadaan semakin teruk semasa hamil.  Kekurangan oksigen – Semasa berbadan dua, oksigen yang ibu sedut bukan hanya untuk diri sendiri sahaja, tapi juga turut dikongsi bersama janin dalam kandungan. Peningkatan hormon progesteron semasa hamil, ia sekaligus menstimulasikan pusat pernafasan di bahagian otak hingga membuatkan udara yang masuk dan keluar semakin banyak. Ini yang menyebabkan ibu mengalami keadaan kekurangan oksigen dan sesak nafas. Udara dingin, sejuk – Udara yang terlalu dingin juga boleh menyebabkan ibu sesak nafas ketika hamil kerana metabolisme tubuh lemah dan mempengaruhi paru-paru hingga pernafasan jadi semakin sukar. Anemia – Jika anda kekurangan zat besi, anda akan mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah (sel darah merah membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan dan mengembalikan karbon dioksida dari badan ke paru-paru). Dalam kes sedemikian, badan anda bekerja lebih keras untuk membekalkan oksigen untuk anda dan bayi anda. 

Cara mengatasi sesak nafas semasa mengandung

Sesak nafas menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu hamil. Justeru ada beberapa petua hilangkan sesak nafas ketika berbadan dua. Ia termasuklah: 

#1. Jaga postur

Ini adalah apa perlu buat jika sesak nafas berlaku kepada ibu hamil. Semasa menghadapi sesak nafas, duduk secara posisi menegak kerana ia bantu memberi ruang yang cukup bagi paru-paru supaya dapat mengambil oksigen yang diperlukan.

Jangan duduk membongkok atau terus baring kerana ia hanya akan membuatkan sesak nafas anda menjadi lebih teruk. Postur yang baik membantu dalam melegakan sesak nafas.

Semasa duduk, pastikan dada anda ditolak ke depan dan bahu ke belakang. Ini memberi ruang yang cukup untuk paru-paru anda mengembang.

Semasa tidur, sandarkan badan anda ke atas menggunakan beberapa bantal, untuk mengembangkan ruang dalam rongga perut anda, dan memberikan anda kelegaan.

Jika anda berbaring di sisi, gunakan bantal tambahan untuk meninggikan kepala anda. Elakkan tidur telentang jika anda berasa sesak nafas atau pening. 

#2. Tukar kedudukan 

Jika anda berasa sesak nafas kerana berada dalam kedudukan yang sama lama, alihkan kedudukan anda untuk bernafas dengan mudah. Anda boleh berdiri tegak kerana ia mungkin melegakan tekanan pada diafragma anda dan ia antara cara hilangkan sesak nafas paling biasa dilakukan ibu hamil.

#3. Tenang, listen to your body

Adalah dinasihatkan untuk mendengar isyarat badan anda dan berehat apabila anda berasa ingin berehat. Apabila anda berasa sesak nafas, cuba berehat.

Hentikan sahaja apa yang anda lakukan dan tarik nafas dalam-dalam sehingga anda mula berasa lebih baik. Ambil rehat kira-kira 20 minit dan kemudian sambung aktiviti anda.

#4. Makan makanan yang sihat

Sejak anda merancang untuk hamil, cuba kekalkan berat badan dan tahap kecergasan yang ideal. Jika sesak nafas anda disebabkan oleh anemia, maka makan makanan seimbang yang sihat mungkin mengelakkan sesak nafas.

Selain itu, diet yang betul menggalakkan berat badan yang sihat dan memudahkan pernafasan anda. Pastikan menu harian anda ada daging, buah beri dan daun hijau, kerana sesak nafas boleh menjadi salah satu gejala anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Elak makanan yang mengandungi gula, lemak, dan garam yang berlebihan. Selain itu, tingkatkan pengambilan vitamin C kerana ia membantu badan anda menyerap zat besi.

#5. Amalkan senaman pernafasan

Hamil atau tidak, senaman pernafasan mungkin membantu meningkatkan kapasiti paru-paru anda dan membolehkan lebih banyak pernafasan dada disebabkan pernafasan perut sukar disebabkan rahim yang membesar.

Latihan ini mungkin membantu dalam mengurangkan hiperventilasi semasa kehamilan.

Anda boleh mencuba senaman pernafasan ini:

Tarik nafas dalam-dalam sambil mengangkat tangan ke atas dan sisi. Kemudian hembus nafas sambil menurunkan tangan anda ke sisi. Angkat kepala anda semasa menarik nafas dan turunkan semasa menghembus nafas. Tarik nafas panjang ke dalam dada anda, bukannya perut anda, dengan meletakkan tangan anda pada rusuk. Tolak rusuk anda ke tangan semasa anda menarik nafas dalam-dalam. Amalkan pernafasan dalam supaya anda boleh beralih kepadanya apabila pernafasan melalui perut menjadi sukar.

Langkah pencegahan sesak nafas ketika hamil

Jangan terlalu terburu-buru dalam pergerakan seharian kerana ia membuatkan jantung berdegup laju seterusnya udara keluar dan masuk jadi cepat hingga membuatkan anda sesak nafas. Buat olahraga ringan sahaja semasa mengandung dan tidak mengeluarkan banyak tenaga. Hindari stres yang boleh menyebabkan otak rasa sesak sekaligus nafas jadi susah. Seeloknya sentiasa menjaga fikiran dengan lebih tenang dan bahagia.

Semoga bermanfaat.

Momjunction (June 22, 2022). Shortness Of Breath During Pregnancy: Causes And Remedies. https://www.momjunction.com/articles/deal-breathing-problems-pregnancy_0080320/ Harvard Medical School (n.d) Shortness of Breath In Pregnancy. https://www.health.harvard.edu/decision_guide/shortness-of-breath-in-pregnancy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Elak Curi Nafas Masa Bersalin? Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Betul Semasa 8 Bulan Hamil

Baca juga: Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

Baca juga: Cepat Penat Ketika Hamil Perkara Biasa, Tapi Jika Berlarutan Anda Mungkin Hidap Anemia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Latest Images

Trending Articles


Vimeo 11.8.2 by Vimeo.com, Inc.


“Mr bolero banat lines”


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


INUMAN QUOTES


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.1 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.35 by Lima Sky LLC


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Re:Mutton Pies (lleechef)


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE



Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>