Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Ibu menyiarkan proses bersalin di Facebook LIVE: Tiada apa-apa ‘normal’ mengenainya, beliau berkata

$
0
0

Ibu Sarah-Jane Ljungström mengambil rangkaian sosial ke tahap yang lain apabila beliau menyiarkan proses bersalin beliau di Facebook LIVE kepada lebih 200,000 orang yang tidak dikenali. Mengapa? Beliau mahu menunjukkan bahawa kelahiran normal adalah sangat ‘normal’ sebenarnya.

Sebagai satu sumber, Sarah-Jane, 35, seorang “vlogger” (Blogger video) dari Richmond London memulakan “vlog”nya selepas air ketuban beliau pecah semasa beliau sedang berehat di sofa sambil memakan sepotong piza.

Proses bersalin beliau berlangsung selama 24 jam di mana beliau mencatatkan lima video termasuk kontraksi dan kemas kini sejurus bayinya “menuju ke saluran kelahiran”. Akan tetapi, Sarah-Jane tidak menunjukkan penontonnya melihat dia menolak anak ketiganya, Eveline keluar. Video tersebut menunjukkan bayi baru tiba di rumah dengan ibu bapanya dan bertemu dengan abangnya Freddie, enam, dan Finn Barnaby Bo, berusia tiga tahun.

Menurut The Sun, Sarah-Jane mendedahkan di laman web, Channel Mum, “Sebelum ini, saya telah vlog tentang topik keibu-bapaan dan kehamilan saya pada tahun ini dan ia hanyalah semula jadi untuk berkongsi proses bersalin saya.”

“Proses bersalin tidak seperti dalam filem-filem. Saya hanya mahu menunjukkan proses bersalin yang lebih dekat dengan realiti.,” kata Sarah-Jane, seorang pengarah agensi iklan, yang menyiarkan video masa nyata sebenar beliau yang pertama ke saluran internet pada 10:00PM, 21 Disember, 2016. Bukan sahaja dia memberitahu orang ramai yang beliau sudah 2cm bukaan bersalin, dan penonton juga boleh mendengar degupan jantung bayi beliau. Video berikutnya, disiarkan hampir dua jam kemudian, diposkan dari rumahnya selepas beliau dihantar balik sehingga kontraksi beliau menjadi lebih kerap.

Selepas tiga jam bersalin, beliau mencatatkan video terakhir apabila beliau sudah berada di rumah dengan bayi 8LB 1oz kesayangan dalam pelukannya. Beliau berkata, “Sudah tentu beliau adalah bayi yang paling cantik di dunia.”

Melahirkan anak secara normal merupakan pengalaman getir untuk seseorang yang bakal bergelar ibu. Namun begitu, ramai ibu sukar untuk bertenang ketika mengalami kontraksi, kerana tidak tahu teknik-teknik untuk bertenang ketika melahirkan anak.

Ini adalah langkah-langkah untuk menenangkan diri anda untuk memudahkan anda melahirkan bayi anda.

Bernafas: Pernafasan yang betul semasa melahirkan meningkatkan kadar oksigen yang masuk kepada anda dan bayi anda. Ini adalah juga untuk melepaskan tekanan dan sakit ketika melahirkan.

Urut: Urutan yang betul boleh merangsang penghasilan endorfin iaitu ubat tahan sakit, dan ia juga boleh melegakan dan rasa debaran untuk bersalin.

Berjalan: Berjalan secara perlahan-lahan di hospital atau bilik bersalin mampu mengurangkan kesakitan dan menghasilkan hormon gembira. Ia adalah usaha yang payah untuk berjalan secara perlahan-lahan di bilik bersalin namun ia membantu anda untuk bertenang.

Mandi: Mandi boleh mengurangkan kontraksi di sekitar perut dan melegakan kerejangan dari saraf-saraf anda.

Persedian yang cukup: Anda sebagai bakal ibu harus mempersiapkan diri dengan ilmu. Hadirlah untuk kelas bayi, penjagaan bayi dan sebagainya. Kehadiran suami penting sebagai pembakar semangat anda.

Yang penting, semangat anda yang berkobar-kobar untuk menyambut bayi yang baru, lagi bermakna daripada kesakitan yang anda alami. Kelahiran secara normal memanglah menyakitkan, namun anda harus bertenang kerana kesakitannya cuma sementara. Dengan adanya tips-tips ini ia boleh membantu anda untuk bertenang menghadapi persediaan melahirkan bayi anda.

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent India

The post Ibu menyiarkan proses bersalin di Facebook LIVE: Tiada apa-apa ‘normal’ mengenainya, beliau berkata appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Letting Go Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pocoyo para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>