Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

6 Sebab Saintifik Kenapa Anda Perlu Bawa Anak Anda Pergi Bercuti

$
0
0

Memang seronok rasanya jika kita boleh mengambil beberapa hari cuti dan pergi ke pantai, hutan, atau ke bandar besar sekalipun.

Ia bukan sahaja membantu kita berehat daripada kesibukan rutin seharian, tetapi dapat membawa beberapa manfaat penting kepada perkembangan dan kesejahteraan anak anda. Disini, kami ada kongsikan beberapa sebab saintifik kenapa anda perlu bawa anak anda pergi bercuti!

1.    Anak Anda Dapat Mencipta Memori Bahagia Zaman Kanak-Kanak

Sebagai seorang ibu atau bapa, anda sendiri pasti ada memori indah pergi bercuti bersama ibu, ayah dan adik beradik lain sewaktu kecil dahulu. Maka, memang sewajarnya anda membuat perkara yang sama dengan ahli keluarga anda sekarang.

Menurut kajian yang dibuat oleh Family Holiday Association di United Kingdom, hampir separuh daripada warga Britain, iaitu 49% daripada mereka yang mengambil kajian tersebut, menyatakan bahawa memori yang paling terindah dalam hidup mereka adalah memori pergi bercuti dengan ahli keluarga.

Jika bukan sekarang anda membawa anak-anak pergi bercuti dan berseronok, bila lagi? Mereka makin cepat membesar dan tidak lama lagi, bakal meninggalkan rumah anda sama ada ke asrama, bekerja atau berkahwin!

2.    Bercuti Dapat Mengasah Kemahiran Berfikir Anak-Anak

Tidak ramai antara kita yang sedar akan kebaikan bercuti kepada perkembangan minda anak-anak kita. Sebenarnya, aktiviti ketika bercuti dapat mengaktifkan beberapa bahagian penting di dalam otak anak anda!

Seperti contoh, aktiviti membina istana pasir di pantai, berenang di kolam mandi, dan berlari-lari di hutan dapat meransang pemikiran ‘BERMAIN’ (play system).

Source: Pexels.com

Menurut Professor Jaak Panksepp dari Universiti Washington State, sistem bermain ini penting untuk kanak-kanak kerana ia memperkasakan kebolehan untuk berfikir dan bermain dengan idea.

3.    Bercuti Dapat Melahirkan Anak-Anak BerIQ Tinggi

Apabila anak-anak keluar daripada ruang terhad rumah mereka, si kecil ini akan terdedah dengan pelbagai jenis persekitaran. Bercuti ke bandar besar seperti Kuala Lumpur atau pun berehat di tempat percutian di hutan dan air sungai seperti di Janda Baik dapat memberi pengalaman istimewa kepada anak-anak ini.

Menurut laporan dari Gunnel pada 2015, kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial, sentuhan, dan pemikiran  kepada kanak-kanak.

Ia merangsang fungsi di bahagian hadapan otak (frontal lobe) dan mengasah konsentrasi, perhatian, dan kemahiran untuk belajar. Secara tidak langsung, ia akan menghasilkan kanak-kanak yang lebih bijak, berbanding mereka yang hanya terperuk di rumah sahaja.

4.    Meningkatkan Kesihatan Fizikal Anak-Anak

Anda perasan tak jika ada seseorang yang sakit dan kemudiannya di bawa keluar berjalan-jalan (walaupun tidak jauh dari rumah sendiri), kesihatan dan moodnya akan bertambah baik. Kesan sebegini juga turut akan dirasai oleh anak-anak yang dibawa bercuti bersama ibu bapa.

Terdapat kajian saintifik yang dilakukan oleh Universiti Michigan di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa berjalan bersama orang yang disayangi di persekitaran yang indah, seperti hutan, dapat menenangkan minda, menghentikan tekanan jiwa atau depresi, menurunkan tekanan darah tinggi, dan mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan!

Dengan kajian yang telah dibuat ini, jangan ragu-ragu lagi untuk merancang percutian bersama anak-anak untuk cuti sekolah yang bakal mendatang ini. Bawa sekali ibu-bapa anda (atuk dan nenek) kerana ia pasti dapat juga memberikan manfaat kesihatan kepada mereka!

5.    Mengurangkan Hiperaktif di Kalangan Kanak-Kanak

Jika anda mempunyai anak kecil yang hiperaktif atau didiagnos dengan penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), pergi bercuti merupakan satu kaedah rawatan yang paling mudah untuk anda lakukan.

Ia bukan sahaja mengeratkan perhubungan di antara ibu dan bapa, tetapi dapat membantu meningkatkan kadar perhatian dan fokus anak kecil anda. Sukar untuk percaya bukan?

Ada satu kajian yang dibuat oleh Frances E. Kuo (PhD) dan disiarkan di dalam jurnal perubatan bahawa alam semulajadi yang serba hijau dapat mengurangkan kadar hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

Source: Rafzantotomi.com

Jadi, banyakkanlah merancang percutian ke Cameron Highlans, Janda Baik, Dusun di Negeri Sembilan atau di mana-mana sahaja kawasan yang serba hijau.

Jangan lupa untuk bawa anak anda sekali. Ini adalah kerana persekitaran yang hijau dapat membantu menenangkan anak anda, menambahkan kadar perhatiannya, dan meningkatkan pengawalan impuls si kecil tersebut! Menarik, bukan?

6.    Melahirkan Anak yang Positif dan Gembira

Lagi satu sebab saintifik kenapa anda perlu bawa anak anda pergi bercuti adalah kerana percutian bersama keluarga yang menyeronokkan akan mencetuskan pengeluaran bahan neurokimia yang bermanfaat daripada otak anak anda.

Oksitoksin, dopamin, dan opioid merupakan beberapa neurokimia yang akan dicetuskan ketika percutian dan ia dapat memberikan rasa gembira kepada anak anda.

Ia juga dapat mengurangkan rasa tekanan daripada minda mereka dan melahirkan perasaan tenang kepada jiwa mereka. Menurut Profesor Jaak, semakin banyak neurokimia ini dicetuskan, semakin ia menjadi sebahagian daripada personaliti dan karakter anak tersebut.

Percutian yang selalu berlaku saban tahun pasti akan lama-kelamaan menghasilkan seorang anak, yang bukan sahaja pintar dan sihat badannya, malah sentiasa berfikiran positif dan gembira. Menurut seorang neurosaintis, Bruce Perry, keadaan emosi seseorang akan menjadi personalitinya juga!

Percutian Memang Membawa Manfaat kepada Anak Kecil

Seperti yang anda dapat lihat melalui penerangan saintifik di atas, percutian keluarga sememangnya memberikan banyak manfaat kepada anak-anak anda.

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda melaburkan sedikit wang dan bawa yang tersayang bercuti melihat tempat baru dan indah. Ia memberikan banyak kesan positif kepada anak anda.

Tidak perlu lagi gajet atau teknologi mahal untuk menarik perhatian dan meningkatkan kepintarannya – bawalah si manja pergi mengembara dan biarkan alam semulajadi menjalankan tugasnya!

The post 6 Sebab Saintifik Kenapa Anda Perlu Bawa Anak Anda Pergi Bercuti appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


5 Tagalog Relationship Rules


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>