Sering kali kita lihat pelbagai jenis ‘home remedi’ yang menggunakan madu. Dan memang tidak asing lagi, madu telah diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi sebagai makanan kesihatan. Khasiat madu tidak dapat disangkal, dari penjagaan luaran hinggalah dalaman.

Imej dari babycenter
Mari kita lihat kelebihan madu buat wanita hamil yang sebahagian dikongsi oleh momjunction:
- madu mengandungi antibiotik semula jadi
- madu mampu mengurangkan kesan alergi
- madu boleh merawat pedih ulu hati(heart burnt) yang memang sinonim dengan wanita hamil
- madu boleh membantutkan pertumbuhan bakteria penyebab ulser
- madu mempunyai kesan analgesik iaitu bagus untuk merawat melecur
- madu boleh mengurangkan alahan (muntah-muntah) bagi wanita hamil yang mabuk
- madu merupakan pemanis makanan yang sihat dan semula jadi
- Secara khusus madu membantu pertumbuhan fizikal dan mental janin.
- Madu dapat mencegah jangkitan penyakit hepatitis B bagi si bayi.
Kesan sampingan
Madu sememangnya selamat untuk dimakan semasa hamil, namun langkah berjaga-jaga juga harus di ambil. Dos dan tidak berlebihan dan sebarang kesan yang tidak normal harus di titik beratkan.
- madu dikatakan boleh mengganggu ritma jantung, sama ada mempercepatkan atau melambatkan. Jadi pastikan pengambilan madu anda tidak berlebihan
- madu juga boleh memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah, mereka yang mempunyai diabetis, kandungan gula di dalam darah rendah atau yang mengambil sebarang ubat, dinasihatkan untuk mendapatkan pendapat doktor sebelum mengamalkan madu.
- dapatkan madu dari jenama atau penjual yang dipercayai kerana madu tiruan yang mengandungi bahan kimia atau gula tiruan boleh memberi kesan yang buruk pada ibu dan bayi.
- sesetengah madu mentah dikatakan mempunyai bakterium yang dikenali sebagai klostridium botulinum yang boleh meningkatkan risiko botulism.

Imej dari westcoasthoney
Secara umumnya, madu merupakan pengganti gula putih (gula yang diproses) yang sangat baik serta mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.
Malah, pengamalan madu semasa kehamilan juga adalah tidak memudaratkan, asalkan anda madu tersebut asli dan lebih baik jika organik. Namun, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
The post Manfaat madu untuk ibu hamil dan janin appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.