Kuat berpeluh atau turut dikenali sebagai hiperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mengeluarkan peluh dengan begitu banyak daripada mana-mana bahagian anggota badannya.
Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada individu termasuklah merasa kurang yakin apabila berada dekat dengan orang lain. Masalah kuat berpeluh ini juga kerap berlaku pada wanita hamil. Ibu mengandung akan lebih cepat berpeluh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Namun, terdapat juga punca lain yang boleh menyebabkan wanita mengandung mengalami peluh berlebihan daripada biasa. Bagi ibu hamil, anda dinasihatkan untuk lebih peka dan mengetahui sebab anda lebih kerap berpeluh ketika sedang berbadan dua. Dengan mencari puncanya, anda secara tidak langsung mungkin akan tahu cara mengatasi masalah kuat berpeluh ketika sedang hamil. Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenainya.
Adakah Normal Kuat Berpeluh Ketika HamilMengalami peluh berlebihan ketika sedang mengandung adalah normal dan merupakan salah satu gejala biasa kehamilan. Pada dasarnya, ibu hamil akan sering mengalami rasa panas dan kuat berpeluh bermula dari enam minggu pertama kehamilan dan mungkin menjadi lebih serius apabila usia kandungan menjangkau 32 minggu.
Bagaimanapun biasanya, gejala ini lebih kerap berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan.
Paras hormon yang berubah-ubah, terutamanya penurunan estrogen serta kadar metabolisme yang meningkat semasa kehamilan boleh menyebabkan anda lebih mudah terasa panas, walaupun ketika sedang tidur pada waktu malam.
Kajian menunjukkan wanita yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti ketika hamil akan lebih mudah mengalami masalah kuat berpeluh semasa kehamilan.
Apakah Punca Kuat Berpeluh Semasa Hamil?Sesetengah wanita hamil mengalami masalah kuat berpeluh pada waktu siang dan ada juga mengalami peluh berlebihan pada waktu malam. Tidak kurang, segelintir ibu mengandung berdepan masalah kuat berpeluh di kedua-dua waktu siang dan malam.
Perubahan hormon biasanya menjadi sebab utama gejala ini sering berlaku pada wanita yang sedang berbadan dua. Peralihan hormon berlaku apabila sperma bertemu dengan telur ‘mengelirukan’ hipotalamus (kawasan otak yang membantu mengawal suhu badan) dan menyebabkan ia merasakan seperti haba meskipun suhunya nyaman di luar.
Keadaan ini seterusnya menyebabkan refleks berpeluh pada badan ibu mengandung yang mana ia direka untuk menyejukkan badan mereka apabila suhu sebenarnya semakin panas.
Selain itu, BMI yang berlebihan juga boleh menyebabkan wanita hamil berdepan masalah kuat berpeluh sepanjang kehamilan. Sebaiknya, cuba pastikan penambahan berat badan ketika kehamilan adalah mengikut jumlah yang disyorkan oleh doktor pakar anda bagi mengurangkan gejala ini.
Cara Atasi Masalah Kuat Berpeluh Semasa HamilMasalah kuat berpeluh tidak boleh dirawat atau diselesaikan dalam sekelip mata. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh membuatkan ibu hamil berasa lebih selesa:
#1. Kekal hidratKekurangan air dalam badan boleh menyebabkan anda lebih mudah berpeluh dan seterusnya membuatkan anda sering berasa pening dan ingin pengsan.
Jadi, anda dinasihatkan untuk banyak mengambil air kosong, iaitu di antara 8 hingga 12 gelas sehari kerana ia boleh membantu badan anda mengawal suhunya.
Sentiasa bawa air kosong bersama dan minumnya apabila anda terasa dahaga. Jangan biarkan mulut anda terasa kering dan menjejaskan anggota badan. Jika cuaca panas atau anda kerap bersenam ketika sedang hamil, maka perlulah lagi lebih banyak minum air kosong ya.
Selain air mineral, anda juga boleh meminum minuman berkhasiat lain seperti susu, jus buah-buahan semula jadi dan teh ais herba, serta kurangkan minuman manis dan berkarbonat untuk mengelakkan kalori kosong yang boleh menyebabkan penambahan berat badan.
