Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

5 perkara yang setiap isteri mahu dengar dari suami mereka

$
0
0

Saya tidak tahu sama ada suami dari Marikh (Mars) dan isteri adalah dari Zuhrah (Venus). Tetapi saya tahu yang mereka berbeza dan apa yang berkesan untuk suami tidak selalunya berkesan untuk si isteri.

Saya juga tahu yang jika saya sudah memilih warna kuning paling lembut, suami saya memikirkan warna hijau yang paling gelap. Adakah ini membuatkan kami tidak serasi? Tidak. Ia hanya membuatkan kami dua individu yang mempunyai citarasa berbeza.

Jadi, kita boleh hidup dengan 'citarasa berbeza' untuk seumur hidup kita, yey! Walaubagaimanapun, masih terdapat perkara yang kita berharap suami kita tahu. Dan bukan semuanya tentang pendapat yang berbeza. Mereka hanya perkara asas, tidak bahaya, tidak mahal (atau 'percuma') yang kita harap ketua rumah kita akan ingat dan buat.

Bagi saya, ia lebih dari perkara yang jelas dan ketara, ianya perkara kecil yang saya harap dia ucapkan pada saya, yang akan menceriakan hari, minggu dan mungkin bulan saya (kecuali kalau dia tiba-tiba membuatnya setiap hari. Di dalam kes ini, kita mendapat sesorang yang 1 di dlam 1000!). Berikut adalah sebahagian darinya:

  • "Telefon saya pada bila-bila masa!" Selalunya saya tidak menghubungi anda untuk memeriksa bila anda akan berada di rumah untuk mencuci pinggan mangkuk. Malah anda tidak membuat hidangan. Ia selalunya bila saya sudah buntu dengan anak perempuan kami, anjing kami dan habuk yang tidak pernah hilang.Apa yang saya perlukan ialah telinga yang mendengar, dari orang yang sama-sama tinggal bersama anak perempuan yang sama, anjing dan habuk yang sama, siapa faham yang tiga perkara ini boleh menjadi perkara yang sangat memenatkan.

    Jadi, daripada mendiamkan saya dengan "Saya sedang bekerja, boleh kita bercakap nanti?", cuba cakap "Tidak apa, saya faham. Telefon saya bila-bila awak perlu"? Percayalah yang saya tidak akan telefon awak setiap masa. Saya faham awak sibuk di tempat kerja. Tetapi tolonglah tahu dan faham yang saya juga sibuk dan jika saya menelefon, pasti ada sebabnya.

wife

  • "Jom pergi bercuti tanpa anak-anak. Saya akan rancang." Kenyataan ini adalah sangat hebat di setiap tahap. Pertama, awak tahu yang kita perlukan masa rehat.

    Awak tambah dengan cadangan penting iaitu 'tanpa anak-anak'. Kemudian awak tambah pula dengan 'merancang ia sendiri". Wow! Ia adalah kombinasi ayat-ayat magik. Dan pastinya sangat berkesan untuk perkahwinan 10 tahun kita juga!

  • "Pergilah berjalan-jalan dengan kawan-kawan awak. Saya akan uruskan anak dan anjing." Saya rindu berjumpa kawan-kawan saya untuk kopi atau menyertai mereka keluar malam. Tetapi, ia bukanlah pilihan untuk saya.Kenyataan awak sanggup menjaga anak dari saya (Saya tidak akan cakap perkara ini lagi, tapi sangat menyayangi mereka tidak membuatkan saya imun terhadap keperluan saya sendiri), dan membiarkan saya berehat dengan aman tanpa perlu risaukan anak-anak, itu sudah cukup besar!
  • "Hari awak sungguh padat. Jom buat kerja rumah bersama!" Awak nampak yang hari saya sungguh padat sudah cukup membuatkan saya gembira. Dan awak tambah dengan ingin bersama-sama membuat kerja rumah dengan saya? *Tergamam*!

    Awak bukanlah seorang yang menganggap lelaki lebih bagus, saya sentiasa tahu hal ini. Tetapi, apabila awak sedar kesusahan saya setiap hari menguruskan rumah, anak dan kerja membuatkan saya rasa awak mengambil berat dengan apa yang saya buat.

  • "Awak yang terhebat!" Saya tahu saya hebat. Saya tahu saya 'superwoman'. Tetapi mempunyai lelaki yang saya cinta dan kahwin mengatakannya kepada saya, membuatkan saya 'terbang tinggi'. Tidak kiralah jika wanita itu sangat yakin dan rasa bagus dengan diri sendiri, jika pujian itu datang dari lelakinya, ia sesuatu yang luar biasa.

Ianya kehendak yang 'ringkas dan mudah', bukan? Dan bukanlah sesuatu yang sangat luar biasa. Jadi apa kata anda naikkan kualiti suami yang memahami dengan mencuba salah satu dari ini semua (atau lebih baik semuanya terhadap isteri anda dan anda akan mempunyai isteri yang setia sepanjang hidup di sisi awak.

 

The post 5 perkara yang setiap isteri mahu dengar dari suami mereka appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>