Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan?

$
0
0

Anda perasan tak yang bila saja hampir waktu untuk datang bulan, bahagian payudara kita akan mula rasa sakit, terasa seperti membengkak, dan sangat sensitif pada sentuhan.

Kadangkala, sakitnya biasa-biasa sahaja namun ada juga masa di mana ia agak ketara dan memeritkan. Pernahkah anda terfikir mengapa ia terjadi? Kami akan berkongsikan dengan anda penerangannya!

Perubahan Hormon Dalam Badan

Adalah menjadi rutin kita para wanita untuk mengalami perubahan hormon tanpa henti dalam badan kita. Kadangkala, kita tidak sedar tentangnya.

Namun, apabila terasa sahaja rasa sakit-sakit pada payudara, ketahuilah bahawa itu adalah salah satu petanda yang hormon sedang berfungsi dalam badan kita.

Pada bahagian kitaran haid kedua iaitu antara hari ke 14 sehingga hari 28, akan ada dua hormon yang meningkat, iaitu estrogen dan progesteron.

Selepas haid habis, tahap estrogen dalam badan wanita selalunya akan mula meningkat dan memuncak pada hari ke 14. Pada waktu ini, hormon estrogen akan menyediakan badan kita untuk proses ovulasi iaitu proses mengeluarkan telur dari ovari untuk persenyawaan.

Kesan daripada peningkatan estrogen dalam badan kita, saluran payudara (breast ducts) akan membesar dan berasa padat. Sebab itulah pada waktu ini, anda akan berasa tidak selesa sedikit pada bahagian payudara.

Source: Careguru.in

Hormon Progesteron Menyediakan Payudara untuk Menyusukan Bayi Jika Hamil

Yang keduanya, kenapa payudara kita sakit sebelum datang bulan adalah disebakan oleh hormon progesteron yang mula ‘bertugas’ selepas proses ovulasi.

Hormon progesteron akan membesarkan saluran susu payudara. Ia bagi menyediakan payudara untuk menghasil dan menyalurkan susu sekiranya anda hamil selepas ovulasi.

Disebabkan proses ini, maka anda akan mula mengalami payudara yang sensitif. Ia akan berasa sakit-sakit. Tetapi, ia tidak sepatutnya menganggu anda menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Selalunya, rasa sakit ini akan hilang sedikit demi sedikit sehingga haid anda datang.

Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan? Mungkin Ia Kerana Kehamilan!

Source: WebMD.com

Lagi satu sebab kenapa payudara kita sakit sebelum datang bulan adalah kerana kemungkinan kita hamil! Apabila badan kita mula mengesan yang kita sudah mengandung, hormon progesteron akan terus dihasilkan bagi memulakan proses penghasilan susu badan.

Maka, ia akan terus menyebabkan payudara anda membesar, sakit-sakit dan sangat peka pada sentuhan. Ia akan berterusan sehinggalah akhir tempoh mengandung!

Jadi, kalau selepas ini anda perasan yang payudara anda mula sakit-sakit, jangan risau. Ia adalah satu proses biasa – ia adalah sebahagian daripada kesan PMS (premenstrual syndrome). Hampir 70% wanita akan merasainya setiap bulan.

Dan, ia juga boleh menjadi tanda yang anda mengandung! Kadangkala, wanita berusia yang hampir menopause juga akan merasai rasa sakit sebegini pada bahagian dada mereka.

Bila Kita Perlu Risau Jika Payudara Kita Sakit-Sakit?

Namun, jika salah satu daripada berikut terjadi pada payudara anda, anda perlu segera membuat pemeriksaan di hospital:

  • Ada ketulan luar biasa pada payudara
  • Keluarnya cecair dari puting payudara, terutamanya jika warna merah atau coklat
  • Rasa sakit yang keterlaluan sehingga menyukarkan anda menjalani kehidupan harian seperti biasa

Jika anda ada tanda-tanda sakit pada payudara seperti di atas, maka pada waktu ini, anda perlu risau! Takut-takut ia adalah simptom kepada penyakit yang lebih serius seperti contoh, kanser payudara.

The post Kenapa Payudara Kita Sakit Sebelum Datang Bulan? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>