PPendarahan semasa hamil boleh berlaku pada bila-bila masa, dari saat persenyawaan janin hingga ke akhir kehamilan. Ia boleh jadi pendarahan ringan atau berat yang boleh mengancam nyawa janin dan ibu mengandung.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
Punca pendarahan semasa hamil Pendarahan ketika mengandung, bilakah ibu perlu risau? Langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan pendarahan semasa mengandungPendarahan ringan, atau spotting, semasa mengandung adalah perkara yang biasa terutamanya pada trimester pertama. Anda tidak perlu bimbang jika mendapati ada sedikit kesan darah yang keluar dari vagina.
Darah yang keluar tidak sepatutnya memenuhi satu pantyliner.
Pendarahan ketika hamil yang teruk pula biasanya akan memenuhi pantyliner atau tuala wanita. Biarpun pendarahan semasa hamil itu ringan atau teruk, adalah lebih baik untuk menghubungi dan mendapatkan nasihat doktor.
Punca Pendarahan Semasa HamilSedikit pendarahan ringan atau tompok darah semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya semasa trimester pertama. Pendarahan yang lebih berat atau lebih konsisten boleh menandakan masalah dengan kehamilan.
Jadi apakah yang boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil?
#1. Implan telur disenyawakanPendarahan awal kehamilan boleh berlaku apabila implan telur yang disenyawakan. Pada awal kehamilan, kebanyakan pendarahan semasa hamil disebabkan oleh telur yang cuba melekat pada lapisan dalam rahim.
Ini akan menyebabkan pendarahan ringan atau spotting. Sering juga berlaku ibu akan mengalami lendir coklat di awal kehamilan.
Pendarahan ini selalu disalah anggap sebagai darah haid sebelum wanita sedar dirinya hamil. Ia biasanya akan kelihatan seperti lendir darah coklat dan sedikit.
Jadi jika anda mengalami keadaan sedemikian, and perlu tahu yang ia mungkin bukan darah haid. Ia mungkin petanda yang anda kini sedang berada dalam tempoh awal kehamilan. Ada baiknya anda buat ujian kehamilan kendiri di rumah untuk mengesahkannya.
Lebih-lebih lagi jika anda mula rasa tidak selesa pada bahagian payudara yang dirasakan penuh dan sakit.
#2. Polip serviksSatu lagi punca pendarahan semasa hamil adalah kerana polip serviks iaitu pertumbuhan yang tidak berbahaya pada serviks atau ketumbuhan bukan kanser.
Ia kemungkinan menyebabkan pendarahan kepada wanita hamil yang disebabkan paras estrogen yang lebih tinggi.
Ini berlaku apabila ada peningkatan jumlah saluran darah dalam tisu di sekitar serviks semasa hamil. Oleh itu, aktiviti yang bersentuhan dengan bahagian serviks seperti hubungan seks atau ujian faraj dengan pakar wanita boleh menyebabkan pendarahan.
#3. Hubungan seksAktiviti hubungan seks yang akan menyentuh bahagian serviks ketika tujahan penis ke dalam faraj akan menyebabkan pendarahan. Jadi ada baiknya jika anda sedang hamil, harus diingatkan jangan terlalu kasar dan lasak.
Anda berada dalam keadaan yang sangat fragile ketika ini, jadi hubungan seks itu tidak boleh terlalu kasar kerana bimbang akan mengundang komplikasi kepada anda dan juga janin dalam kandungan.
#4. KeguguranTompok atau pendarahan pada trimester pertama, terutamanya jika anda mengalami sakit perut atau kekejangan, boleh menjadi tanda awal keguguran.
Tetapi ia tidak semestinya tanda ini akan sama untuk semua wanita. Kira-kira separuh daripada wanita yang keguguran tidak mengalami pendarahan sebelum diagnosis.
Tanda-tanda lain kemungkinan keguguran ialah keluarnya cecair atau tisu dari faraj anda, dan tidak lagi merasakan sebarang gejala kehamilan seperti mual dan loya.
Namun, tidak semestinya anda tidak hamil jika tidak merasa loya dan muntah-muntah, jadi usahlah terlalu risau. Ini kerana Ramai wanita hamil tidak mengalami loya pada trimester pertama dan mempunyai kehamilan yang sangat sihat.
#5. Hematoma subchorionicJuga dipanggil pendarahan subchorionic yang mana pendarahan jenis ini boleh berlaku apabila lapisan luar kantung amniotik (chorion) berpisah dari dinding rahim.
Ia biasanya tidak berbahaya dan akan berhenti dengan sendirinya. Pengumpulan kecil darah seperti ini pada peringkat awal biasanya tidak berbahaya.
Tetapi jika pengumpulan darah lebih besar, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk diserap semula, atau hilang. Ini boleh meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang, jadi doktor anda mungkin akan memeriksa keadaan anda dengan lebih kerap menggunakan dengan ultrasound.
#6. Hamil luar rahimPendarahan awal kehamilan juga boleh memberi amaran tentang kehamilan ektopik iaitu kehamilan di luar rahim. Apabila embrio implan di luar rahim ia biasanya berlaku dalam salah satu tiub fallopio.
