Bagi bakal ibu yang ingin melahirkan anak di hospital yang selesa, anda boleh memilih untuk bersalin di wad FPP hospital atau Full Paying Patient.
FPP adalah wad persendirian yang disediakan di hospital kerajaan yang membolehkan anda mendapat bilik sendiri sama seperti di hospital private.
Beza wad FPP dengan wad kelas pertama di hospital kerajaan adalah dari segi bayaran namun kemudahannya tetap sama.
Keutamaan untuk wad kelas pertama adalah untuk staf kerajaan. Jadi bagi yang ingin mendapatkan wad selesa, boleh memilih wad FPP.
Pengalaman best bersalin di wad FPP hospital kerajaanSeorang ibu, Huda Idros menceritakan pengalamannya bersalin di fpp hospital kerajaan dengan layanan seperti swasta.
Ramai yang tanya aku bersalin kat hospital kerajaan tapi bilik dapat satu. Macam mana boleh dapat first class. First, wad aku bukan first class tapi wad FPP so macam masuk private hospital laa. #1. Buat tempahan sewaktu kandungan berusia 7 bulanProses tempahan bergantung kepada ibu-ibu sendiri. Boleh buat seawal yang mungkin jika dirasakan perlu. Lebih baik hubungi dahulu hospital untuk melihat kekosongan doktor terlebih dahulu kerana doktor mempunyai kuota pesakit.
#2. Boleh buat pemilihan doktor pakar yang anda mahukanFPP hospital membolehkan anda untuk memilih doktor pakar mana yang anda mahukan. Anda juga boleh meminta doktor perempuan untuk membiuskan anda.
#3. Pembayaran secara tunaiSegala pembayaran adalah berasaskan tunai dari mula anda buat pemeriksaan. Tiada penggunaan insurans atau surat pengesahan (GL) dibenarkan.
#4. Tidak perlu menunggu lamaKelebihan wad FPP ini adalah anda tidak perlu menunggu lama dan boleh berjumpa doktor tanpa perlu tergesa-gesa.
#5. Wad yang selesa dan besarBilik yang disediakan adalah sangat luas dan mempunyai katil tambahan buat suami yang ingin bermalam. Malah, ia turut mempunyai penghawa dingin dan toilet persendirian dalam bilik. Cukup selesa.
#6. Prosedur untuk bersalinProsedur bersalin wad FPP sama sahaja seperti wad biasa. Suami dibenarkan masuk ke labor room sekiranya pembedahan normal tetapi untuk pembedahan secara caesarean, suami masih perlu menunggu di luar bilik.
Anggaran kos bersalin dengan khidmat hospital FPPBagi yang tertanya-tanya mengenai kos FPP, anggaran kos pemeriksaan serta bersalin. Berikut adalah anggaran harga.
Bersalin biasa = RM1,200 (Deposit RM3,000 diperlukan untuk bersalin) Bersalin secara caesarean = RM3,300 Pemeriksaan 8 kali = RM1,200 Senarai hospital yang menawarkan FPPIni senarai hospital yang menawarkan FPP:
Hospital Selayang Hospital Putrajaya Hospital Sungai Buloh Hospital Ampang Hospital Sultan Ismail Johor Hospital Pulau Pinang Hospital Sultan AminahSemoga perkongsian kali ini dapat membantu bakal-bakal ibu memilih wad bersalin terbaik. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cuti Bersalin: Persiapan & Tempoh Ideal Buat Para Ibu Bekerja, Tapi Rindu Anak Tak Boleh Elak!
Baca juga: Suami Jangan Biar Isteri Pantang Sendiri, 30 Hari Pertama Selepas Bersalin Amat Mencabar