Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Pelajar meninggal dunia akibat dipaksa minum racun

$
0
0

Malam semalam di Seremban, seorang pelajar Tingkatan Tiga telah meninggal dunia akibat dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lain pada minggu lalu. S Pravin, 15, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar malam tadi.

S Pravin dikatakan telah dipegang kedua tangan dan kakinya semasa dipaksa minum racun. Kejadian ini terjadi selepas mangsa menegur sekumpulan pelajar menghidu gam.

Mangsa telah mengadukan hal ini kepada ibunya serta memberitahu yang dirinya sakit tekak dan perut keesokan harinya. Ibunya telah membawa S Pravin ke Klinik Kesihatan Nilai sebelum dirujuk ke HTJ bagi rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, telah mengesahkan kejadian ini.

Jika terminum racun, apa yang perlu dilakukan?

Sekiranya anda atau orang disekeliling anda didapati terminum atau termakan racun, cuba ikuti langkah berikut:

  • telefon talian kecemasan atau segera ke bahagian kecemasan hospital
  • kurangkan pergerakan mangsa
  • jika mangsa tidak sedarkan diri dan anda pernah mengikuti kursus CPR, lakukan CPR.
  • jika mangsa sedar, tanya warna, jenis botol atau nama racun yang telah diminum. Dapatkan sampel jika boleh
  • JANGAN cuba memaksa mangsa muntah dengan sengaja
  • JANGAN memberi mangsa makan atau minum

Simptom-simptom terminum racun

Antara simptom yang biasa terjadi pada mangsa racun ialah:

  • sukar bernafas atau menelan
  • pening atau kekeliruan
  • loya dan muntah
  • kulit menjadi kemerah-merahan dan kesan melecur di keliling mulut dan bibir
  • kesan melecur, warna atau bau
  • bau bahan kimia dari nafas dan pakaian

Ini adalah beberapa simptom am. Terdapat lebih banyak simptom yang lebih spesifik

Tindakan ibu bapa

Sekiranya perkara seumpama ini terjadi kepada anak-anak kita, adalah wajar untuk kita sebagai ibu bapa terus pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Selain itu, laporan polis juga hendaklah dilakukan jika didapati perbuatan adalah paksaan seumpama kes adik S Pravin ini, bagi mendapatkan tindakan undang-undang.

Sumber: aboutkidshealth, health24berita harian

The post Pelajar meninggal dunia akibat dipaksa minum racun appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>