Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah

$
0
0

“Isteri kamu duduk di rumah jaga anak? Untungla…” Ramai yang beranggapan isteri yang duduk di rumah menjaga anak menghadapi hidup yang tenang dan mudah.

Yelah, mereka tidak perlu bergelumang dengan masalah kerja dan politik di pejabat…kan? Jika anda berfikiran begini, anda mungkin terlepas pandang akan lumrah sebenar menjadi suri rumah.

Tetapi, tidak bagi seorang suami ini. Suami kepada Kate Douglas menyedari dan menghargai beban kerja rumah dan cabaran menjaga anak setiap hari. Anda ingin tahu apa yang ditulis oleh suami Kate? Baca lebih lanjut.

Source: Kate Douglas di FB

Surat Terbuka Dari Si Suami buat Isteri yang Menjaga Anak di Rumah

“Selepas sepanjang hari bekerja di pejabat, tiada apa yang lebih seronok daripada punch card. Kadangkala, saya pulang ke rumah dan melihat keadaan isteri saya yang kepenatan, kecewa dan perit dengan cabaran menjadi seorang ibu.

Tidak seperti saya, dia tiada masa tetap untuk punch card di penghujung hari atau diberi ganjaran kerana kerja lebih masa, atau bonus atas setiap kerja dan usaha extra yang dia lakukan ketika di rumah.

Dia tidak mengumpul cuti sakit, cuti hujung minggu, atau cuti umum. Dia juga tiada cuti khas seperti pekerja lain.

Source: FB Kate Douglas

Pada tarikh 5 Mac 2011, dia mula bertugas sebagai seorang ibu (dengan kelahiran anak pertama) dan 8 Jun 2014, dia mula bekerja lebih masa (anak kedua).

Dua anak lelaki, ya, dua anak lelaki yang tidak pernah berhenti. Yang selalu mencabar tugasnya sebagai ibu, namun dia tidak pernah meminta kenaikan gaji atau mencari kerja lain.

Jadi, walaupun hari ini adalah hari yang sukar dan anda rasa tidak dihargai atau tidak pasti sama ada anda ada membuat sebarang perubahan positif dalam hidup anak anda, beginilah sebenarnya kehidupan anda (melalui kaca mata suami)…

Anak lelaki anda bangun tidur daripada katil yang empuk dan selesa yang anda telah siapkan dan kemas dengan penuh kasih sayang.

Mereka kemudiannya makan sarapan pagi, iaitu hidangan yang telah  anda rancang rapi seminggu awal ketika anda pergi membeli barang dapur.

Anda menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak anda bawa ke pusat jagaan dan anda kemudiannya bertanya, “Cukup ke makanan ni? Berkhasiat tak makanan ni?” sambil si bongsu duduk bergayut di kaki sebelah lagi.

Anda menghantar si sulung ke pusat jagaan dan kemudian menghabiskan masa hampir sejam cuba menenangkannya kerana dia tidak mahu berada di situ. Anda memujuk sambil memberitahu yang ibu sentiasa ada di sisi.

Anda kemudiannya pulang ke rumah dan meluangkan masa dengan seorang lagi anak, kini berusia 2 tahun, berbual dan melatihnya menggunakan tandas. Anda mengajar si kecil anda untuk berubah daripada seorang kanak-kanak menjadi budak lelaki dewasa.

Anda kemudian menidurkannya pada waktu tengah hari supaya si kecil itu kembali bertenaga bagi menghadapi baki hari tersebut sambil menyedari yang anda sendiri tiada masa untuk berehat. Terlalu banyak urusan rumah yang belum selesai.

Selepas menidurkan anda, anda keluar semula menjemput si sulung dari pusat jagaan dan kemudian membawanya berjumpa doktor, bagi memastikan dia cukup sihat.

Anda juga memastikan mereka makan malam. Pada waktu itu, barulah anda ada peluang untuk berbual dengan orang dewasa (suami anda) selepas seharian menguruskan hal rumah dan anak-anak.

Jadi, apabila anda merasakan yang anda melalui hari yang sukar (dan ingin berputus asa), yang saya dapat lihat adalah seorang wanita yang tidak pernah bercuti sakit, tidak pernah berhenti menjadi ibu, tidak pernah meninggalkan keluarga pada saat sukar dan masih lagi mampu untuk tidur malam, walaupun anda tahu besok, anda akan melalui hari yang sama – semuanya sekali lagi.

Walaupun anda merasakan yang anda seorang ibu yang gagal atau tidak hebat, anda sebenarnya seorang insan yang sangat hebat di mata anak-anak kita dan kami sayangkan anda, di atas segala pengorbanan yang anda lakukan!”

Wahai Suri Rumah Sekalian, Anda Wanita Hebat

Terharu tak membaca surat di atas? Jika kita lihat dan baca semula surat itu, kita akan perasan yang kehidupan seorang ibu, yang duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan anak, sibuk dengan hal urusan ahli keluarganya dan sangat sedikit berkenaan dengan dirinya.

Wahai suami dan anak-anak sekalian, hargailah pengorbanan isteri dan ibu anda! Dan, wahai suri rumah sekalian, ketahuilah bahawa anda adalah seorang wanita yang hebat – tiada cuti, tiada pencen, dan kurang rehat. Memang hebat!

Sumber: Country Living

The post Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>