Kadangkala pendarahan adalah satu-satunya tanda, tetapi gejala biasa yang lain termasuk sakit di perut, pelvis, atau bahu.
Kehamilan luar rahim boleh mengancam nyawa, jadi beritahu doktor anda dengan segera jika anda mengalami pendarahan atau kesakitan yang sederhana hingga teruk pada trimester pertama anda.
#7. Kehamilan molarKomplikasi yang jarang berlaku ini terjadi apabila plasenta tidak berkembang dengan betul, dan ia tidak dapat mengekalkan embrio. Kehamilan molar boleh menjadi serius, dan ia memerlukan rawatan segera.
#8. JangkitanJangkitan boleh merengsakan atau atau menyebabkan radang pada serviks anda. Ia menjadikannya lebih cenderung berdarah, terutamanya selepas anda melakukan hubungan seks. Berikut adalah beberapa jangkitan yang boleh menyebabkan pendarahan:
Chlamydia Gonorea Herpes Jangkitan yis TrikomoniasisDisebabkan jangkitan tertentu boleh menyebabkan komplikasi kehamilan, doktor mungkin menetapkan antibiotik atau rawatan lain.
Anda juga mungkin melihat beberapa tompok atau pendarahan ringan selepas hubungan seksual atau pemeriksaan pelvis. Lebih banyak darah mengalir ke serviks anda semasa kehamilan, ia bukan perkara biasa.
Bila Pendarahan Semasa Hamil Boleh Berlaku?Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat trimester kehamilan termasuklah pendarahan semasa hamil 5 minggu. Doktor anda mungkin akan melakukan beberapa ujian, termasuk pemeriksaan fizikal, ultrasound dan ujian darah untuk memeriksa tahap kesihatan anda dan bayi anda bagi mengelak sebarang komplikasi.
Jika ia berlaku beberapa hari sebelum tarikh bersalin, ia adalah petunjuk bahawa serviks anda sedang bersedia untuk bersalin.
Simptom Biasa Pendarahan Semasa HamilPendarahan ringan boleh menjadi tanda keradangan tidak berbahaya pada kandungan anda. Namun, pendarahan yang banyak pada kehamilan anda adalah perkara membimbangkan.
Antara gejala biasa termasuklah:
Sakit perut, kekejangan, atau kontraksi Sakit pinggang Perubahan warna keputihan atau jumlah keputihan yang keluar Tekanan dalam pelvis atau bahagian bawah abdomenWalaupun pendarahan semasa hamil tidak semestinya tanda masalah, adalah penting untuk menghubungi doktor jika ia berlaku. Berita baik ialah sebanyak 50% wanita yang telah mengalami pendarahan akhirnya berjaya melahirkan anak yang sihat.
Pendarahan Ketika Mengandung, Bilakah Ibu Perlu Risau?
Pendarahan atau spotting semasa trimester kedua dan ketiga.
Hubungi doktor jika anda mengalami pendarahan teruk yang sama seperti datang haid untuk mengelak sebarang komplikasi kehamilan contohnya kehamilan ektopik.
Pendarahan yang tidak normal pada akhir kehamilan adalah sangat serius kerana ini tanda masalah ibu hamil dan bayi.
Jadi hubungi doktor anda dengan segera, dan doktor anda mungkin akan memastikan serviks anda masih tertutup dan memeriksa jika anda ada masalah polip serviks.
Langkah-langkah Pencegahan Untuk Mengurangkan Pendarahan Semasa Mengandung
Rehat atas katil atau lebih banyak tidur Rehatkan kaki Pastikan diri sentiasa terhidrasi. Justeru anda perlu pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari Hadkan aktiviti fizikal anda Naikkan kaki anda dengan lebih kerap. Apabila tidur, letak bantal di bawah kaki untuk meninggikan kaki anda daripada kedudukan badan Elakkan mengangkat barang-barang yang beratnya lebih dari 10 paunKebanyakkan wanita yang mengalami spotting masih berjaya melahirkan anak yang sihat.
Walaubagaimanapun, jangan biarkan fakta ini menghalang anda daripada menghubungi doktor anda jika berlakunya pendarahan semasa hamil. Sentiasa peka dengan kesihatan diri anda untuk tidak menjejaskan bayi dalam kandungan.
The American College of Obstetricians and Gynaecologist (May, 2021) Bleeding During Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/bleeding-during-pregnancy The American College of Obstetricians and Gynaecologist (January 2022) Early Pregnancy Loss. https://www.acog.org/womens-health/faqs/early-pregnancy-loss Baby Center (November 1, 2021). Spotting during pregnancy. https://www.babycenter.com/pregnancy/your-body/vaginal-bleeding-or-spotting-during-pregnancy_3081Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tak Keruan Bila Keluar Lendir Coklat Semasa Hamil, Ini 6 Punca Yang Mungkin Berlaku
Baca juga: Tanda Pasti Hamil Yang Pelik: Badan Panas, Spotting Tapi Bukan Haid & Banyak Lagi!
Baca juga: Keluar Darah Coklat Ketika Mengandung Trimester Ketiga, Adakah Ia Berbahaya?