Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

4 cara mengatasi masalah stretchmarks ketika anda hamil

$
0
0

Pengorbanan seorang ibu tidak terkira. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam pelbagai hal selepas hamil. Dari jadual kerja, waktu tidur, emosi dan perubahan fizikal. Stretchmarks salah satu perubahan yang harus diterima ibu.

Stretchmarks terbentuk apabila badan yang hamil membesar lebih pantas berbanding kulit. Lalu, serat elastik di bawah kulit pecah maka terjadinya stretchmarks. Menurut pakar, kesan ini akan beransur hilang (atau bertukar warna). Namun, anda yang dahulunya miliki kulit sebersih susu pasti tidak mahu stretchmarks ini. Jangan risau, ibu semua!

Perkongsian ini akan membincangkan bagaimana anda boleh mengatasi masalah stretchmarks:

1. Cegah kemunculan stretchmarks sejak awal kehamilan

Lebih mudah mengatasi masalah ini jika anda menjaga kulit sejak awal kehamilan. Bukan itu saja, amalkan gaya hidup yang sihat. Ambil vitamin C, vitamin E dan protein dalam diet. Minum air atau teh hijau untuk mengekalkan kelembapan kulit. Anda juga boleh menyapu minyak aroma sebelum mandi.

Namun, menurut American Academy of Dermatology, hampir  90% daripada wanita hamil akan memiliki stretchmarks selepas kandungan berusia 6 hingga 7 bulan. Tiada cara lain - anda harus segera merawatnya!

2. Rawatan secara semulajadi di rumah

Terima kasih pada dapur tercinta, anda boleh merawat strechmarks di rumah! Maksudnya? Tak perlu belanja lebih wang! Berikut beberapa bahan semulajadi yang boleh menghilangkan strechmarks:

  • Rawatan Minyak - minyak zaitun, minyak vitamin E, minyak kastor, minyak kelapa, badam, dan avakado. Urut pilihan minyak ini pada bahagian yang diingini sebelum mandi, dan biarkan selama 30 minit. Minyak menjadikan kulit anda lebih lembut dan membantu menghilangkan stretchmarks.

  • Aloe Vera menggalakkan penyembuhan dan menenangkan kulit. Sapu gel ke bahagian kulit dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air. Untuk kesan lebih menakjubkan, campur aloe vera dengan mana-mana minyak di atas.
  • Madu - campur madu dengan garam untuk buat skrub. Sapu skrub pada kulit, biar ia kering lalu bilas dengan air.
  • Putih Telur - kaya dengan protein dan amat berkesan untuk menghilangkan strechmarks. Putih telur mampu meremajakan kulit. Amalkan amalan menyapu putih telur dengan kerap!
  • Jus lemon - sangat berasid, namun mampu menghilangkan strechmarks. Sapu jus lemon pada kulit dan bilas dengan air sejuk.
  • Kentang - Kentang mengandungi fitokimia, polifenol, dan karotenoid yang memperbaiki tekstur kulit. Potong kentang dan sapukan jusnya pada kulit.

3. Buat krim & losyen semulajadi

Memang terdapat pelbagai pilihan losyen dan krim penghilang strechmarks di pasaran. Tapi, semuanya berkesan ke? Lagipun, jika anda buat sendiri krim dan losyen ini, tiada bahan kimia! Saya pernah cuba pelbagai produk, namun mungkin Bio Oil saja yang berkesan. Jangan risau, mari saya ajar bagaimana ingin buat krim dan losyen penghilang strechmarks secara semulajadi!

  • Pelembap home-made

Pelembap menganjalkan kulit. Jika kulit anda jenis kering - campur minyak zaitun dengan cocoa butter dan shea butter. Jika kulit anda jenis berminyak - campur minyak zaitun dengan gel aloe vera dan minyak germa gandum.

  • Losyen home-made

Bahannya, campurkan 1/4 cawan gel aloe vera dengan 1/2 cawan minyak zaitun. Pecahkan 6 kapsul Vitamin E dan 3-4 kapsul Vitamin A. Campurkan kesemua bahan dan simpan dalam botol. Botol ini harus disimpan dalam tempat sejuk (peti ais). Guna setiap hari. Goncang botol sebelum guna.

4. Bersenam

Cuba senaman ringan yang bermain di kawasan strechmarks. Senaman mampu menjana dan menegangkan tisu kulit. Aktiviti berenang bagus untuk melancarkan peredaran darah dalam tisu dan menganjalkan kulit.

Jangan mudah putus asa, ibu sekalian. Strechmarks ini akan kita hapus sama-sama! Tapi, anda harus yakin sentiasa! Tanpa strechmarks ini pun, anda masih jelita seperti dulu.

 

Sumber Rujukan: MyHealthTips, Mom Junction, WebMD dan PR Newswire

The post 4 cara mengatasi masalah stretchmarks ketika anda hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>