Imunisasi adalah salah satu cara utama untuk mencegah sebarang penyakit. Oleh sebab itu, bayi akan disuntik dengan imunisasi sebelum usianya masuk 1 tahun. Terdapat 9 jenis imunisasi yang wajib diberi kepada anak anda.
Akan tetapi, suntikan imunisasi sering mengakibatkan anak demam panas. Dan perkara ini merisaukan ramai ibu bapa.
Jangan risau ibu bapa semua. Kami akan berkongsikan 4 cara bagaimana anda boleh menangani masalah anak demam selepas diberi suntikan imunisasi.
Cara ini disyorkan oleh doktor pakar. Namun, sebelum anda mempelajari 4 cara ini, mari ketahui apakah kesan-kesan selepas imunisasi.
Kesan sampingan suntikan imunisasi
Immunisation Scotland berkongsi kesan-kesan sampingan yang biasa terjadi selepas suntikan diberi. Antaranya ialah:
- bengkak
- kemerah-merahan
- sedikit ketulan kecil yang keras.
- demam
Maka, demam adalah kesan sampingan normal selepas suntikan. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk tidak terlalu risau.
Dr Roliza Ibrahim, seorang doktor pakar kanak-kanak di DEMC Specialist Hospital Shah Alam mengulas
"Demam yang dialami selepas suntikan adalah disebabkan oleh reaksi badan terhadap suntikan."
Biasanya, kesan-kesan sampingan ini akan hilang dalam beberapa hari. Mereka akan meragam dalam tempoh 48 jam selepas suntikan. Jika mereka meragam, cuba:
- tenangkan mereka
- beri mereka minuman
- bawa berjalan untuk hirup udara segar
Jika kawasan suntikan membengkak, demah dengan kain bersih selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.
Cara tangani demam
Biasanya kanak-kanak memamg akan demam tapi tidak terlalu teruk.
Cuba lakukan perkara ini, jika si manja anda demam:
- Beri dia minum air yang banyak
- Jangan pakaikan mereka dengan pakaian tebal.
- Matikan pemanas haba dalam rumah
- Memberi makan ubat demam
Anda tidak perlu memandikan mereka dengan air sejuk atau menyapu badan mereka.
Dr Roliza menyarankan ibu bapa memberi ubat demam kepada anak 4 jam sebelum suntikan diberi. Anda boleh memberi lagi ubat demam selepas itu.
Pemberian ubat demam bergantung kepada usia anak anda. Jangan terlebih memberi ubat atau memberi ubat aspirin pula! Bahaya itu. Jika anda tidak pasti berapa dos ubat demam harus diberikan kepada mereka, cuba baca pautan pdf ini.
Dapatkan doktor jika...
Demam bukan bermaksud anak anda menghidapi penyakit serius. Sebenarnya, demam membantu sistem imun badan untuk melawan jangkitan.
Akan tetapi, menurut NPS Medicine Wise, dapatkan nasihat doktor pakar jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut selepas demam:
- berusia bawah daripada 6 bulan
- demam lebih dari 2 hari
- masalah menelan makanan/cecair
- masalah pernafasan
- leher seakan tegang
- cahaya menyakitkan mata mereka
- ada benjolan pada kepala bayi
- terlebih mengantuk
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!
Sumber rujukan: NPS Medicine Wise, FDA Consumer Health Information, dan Immunisation Scotland
Baca juga: Fakta Penting Tentang Demam Bayi dan 5 Simptom Bahaya Ketika Demam Yang Tidak Harus Dihiraukan!
The post 4 Cara Kendali Anak Demam Selepas Suntikan Imunisasi appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.