Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

11 Amalan Mudah Untuk Kembali Langsing Selepas Bersalin

$
0
0

Anda dan pasangan telah belajar pelbagai perkara tentang penjagaan bayi. Kalian berdua juga sudah mula menyesuaikan diri 'bertiga'. Hubungan intim perlahan-lahan kembali 'hangat'.

Tapi, kemudian anda terpandang imej ibu selebriti yang seksi dan langsing selepas bersalin. Aduh, cepatnya dia kembali ramping! Apa rahsia secepat itu?

Mana nak sempat jaga kecantikan diri apabila anda sibuk menjaga si comel. Kan bagus kalau ada sebarang amalan mudah yang mampu diamalkan dengan kerap, dan boleh kembali langsing.

Nah, jangan tak percaya. New Parent telah berkongsi 11 amalan mudah yang diamalkan pakar untuk kembali langsing selepas bersalin. Jom semak apa amalan mudah ini!

Amalan Mudah Kembali Langsing

Menurut Joan Pagano dan Jimmy Minardi, pakar/pelatih kesihatan peribadi, 11 amalan mudah yang disenaraikan ini harus diamal oleh ibu yang baru lepas bersalin selepas 6 hingga 7 minggu.

1. Berlatih Yoga

Yoga disokong oleh pakar untuk mengukuhkan badan dan memberi ketenangan. Ini yang diperlukan semua ibu selepas bersalin! Anda tak perlu ke gim pun, hanya buka YouTube dan lihat pelbagai tutorial yang diajar di sana.

2. Berehat/tidur

White Throw Pillow

Ketika bayi sedang tidur, anda mungkin terbuka untuk bersenam. Tapi Pagano menyarankan anda untuk tidur! Elakkan senaman berat agar anda tidak cepat penat.

Ketika di atas katil, lakukan 20 Kegel dan 20 senaman perut. Ia untuk menguatkan otot perut dan mengembalikan keadaan lantai pelvik.

3. Gerakan badan

Kredit gambar: MinQ

Senaman yang terbaik adalah senaman yang paling mudah. Tanpa perlu sebarang alatan, anda hanya perlu gerakkan badan. Contoh: Duduk dengan sebelah lutut di atas lantai. Sebelah lagi kaki melunjur ke belakang. Kemudian lakukan squat.

4. Naik tangga

Steps, Staircase, Climbing, Steps To Success, Stairs

Memang jika anda melalui proses bersalin yang rumit, anda dinasihatkan untuk tidak banyak bergerak. Lagipun, nyilu di bahagian perut masih terasa.

Tapi buat wanita yang lahir dengan cara normal, anda boleh cuba menaiki tangga perlahan-lahan. Ia untuk menguatkan otot anda.

5. Senaman seakan panjat gunung

Kredit gambar: Inmotion Life

Ada pelbagai senaman yang padat dengan manfaat. Salah satu senaman tersebut adalah senaman 'panjat gunung'.

Apa yang harus anda lakukan ialah duduk seakan-akan merangkak dan tunduk dengan satu kaki dibengkokkan ke hadapan manakala satu kaki lagi ke belakang. Tolak pinggul anda ke hadapan sambil lanjutkan kaki ke belakang-hadapan.

6. Buat lompat bintang

Untuk ibu yang telah kembali sihat (tanpa trauma teruk di mana-mana bahagian badan), anda boleh cuba lompat bintang! Lompat bintang adalah senaman yang melibatkan keseluruhan badan.

7. Jalan kaki

Daripada berjalan kaki seorang diri, anda boleh cuba mengambil udara dengan si manja! Guna saja stroller dan ambil udara di luar.

Kajian mendapati senaman di kawasan luar memberi lebih banyak kesegaran, meningkatkan tenaga dan membentuk hubungan positif.

8. Senaman tekan tubi istimewa

Kredit gambar: 12 Week Body Transformation

Pagano mengajar teknik tekan tubi istimewa -- tekan tubi sambil cium bayi anda. Caranya melutut dengan bayi di bawah dada anda, bengkokkan siku dan lakukan tekan tubi perlahan-lahan, sambil cium si manja.

9. Squat dengan bayi

Image result for squat holding baby

Si manja pasti terhibur dengan senaman ini! Anda boleh melakukan senaman squat sambil mendukung bayi.

10. Senaman 'bridge-crunch'

Kredit gambar: Healthy Hotty

Untuk senaman ini, anda perlu berbaring di atas lantai dan bengkokkan lutut. Kemudian, letak si manja di bahagian pelvis. Angkat pinggul anda perlahan-lahan kemudian turun pula - berselang-seli.

11. Dukung si manja

Postur badan yang betul mampu mengembalikan tubuh langsing anda. Oleh itu, dukung bayi dengan postur badan yang betul. Pastikan bahagian belakang anda disokong jika anda mengendong si manja.

Tengok, amalan yang mudah saja kan? Jadi, tak ada alasan kenapa anda tak boleh cuba amalan mudah ini. Jom kembali langsing seperti dulu! Tapi jangan lupa untuk menjaga pemakanan anda juga ya.

Namun, hati-hati...

Akan tetapi, anda dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang senaman berat sebelum 6 hingga 7 minggu dan tanpa mendapat nasihat doktor pakar. Hal ini kerana ketika hamil, hormon relaxin; yang membuatkan tulang longgar telah terhasil. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati kerana mungkin hormon tersebut masih ada.

Segera dapatkan doktor jika anda:

  • berdarah ketika bersenam
  • sakit di bahagian perut dan pelvik
  • sesak nafas
  • cepat penat walaupun hanya bersenam sedikit
  • sakit badan yang tidak kebah selepas 2 hari

 

Sumber rujukan: Fit Pregnancy, Web MD, dan New Parent

The post 11 Amalan Mudah Untuk Kembali Langsing Selepas Bersalin appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>