Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Dari Aktiviti Bersukan

$
0
0

Bersukan bukan hanya aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Di sekolah, aktiviti sukan merupakan salah satu cabang dalam kegiatan kokurikulum.

Sebenarnya, terdapat banyak faedah lain dan sikap baik yang boleh dipelajari dari aktiviti bersukan.

Objektif, Matlamat dan Sikap Bermotivasi

Kanak-kanak yang terlibat dalam sukan, sama ada secara individu atau berpasukan, akan belajar mengenai matlamat dan cara untuk mencapai matlamat tersebut.

Apabila mereka mempunyai matlamat, contohnya, untuk menjadi atlet yang terbaik dalam sukan yang diceburi, mereka boleh mula menumpukan usaha untuk mencapai objektif tersebut.

sumber: expresspros.co.za

Dengan secara tidak langsung, kanak-kanak juga akan menetapkan matlamat dalam kehidupan harian mereka. Kanak-kanak yang mempunyai matlamat dalam hidup, akan mempunyai dorongan dan motivasi untuk mencapai kejayaan.

Mereka juga akan mempunyai tujuan hidup yang jelas dan ini membolehkan mereka untuk merancang langkah-langkah untuk mencapai hasrat yang diinginkan.

Kebertanggungjawaban

Jika setiap ahli pasukan tidak memberikan usaha yang terbaik, seluruh pasukan itu boleh gagal. Inilah sebab mengapa kebertanggungjawaban sangat penting dalam acara sukan berpasukan.

Lain cerita pula dalam sukan individu, kerana usaha diri sendiri yang menjadi penentu keputusan. Mungkin kanak-kanak itu akan rasa kecewa apabila dia kalah.

Tetapi jika dia terus berusaha dan berlatih mengikut bimbingan jurulatihnya, dia mampu untuk mencapai kemenangan satu hari nanti.

sumber : kaizen-news.com

Tidak Mudah Berputus Asa

Semua atlet-atlet yang hebat tahu yang mereka telah melakukan yang terbaik, sama ada menang atau kalah dalam pertandingan.

Jurulatih selalu mengingatkan mereka untuk memberikan pertanding yang terbaik tanpa mengira keputusan. Jangan cepat putus asa, kalau kalah pertandingan ini, ada banyak lagi pertandingan lain yang boleh disertai.

sumber: Unit Bimbingan & Kaunseling SMKTDA

Ketabahan dan ketekunan

Ketabahan dan ketekunan adalah kunci kejayaan, dan merupakan dua sifat terbaik yang boleh dipelajari melalui sukan. Kanak-kanak yang tabah boleh mengharungi segala cabaran hidup, disebabkan keinginan untuk mencapai sesuatu.

Mereka kuat dari segi minda dan tidak cepat putus asa. Mereka tidak kenal kalah dan akan terus tekun berusaha sehingga mereka berjaya.

The post Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Dari Aktiviti Bersukan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>