#2. Elak cuaca panasSama ada waktu siang atau malam, kipas tidak membantu apabila suhu 90°F dan berkeadaan lembap! Elakkan juga ruang panas seperti sauna atau tab mandi panas yang sememangnya dilarang semasa mengandung.
#3. Elak bersenam dalam cuaca panasBersenamlah pada waktu awal pagi atau petang atau anda juga boleh melakukan aktiviti senaman di gimnasium yang berhawa dingin mahupun berenang di kolam renang kerana aktiviti kolam renang juga boleh membantu melegakan bengkak pada kaki dan buku lali anda!
#4. Pakai pakaian yang longgar dan material kain yang sejukElak memakai pakaian yang sendat ketika sedang hamil lebih-lebih jika anda sedang serat. Selain boleh mengurangkan anda daripada mudah berpeluh ia juga membantu anda untuk bergerak dengan lebih selesa dan selamat.
#5. Lapik tilam dengan selimutCara ini boleh membantu anda untuk mendapatkan suhu badan yang sepatutnya ketika tidur pada waktu malam.
#6. Tidur dengan tualaTuala akan membantu menyerap peluh berlebihan ketika anda sedang tidur.
#7. Elak minuman panas dan makanan pedasIa menyebabkan refleks peluh pada badan anda apabila anda mengambilnya sama ada dalam kuantiti yang sedikit atau banyak.
#8. Bawa kipas miniMengipas diri sendiri akan membantu menyejat lebihan peluh serta menyejukkan kulit anda.
#9. Gunakan bedak bebas talkumSedikit bedak boleh membantu menyerap kelembapan berlebihan dan mengelakkan ruam akibat haba semasa kehamilan.
Bolehkah Saya Menghalang Peluh Semasa Kehamilan?Masalah kuat berpeluh mungkin akan hilang secara perlahan-lahan apabila hormon anda sudah terkawal, iaitu kira-kira ketika ovulasi bermula semula beberapa bulan selepas bersalin. Selepas bersalin, suhu asal anda sepatutnya akan kembali normal.
Tetapi, ramai wanita mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendapatkan suhu yang sama seperti sebelum hamil. Namun, anda tidaklah perlu begitu risau keran ia bukanlah suatu perkara yang serius, malah mungkin suatu berita baik untuk anda yang selalu terkena selesema ketika sebelum hamil!
Bila Harus Jumpa Doktor?Sila segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala-gejala di bawah ini:
Kerap berpeluh pada waktu malam – sekiranya anda terbangun dalam keadaan berpeluh atau mendapati sarung bantal seperti kebasahan/ lembab pada waktu pagi. Alami peluh pada seluruh badan – jika anda berpeluh di seluruh badan dan bukannya hanya daripada kepala, muka, ketiak, pangkal paha, tangan, kaki atau mana-mana anggota badan anda. Berpeluh asimetris – jika anda hanya berpeluh daripada satu sisi badan anda, seperti sebelah ketiak sahaja. Alamai perubahan mendadak – jika anda mengeluarkan peluh yang terlalu banyak secara tiba-tiba. Berpeluh melampau ketika sudah berusia – anda mengalami masalah peluh berlebihan sewaktu pertengahan umur atau lebih tua. Mula berpeluh dengan banyak selepas tukar ubat: Jika anda terpaksa tukar ubat dan perasan sering kuat berpeluh Mengalami peluh berlebihan disertai dengan gejala lain, seperti keletihan, insomnia, kerap dahaga, atau batuk.Semoga bermanfaat!
What to Expect (oCT 5, 2020). Sweating During Pregnancy. https://www.whattoexpect.com/pregnancy/sweating Baby Center (Nov 29, 2021). Is it normal to have hot flashes during pregnancy?. https://www.babycenter.com/pregnancy/your-body/is-it-normal-to-have-hot-flashes-during-pregnancy_3659303 Healthline (Dec 20, 2019). Pregnancy and All Things Heat-Related (You, the Weather, Your Bath Water, and More). https://www.healthline.com/health/pregnancy/hot-pregnant#see-a-doctorDi theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Cara Mengatasi Masalah Badan Berbau Ketika Hamil : Pastikan Anda Cukup Minum Air
Baca juga: Ibu Berpantang Berpeluh-Peluh Terutama Di Waktu Malam, Menurut Doktor Ini Yang Anda Perlu Tahu!
Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!