Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Tips dari Vivy Yusof Untuk Mencari Suami Yang Terbaik

$
0
0

Sebut sahaja nama Vivy Yusof, sudah tentu anda pernah dengar namanya. Seorang blogger, usahawan (Pengasas Fashion Valet) dan juga seorang ibu kepada dua orang cahayamata. Vivy bukan sahaja terkenal di Malaysia, namanya dikenali di negara asing juga.

Vivy bukan sahaja diminati ramai kerana caranya berpakaian (sentiasa cantik dan mengikuti trend semasa), tetapi ramai menyukai sikapnya yang sentiasa mementingkan keluarganya dahulu.

Jika anda mengikuti blog ataupun Instagram Vivy, sudah pasti anda dapat lihat kebahagiaan Vivy bersama suami dan anak-anaknya. Di situ juga Vivy ada kongsikan bersama tips untuk memilih calonm-calon suami yang baik dan bertanggungjawab.

Bagaimana anda ingin tahu lelaki yang yang anda pilih itu seorang yang bertanggungjawab dan penyayang?

Anda boleh melihat personaliti lelaki pilihan anda yang sebenarnya dengan melihat bagaimana hubungannya dengan keluarganya. Jangan tinggalkannya jika dia mempunyai hubungan yang rapat dan sayangkan ibunya (asalkan tidak terlalu obses ataupun dikongkong).

Ini menunjukkan beliau menghormati wanita dan sifat itu lah yang akan diajarkan ekpada anak-anaknya nanti. Begitu juga hubungannya dengan bapanya.

Anda perlu lihat jika si dia menghormati bapanya (tapi anda perlu bezakan antara hormat dan takut). Ini bermakna dia akan menjadi seorang bapa yang akan menerapkan sifat hormat-menghormati kepada anak-anaknya.

Jika si dia sentiasa luangkan masa bersama adik-beradiknya, itu bermakna keluarganya amat penting bagi dirinya. Pada saya, ciri ayng perlu ada bagi laelaki pilihan saya adalah seorang lelaki yang sanggup membuat apa sahaja untuk keluarganya.

Jangan sekali-kali meletakkan diri anda di antara si dia dan ibunya. Jangan letakkan si dia dia dalam situasi di mana dia terpaksa memilih di antara anda ataupun ibunya. Sebaliknya, anda perlu mengenali ibunya dengan lebih rapat kerana itulah cara untuk menyejukkan hati si dia. Iaitu memalui hubungan anda dengan ibunya. Pesanan ini adalah dari ibu saya sendiri.

Ada masanya anda berada di dalam situasi di mana anda sayangkan si dia tetapi keluarganya tidak tahu tentang anda. Jangan risau. Berikan si dia lebih masa untuk memberi penjelasan kepada keluarganya, namun begitu, jika ia berlarutan lebih dari setahun, tinggalkan saja si dia.

Adakalanya, anda mencintai si dia, tetapi anda tidak serasi dengan keluarganya. Anda boleh cuba untuk biasakan diri dengan keluarganya. Ataupun, anda boleh tinggal di luar negara. Ada juga situasi di mana anda boleh serasi dengan keluarganya, tetapi rasa cinta anda dengan si dia sudah pudar. Ia semestinya akan membuatkan anda berasa sedih.

Tetapi, bila anda sudah berjumpa dengan si dia dan anda juga sayangkan keluarganya, itu bermakna pencarian anda sudah berakhir. Itulah lelaki untuk sepanjang hayat anda.

Rujukan: Oh Bulan

Gambar dari Instagram Vivy Yusof

The post Tips dari Vivy Yusof Untuk Mencari Suami Yang Terbaik appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>