Sebuah video rakaman bayi yang berhenti menangis apabila dia terhidu bau ibunya, telah menyentuh hati netizens di seluruh dunia. Video rakaman yang menerima 19 juta tontonan itu telah dimuat naik di Daily Mail.

sumber: video dari Daily Mail
Ibu bayi ini, telah meninggalkan anak dalam jagaan ayahnya, untuk beberapa hari, kerana terpaksa melakukan sesuatu. Bayi kecil itu telah menanggis mencari ibunya, disebabkan rindu.
Terhidu Bau Ibunya
Dalam rakaman itu, ayah telah menghulurkan sehelai baju ibu yang belum dibasuh. Apabila terhidu bau ibunya, bayi itu terus mengalih muka menghadap punca bau itu, sambil menghadap baju ibunya dengan kuat. Luluh hati ramai melihat karenah bayi ini.
Ramai pengguna Facebook telah memberi komen seperti:
"Ikatan antara ibu dan anak tiada bandingan" - Deepa KD
"Suami saya telah diarah untuk kembali ke pangkalan tentera apabila anak perempuan kedua kami dilahirkan. Sebelum dia pergi saya, telah memintanya untuk memakai baju yang sama selama 3 hari.
"Kemudian, saya masukkan baju itu ke dalam beg ziplock dan ke dalam beg hospital saya. Selepas anak kami dilahirkan, saya meminta jururawat untuk membalut anak kami dengan menggunakan baju suami saya. Anak saya terus kenal bau ayahnya, ketika dia pulang 3 bulan kemudian." - Tiffany Encinias.
Seorang lagi telah memberi tip yang manfaat ini:
"Jika bayi anda seperti ini, dapatkan dua cebisan kain atau kemeja-T yang lama. Lampirkan satu kain pada badan sendiri sebelum tidur, dan kain yang lain pada bayi anda.
"Apabila tiba masa untuk meninggalkan bayi anda, tukarkan kedua-dua kain itu supaya anda dapat menghidu bau bayi anda, dan bayi dapat menghidu bau ibunya. Amalan ini digunakan untuk bayi yang berada dalam ICU dan kini ia digunakan di seluruh dunia untuk kegiatan sehari-hari." - Mike Barnby.
Pada pendapat saya, tip ini sangat bagus dan mungkin boleh memberi manfaat kepada ibu menyusu, terutamanya ibu-ibu yang mengepam susu di tempat kerja. Cara ini sedikit sebanyak mungkin dapat merangsangkan pengeluaran susu ibu. Ibu dapat menghidu bau bayi dan ini boleh menyumbang kepada pengaliran susu yang lebih lancar.
Deria Bau Bayi
"Deria penglihatan bayi boleh mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Tetapi deria bau adalah deria yang paling peka ketika mereka lahir," jelas Seema Csukas, M.D., Pengarah Promosi Kesihatan Kanak-Kanak di Children's Healthcare Atlanta.

sumber: Youtube
- Sebelum lahir, janin sudah boleh menghidu. Satu kajian telah mendapati bayi yang berumur 3 hari, sudah boleh mengenali bau cecair amnion ibu mereka.
- Saat bayi baru lahir, dia akan tertarik dengan bau susu ibu. Apabila berusia 2 minggu, bayi boleh membezakan antara bau susu payudara ibunya, daripada susu ibu lain.
- Mengikut kajian terbaru Swiss, bauan yang biasa dihidu, dapat menenangkan bayi anda.
- Dua bulan selepas lahir, bayi akan lebih suka bau ibunya dari bau orang lain. Walaupun ibu berpeluh-peluh dan belum sempat mandi, anaknya masih akan rasakan bau ibu, bau terharum di dunia.
Sumber: Daily Mail, Parenting
The post Bayi berhenti menangis apabila terhidu bau ibunya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.