Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Rogol dalam perkahwinan = rogol atau tidak?

Image may be NSFW.
Clik here to view.
rogol

Masalahnya…

Mengikut kata-kata Honey Tan, seorang pengamal undang-undang (keluarga), rogol dalam perkahwinan tidak diiktirafkan sebagai rogol di Malaysia

“Perkahwinan bawah umur masih disahkan di Malaysia . Jika terdapat kes rogol berlaku dalam perkahwinan itu, ia tidak dianggap sebagai rogol, “kata Tan.

“Apa yang kerajaan perlu lakukan ialah menarik balik pengecualian dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan,” katanya.

BERKAIT : Malaysian rapist to marry his 13-year old victim

Pengecualian dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan ini yang menyatakan: “Hubungan seks antara seorang lelaki dengan isterinya sendiri dalam perkahwinan yang sah menurut undang-undang tertulis (dari mana sahaja), atau diiktiraf dalam Persekutuan sebagai sah, tidak akan dianggap sebagai rogol “.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
rogol

“Tetapi apa yang dianggap sebagai rogol ialah mempunyai hubungan seks dengan seseorang tanpa persetujuan mereka atau dengan kekerasan. Jadi mereka tidak menyedari bahawa dalam perkahwinan, ada suami yang memaksa isteri mereka untuk mengadakan hubungan seks, “kata Tan.

Salah anggapan orang awam

Tan berkata masih ramai yang menyalahkan mangsa-mangsa bila mereka dirogol.

“Masih ada orang menyalahkan cara wanita berpakaian, tetapi mereka tidak memikirkan tentang kanak-kanak dan wanita yang memakai tudung dan tetap dirogol,” katanya.

“Realitinya adalah bahawa rogol adalah satu tindakan keganasan, “kata Tan.

BERKAIT : The meaning of marriage

Kumpulan-kumpulan wanita seperti (WAO) Women’s Aid Organisation (Pertubuhan Pertolongan Wanita) telah melobikan untuk pengiktirafan rogol dalam perkahwinan di bawah undang-undang Malaysia.

“Jika anda berkahwin dengan seseorang tidak bermaksud anda layak untuk mempunyai hubungan seks bila-bila masa yang anda mahukan. Seks secara paksaan tetap harus dipandang sebagai rogol. Seorang isteri itu bukanlah harta suami,” kata Yu Ren Chung, Pegawai Advokasi di WAO.

“Rogol dalam perkahwinan merupakan satu segi dari keganasan rumah tangga, dan ia sering berlaku bersamaan dengan keganasan rumah tangga yang lain,” katanya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
rogol

” Pegawai-pegawai penguatkuasa dan orang awam perlu sedar bahawa rogol merupakan salah satu contoh keganasan rumahtangga, “kata Chung.

“Rogol dalam perkahwinan tidak diiktirafkan sebagai rogol dan hanya boleh dihukum berdasarkan potensi kemudaratan atau kemudaratan fizkial yang dialami oleh mangsa,” katanya.

BERKAIT : 12-year old bride in Malaysia

“Kami bekerja dengan ramai wanita yang berkongsi kisah mereka tentang suami mereka memaksa mereka untuk melakukan hubungan seks, kadang-kadang menggunakan objek. Ramai yang tidak menggunakan istilah “rogol” kerana mereka tidak tahu bahawa mereka boleh menolak kemahuan suami mereka, “kata Chung.

Chung juga menyatakan bagaimana pada tahun 2006, (CEDAW – Committee on the Elimination of Discrimination Against Women) – Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita, meminta agar Malaysia “menggubal undang-undang yang menjenayahkan rogol dalam perkahwinan, menentukan rogol tersebut dengan asas bahawa kekurangan persetujuan isteri”.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
rogol

Pendapat yang bercanggah

Pandagan Honey Tan ini berbanding dengan pendapat Fauziah Ariffin, presiden Klub Taat Suami (KTS). Beliau berkata “”Kalau begitu (wujud istilah rogol dalam perkahwinan) apa tujuan perkahwinan? Tujuan manusia berkahwin untuk halalkan apa yang tidak halal sebelumnya. Ia sebagai jalan keluar agar suami tidak buat jahat, berzina dan ke neraka.
“Kamu kata kamu cinta suami kamu tapi bila dia nak layanan kamu, kamu tak beri. Cinta apa?”

Apakah pendapat kamu tentang pendapat-pendapat yang berlaga ini?

Sila kongsi bersama kami dalam ruang komen di bawah.
Jangan lupa ‘Like’ lelaman FB kami dan ‘Share’ !


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Top 7 Lies of Boys


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>