Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Cara-cara mengurut bayi anda

$
0
0

Rutin mengurut ini sangat bermanfaat untuk anda berdua. Bayi anda akan lebih tenang dan anda akan berasa gembira untuk meluangkan masa dengan bayi anda. Di sini adalah beberapa teknik mengurut yang anda boleh lakukan dengan senang.

Kaki dan paha

shutterstock_32852248-1

Bahagian kaki adalah tempat yang paling baik sekali untuk memulakan urutan, kerana itu adalah bahagian bayi yang paling kurang sensitif jika dibandingkan dengan bahagian badan yang lain. Sapukan sedikit minyak ke atas tangan anda, pegang salah satu paha bayi anda dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan tarik ke bawah perlahan-lahan, satu tangan demi satu tangan. Seperti anda sedang “memerah susu”. Ulangi dengan kakinya yang lagi satu.

Buku lali dan kaki

shutterstock_42106144-1

Kali ini anda perlu memicit secara perlahan satu kaki pada satu masa. Kemudian usap bahagian buku lalinya hingga ke jari kakinya.

Tapak kaki

shutterstock_294646820-1

Gunakan ibu jari anda untuk mengurut tapak kaki bayi anda, Gerakkan jari anda dan buat pusingan pada sekitar tapak kakinya.

 

Jari kaki

shutterstock_117126235-1

Untuk urutan jari kaki bayi anda yang comel pula, pegang jari kaki bayi anda di antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik sehingga jari kaki bayi anda terlepas dari pegangan anda. Ulangi bagi setiap jari jemari bayi anda.

Tangan

shutterstock_377893309-1

Untuk bahagian tangan, anda boleh mengulangi teknik “memerah susu” tadi. Bermula dari ketiaknya sehingga ke pergelangan tangannya. Kemudian, denganperlahan-lahan ambil tangannya dan putarkan pergelangan tangannya beberapa kali. Ulangi untuk tangan sebelah.

Jari

shutterstock_324053672-1

Secara perlahan, anda perlu ambil jari bayi anda di antara ibu jari dan jari telunjuk anda dan Tarik sehingga jarinya terlepas dari pegangan anda. Sama seperti teknik untuk jari kaki bayi anda.

Dada

shutterstock_95025547-1

Leperkan dan letakkan kedua-dua tangan anda di atas dada bayi anda. Dengan perlahan, buka tangan anda dan usap dadanya ke luar. Ulanginya teknik ini beberapa kali.

Dada (teknik ke-2)

shutterstock_299507270-1

Dengan menggunakan satu tangan sahaja, letakkan tangan anda di atas dada bayi anda dan usap perlahan-lahan sehingga ke pahanya. Ulangi langkah ini dengan berselang seli tangan anda.

Belakang

shutterstock_369865625-1

Pastikan bayi anda sedang meniarap. Gunakan hujung jari anda dan buat bulatan kecil pada kedua belah tulang belakang bayi anda dari bahagian leher sehingga ke punggungnya.

Belakang (teknik ke-2)

shutterstock_476235583-1

Tamatkan sesi urutan dengan beberapa usapan yang kuat dan panjang. Bermula dari bahunya sehingga ke kakinya. Apabila sudah selesai, pakaikan lampinnya dan peluk bayi anda atau pun menyusukannya. Selepas menikmati urutan ini pasti bayi anda akan tidur dengan lena.

Rujukan: Baby Center

The post Cara-cara mengurut bayi anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>