Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Berfesyen seiring kehamilan

$
0
0
pakaian hamil

Pilih pakaian hamil yang sesuai dan bergaya

 

“Hmm…apa nak pakai ni? Hari-hari pakai maxi, boringlah!”

Suzie buntu memikirkan bagaimana lagi hendak menggayakan perutnya (dan badannya) yang semakin membesar itu. Sebagai seorang eksekutif pemasaran, dia perlu sentiasa tampil bergaya dan elegan.

“Hei Suzie, kenapa kau nampak serabut sangat hari ni?”

Pertanyaan seorang rakan pejabatnya semalam membuatkan dia tidak senang duduk memikirkan fesyen yang sesuai untuk digayakan sepanjang tempoh kehamilan ini.

Pernah mengalami situasi begitu? Tidak bermakna jika anda mengandung, anda perlu kelihatan serabut dan melupakan hal-hal fesyen untuk 9 bulan!

Seperti juga berfesyen pada masa-masa lain, anda perlu mengetahui bentuk badan anda ketika hamil supaya apa yang anda gayakan tidak kelihatan janggal dan lucu di atas badan anda. Apa lagi dengan perut yang membonjol itu, anda pastinya tidak mahu kelihatan seperti kartun jika salah mengenakan pakaian.

Di sini, kami kongsikan beberapa tips berfesyen sewaktu hamil bagi membantu anda mendapatkan idea bagaimana mahu menggayakan badan baru anda itu.

 BERKAIT : Fake-awake makeup tips 

1. Pilih saiz yang betul

Jangan pakai pakaian yang terlalu longgar sehingga menampakkan anda seperti terperangkap di dalam karung guni. Pakaian yang terlalu ketat juga akan membuatkan anda tidak selesa untuk bergerak, dan juga tidak selesa dengan pandangan-pandangan nakal yang mentertawakan anda kerana kelihatan ‘pelik’.

Pilihlah pakaian yang tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.

pakaian hamil

Angelina Jolie berpakaian warna gelap tampil langsing

2. Pakaian berwarna gelap

Nah, pastinya ini pilihan yang selamat kerana kebolehannya membuatkan seseorang itu nampak lebih langsing. Tetapi harus diingat, pakaian gelap tidak semestinya warna hitam. Anda boleh mencuba pelbagai warna lain di dalam rona gelap seperti biru tua, hijau tua, maroon, dan sebagainya.

3. Fesyen blok warna (colour block)

Sekiranya anda bukan seorang yang gemarkan pakaian berwarna gelap, anda boleh mencuba fesyen blok warna – pakaian yang hanya menggunakan satu warna. Mungkin anda boleh padankan skirt berwarna ‘baby blue’ bersama blaus merah jambu, atau seluar hijau turkois bersama blaus putih.

Selain nampak segar dan bergaya, fesyen ini juga mampu membuatkan anda nampak lebih tinggi.

4. Tudung/hijab yang sesuai

Bagi yang beragama Islam, pastikan tudung anda labuh dan menutupi bahagian dada anda dengan sempurna kerana ketika hamil, payudara anda membesar dan anda tidak mahu ianya menjadi bahan tarikan mata-mata nakal di luar sana.

pakaian hamil

Sari Yanti kelihatan anggun dengan pakaian hamil ‘one piece dress’ berwarna blok

5. Pakai baju suami ?

Ya, pandangan ini mencabar beberapa pandangan tipikal yang mengesyorkan supaya tidak memakai pakaian suami ketika hamil, hanya kerana pakaian suami anda itu cukup besar untuk melindungi perut anda yang sedang membonjol itu.

Sebaliknya, cara ini memberi peluang anda berjimat! Pilih bajunya yang sesuai dan gayakan dengan aksesori yang sesuai bagi kelihatan feminin. Contohnya, anda boleh memakai kemejanya dan mengenakan tali pinggang yang bercorak atau fancy di bahagian luar baju agar baju itu tidak kelihatan terlalu besar di atas badan anda.

BERKAIT: Cantik tanpa solekan

6. Wrap dress

Wrap dress adalah baju yang dipakai dengan melilitkannya ke badan anda. Salah satu kelebihan wrap dress ini ialah ia boleh dipakai ketika kandungan berusia sebulan hinggalah sembilan bulan. Ciri-cirinya yang fleksibel dan senang diketatkan atau dilonggarkan itu menjadikannya satu pakaian yang sangat selesa dipakai ketika hamil.

Pastikan bahan fabriknya juga adalah dari bahan yang fleksibel dan boleh regang (stretchable).

pakaian hamil

Alessandra Ambrosio dengan dress menarik warna kuning bercetak biru

BERKAIT: Panduan kecantikan dan kesihatan daripada Dr. Oz

Rujukan:

Tips Keep Appearing Fashionable While Pregnant

Sneaky (and Cheap!) Ways to Stretch Your Wardrobe Through Pregnancy


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>