Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Protected: Mengapa anak anda memerlukan MFGM?

$
0
0

Perkara yang paling utama di dalam fikiran seorang ibu ialah kesihatan dan kesejahteraan anaknya. Bermula dari kehamilan, anda memastikan diri anda mendapat nutrisi yang secukupnya dari pemakanan yang sihat dan suplimen tambahan sambil melawan alahan, supaya perkembangan bayi mendapat apa yang ia perlukan.

Anda telah membaca buku, membeli permainan, membawanya ke taman permainan serta hingga berusaha menyediakan makanan yang sihat buat anak yang sedang membesar. Malah setiap langkah yang anda ambil adalah untuk memastikan masa depan yang cerah buat si anak.

Perkembangan yang paling pantas merupakan lima tahun yang pertama hidup kanak-kanak, terutamanya apabila ia tentang perkembangan otak.

Inilah masanya apabila otaknya membuat hubungan neural yang maksimum dan membantunya memahami persekitaran serta ransangan dari orang dewasa di sekelilingnya.

Seni rekabentuk otaknya sedang membentuk dan meletakkan asas kepada kebolehan, pertumbuhan emosi dan tingkah laku serta kesihatannya.

Pembekal nutrisi kanak-kanak sentiasa memikirkan cara untuk memperbaiki aspek perkembangan ini. Kemajuan sains dan inovasi teknologi telah membolehkan ianya tidak mustahil untuk mendapatkan khasiat untuk perkembangan mental dan fizikal anak anda melalui pelbagai keperluan nutrisi.

Penemuan terbaru di dalam nutrisi kanak-kanak ialah MFGM atau milk fat globule membrane (membran globul lemak susu). Nutrient untuk otak ini secara naturalnya ditemui di dalam susu.

Ini apa yang anda perlu tahu tentang MFGM.

MFGM – Pelbagai manfaat buat anak anda

MFGM merupakan komponen yang terdiri dari beberapa molekul bioaktif berfaedah, termasuk polar lipid kompleks seperti Gangliosides, Phospolipids, Sphingolipidsii, yang memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan otak dan membina imunitiiii.

Bekerja dengan DHA

Semasa anak anda membesar, dia akan mempelajari pelbagai benda baru. Ini dicapai melalui perkembangan sinaps – hubungan antara sel otak dan aturan tertentu. Kajian klinikal menunjukkan yang MFGM bersama dengan DHA menyokong perkembangan kognitif serta aturan tingkah laku dan emosiiv.

Revolusi kejayaan di dalam nutrisi pediatrik

Komponen MFGM dikenali sebagai nutrisi dan konstituen susu bioaktif dan hanya ada sangat sedikit di dalam susu lembu. Kemajuan di dalam teknologi pemprosesan telah membuatkan ialahnya tidak mustahil untuk menambah kepekatan MFGM di dalam susu formula kanak-kanak.

Semakin otak berkembang, kanak-kanak yang lebih berusia juga mendapat manfaat dari revolusi komponen ini. Satu kajian menunjukkan kanak-kanak yang meminum coklat susu mengandungi MFGM menunjukkan kemajuan yang signifikasi di dalam laporan skor ibu bapa bagi aturan tingkah laku berbanding kanak-kanak yang meminum susu yang sama tanpa tambahan MFGM.

Kajian juga menyokong tindakan positif susu yang mengandungi MFGM dalam imunisasi kanak-kanak di mana ia menunjukkan pengurangan yang signifikan di dalam bilangan episod demam dan bilangan hari demam.

Perkembangan seimbang bagi masa depan yang cerah

Sehubungan dengan MFGM yang telah menunjukkan sokongan terhadap aturan tingkah laku, ini mungkin dapat menyumbang kepada perkembangan emosi anak anda.

Menyokong EQ di samping IQ adalah sesuatu yang menyenangkan buat ibu-ibu, mengetahui yang perkembangan dunia hari ini yang komplek memerlukan skil kehidupan sama banyak di antara kehebatan akademik; kemahiran komunikasi, empati dan kerjasama.

Tetapi ingat ibu-ibu, tiada produk atau nutrien yang boleh memberi jaminan masa depan yang cerah buat anak anda – ia masih merupakan interaksi di antara ibu bapa yang membesarkan mereka dan membentuk mereka untuk berjaya.

Menyediakan nutrien yang diperlukan merupakan salah satu daripada persamaan, memberinya keupayaan fizikal bagi mencapai sesuatu, meneroka, belajar dan maju. Sebahagian dari belajar ialah memperoleh dan mempraktikan kemahiran hidup yang penting bagi menyediakan mereka untuk masa depan.

Seiring dengan itu, nutrien yang optimum adalah sebahagian dari keperluan perkembangan intelektual dan emosional anak anda, ianya penting untuk ibu bapa mendekati anak mereka dengan aktiviti yang meransang IQ dan EQ mereka.

Tanyalah doktor anda untuk mengetahui lebih banyak tentang MFGM hari ini.

01/03P20/17135

iNational Scientific Council on the Developing Child (2004). Children’s Emotional Development Is Built into the Architecture of Their Brains: Working Paper No. 2. Retrieved from http://developingchild.harvard.edu/wp-content/uploads/2004/04/Childrens-Emotional-Development-Is-Built-into-the-Architecture-of-Their-Brains.pdf
iiDewettinck, K et al. Nutritional and technological aspects of milk fat globule membrane material. Int. Dairy J. 2008;18:436–457.
iiiWadhwa B.K., and Kumar, Rajesh (2011) Technological and Nutritional Aspects of Milk Phospholipids (Pg 17-21) in Sharma R, and Mann, B (2011) Edited Chemical Analysis of Value Added Dairy Products and Their Quality Assurance, Published by Dairy Chemistry Division, National Dairy Research Institution, India
ivVeereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752

The post Protected: Mengapa anak anda memerlukan MFGM? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>