Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

5 Posisi Tidur Elak Bayi Songsang, Ibu Patut Cuba Sebagai Ikhtiar Untuk Bersalin Normal

$
0
0

Ramai ibu mungkin tidak menyedari bahawa kedudukan atau gaya tidur anda sehari-hari boleh mempengaruhi janin dalam kandungan. Justeru, adalah penting untuk anda mengetahui ada beberapa posisi tidur elak bayi songsang yang boleh diamalkan.

Tidak dinafikan bahawa semakin bertambah usia kandungan, perut ibu jadi makin membesar sehingga membuatkan anda kadang-kala tidak selesa untuk melelapkan mata.

Namun jangan mengeluh, kesemua pengalaman kehamilan ini akan menjadi sesuatu yang akan dirindui kelak.

Posisi tidur elak bayi songsang, ibu mengandung boleh amalkan

Melahirkan bayi songsang dianggap amat berisiko bagi ibu dan bayi. Akhir sekali, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk melalui proses kelahiran caesar kerana ia adalah pilihan yang terbaik.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar An-Nur, Dr Wan Maskliza Wan Daud, masalah bayi songsang berlaku apabila punggung dan kaki bayi berada dekat dengan pintu rahim (serviks) dan bukan kepala bayi.

”Di hospital, kaedah memusing bayi antara usaha pertama akan dilakukan bagi membantu ibu bersalin normal. Namun prosedur ini melalui proses yang ketat dengan bantuan teknologi imbasan bagi memastikan bayi dan ibu selamat.”

”Baby songsang boleh melalui prosedur ini yang dipanggil sebagai ECV iaitu External Cephalic Version oleh pakar yang terlatih di usia kandungan 37 minggu,” jelasnya.

Sebagai ikhtiar lain, ibu juga boleh menjaga posisi tidur agar bayi tidak sungsang. Antaranya:

#1. Tidur mengiring ke belah kiri

Posisi tidur agar bayi tidak sungsang yang pertama adalah dengan tidur mengiring ke kiri. Ketika berada trimester kehamilan terakhir, anda boleh mencuba kedudukan tidur ini dengan meletakkan bantal di bawah perut.

Ia berupaya mendorong gerakan bayi di dalam rahim dan membantu masuk ke posisi normal sebelum adanya tanda-tanda bersalin.

#2. Tidur mengiring dengan bantal di antara kedua kaki

Tidak kira tidur siang atau malam, ibu disaran tidur mengiring dengan bantal di antara lutut dan pergelangan kaki kerana ia boleh membantu janin ke posisi yang sepatutnya.

Menurut pakar perbidanan dan anak, Diana Spalding, beliau mengatakan bantal yang diletakkan di antara kedua kaki dapat membantu menciptakan posisi yang optimum untuk bayi berpusing atau berbalik.

Selain itu kedudukan tidur ini dapat membantu otot-otot di bawah punggung lebih rileks dan mengurangkan ketegangan keseluruhan tubuh ibu.

#3. Tidur sambil mendengar muzik atau bacaan al-quran

Posisi tidur agar bayi tidak sungsang ini dianggap sebagai terapi yang baik dan mampu ‘memujuk’ bayi berbalik ke posisi sepatutnya.

Salah satu cara yang ibu boleh lakukan adalah dengan meletakkan telefon di bahagian bawah perut. Tidak hanya memasang lagu, anda juga boleh memainkan beberapa pilihan zikir ataupun bacaan al-quran yang diperoleh melalui carian Internet.

Selain itu, anda juga boleh meminta pasangan untuk kerap bercakap dengan bayi dalam kandungan. Ibu jangan terkejut jika mengetahui janin mula memberi respon ke tempat asal suara tersebut.

#4. Tidur dengan meletakkan kaki pada kedudukan lebih tinggi

Menjelang trimester akhir kehamilan, ibu disaran untuk kekal aktif melakukan senaman yang boleh memudahkan proses bersalin.

Sebagai ikhtiar baby songsang, ibu boleh baring di atas lantai dan mengangkat kaki ke dinding bagi menggalakkan janin bergerak pada kedudukan lebih optimum.

Kedudukan ini juga membolehkan graviti menolak janin untuk berpusing secara semula jadi, dalam masa yang sama menjadi senaman baik untuk ligamen pelvik. Jika anda rasa sukar, minta bantuan suami atau keluarga bagi melakukannya.

#5. Gaya tidur ibu mengandung dengan kaki dibengkokkan ke lutut

Seterusnya, cara tidur ibu mengandung supaya bayi tidak songsang adalah dengan kaki dibengkokkan ke lutut. Seperti senaman yoga, ibu boleh cuba posisi tidur dengan kaki dibengkokkan dan sedikit condong ke arah pelvis.

Kedudukan ini membolehkan janin bergerak terutamanya selepas diberi ruang yang begitu banyak untuk keluar ke pelvis. Ibu boleh menggunakan bantuan bantal untuk menyokong punggung supaya lebih selesa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Healthline, Finance

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sampai Hospital Check Jalan, Kaki Bayi Dah Keluar- Ibu Lahirkan Bayi Songsang Secara Normal

Baca juga: Pengalaman Ibu Ini Buat Prosedur ECV “Pusingkan Bayi Songsang” & Bersalin FPP, Layanan 1st Class

Baca juga: Kedudukan Bayi Songsang? Lakukan 5 Jenis Senaman Ini Bagi Membuatkan Bayi Pusing Semula!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>