Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Bahaya asap rokok terhadap wanita hamil

$
0
0

Mungkin ramai yang sudah tahu bahaya jika anda merokok ketika hamil disebabkan itulah mereka akan diminta untuk berhenti merokok jika hamil.

Tetapi, ramai yang tidak sedar sebenarnya, merokok berhampiran wanita hamil juga mendatangkan bahaya melalui asap rokok yang dibebaskan. Ya, anda membahayakan bayi kami yang belum lahir.

Apabila kita terdedah kepada asap rokok secara terus, kita adalah perokok kedua (second hand smoker) dan apabila kita terdedah pada sisa rokok melalui bahan lain seperti bau pada kain, kita adalah perokok ketiga (third hand smoker). Seperti risiko kesihatan terhadap perokok itu sendiri, perokok kedua dan ketiga tidak terkecuali.

Sama seperti perokok

Tahukah anda yang lebih 7,000 jenis bahan kimia merbahaya akan terdedah pada perokok kedua dan ketiga, sama seperti perokok itu sendiri. Dan apabila didedahkan kepada wanita hamil, bahan kimia merbahaya ini secara langsung juga terdedah pada bayi di dalam kandungannya.

Salah satu bahan kimia ini ialah nikotin yang merupakan salah satu bahan toksik punca kepada pelbagai jenis komplikasi dan penyakit yang membahayakan kesihatan juga nyawa.

Kesan terhadap kehamilan

Antara kesan asap rokok terhadap kehamilan ialah:

  • Wanita hamil mempunyai risiko untuk mengalami keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak terdedah kepada asap rokok
  • Risiko bayi mati di dalam kandungan (still birth)
  • Risiko melahirkan bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan akan mempunyai pelbagai komplikasi kesihatan)
  • Bayi yang bakal dilahirkan mempunyai risiko lahir tidak cukup berat (terlampau ringan)
  • Bayi itu mempunyai risiko mati secara tiba-tiba, SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
  • Bayi akan mempunyai komplikasi pernafasan
  • Bayi mempunyai kecacatan kekal seperti bentuk kaki yang berbeza atau di dalam kes teruk, tidak mempunyai otak yang sempurna

Foto ehsan CDC

Berikut merupakan video bagaimana reaksi bayi apabila terhidu asap rokok melalui ibunya.

 

Menurut kajian yang telah dilakukan di Pusat Universiti Columbia bagi Kesihatan Persekitaran Kanak-kanak, kanak-kanak yang ibunya merupakan perokok kedua (second hand smoker) semasa hamil mendapat skor yang lebih rendah semasa ujian perkembangan kognitif pada usia dua tahun berbanding kanak-kanak yang dari rumah bebas asap rokok.

Apa anda boleh lakukan?

Sebagai wanita hamil:

  • Elakkan tempat yang mempunyai ramai perokok (ini memang susah tetapi harus diusahakan demi bayi di dalam kandungan)
  • Jauhi rakan-rakan yang merokok (kerana bau asap dari pakaian mereka menjadikan anda perokok ketiga!)
  • Bebaskan diri anda dari asap rokok sama ada dari persekitaran ataupun dari orang sekeliling, tegaskan kepada ahli keluarga yang merokok untuk tidak mendekati anda jika tidak bersih dari asap rokok.

Sebagai perokok:

Foto ehsan kotajogja

  • Jangan merokok ditempat yang dilarang seperti RnR, kedai makan, koridor, persekitaran hospital dan klinik. Pendek kata, tempat laluan awam.
  • Jika ternampak wanita hamil, jauhi mereka. Jangan paksa mereka menghidu asap rokok anda.
  • Jika anda berbau rokok (pakaian), jangan berkongsi ruangan kecil (seperti lif) dengan wanita hamil.
  • Lebih baik sekiranya anda mengambil inisiatif untuk berhenti merokok demi keluarga tersayang.

Asap rokok memang mendatangkan keburukan terhadap kesihatan terhadap semua yang terdedah kepadanya. Namun, wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi kerana mereka membawa bayi yang belum dilahirkan di dalam diri mereka. Hormati hak mereka untuk memberikan kesihatan terbaik buat bayi-bayi yang bakal lahir.

 

The post Bahaya asap rokok terhadap wanita hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>