Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Bayi Yang Bertarung Nyawa Berpegangan Tangan dengan Kakak Kembarnya Dalam Rahim

$
0
0

Berita gembira yang diterima oleh Brittani McIntire dan suaminya, Ian, dari Kansas, Amerika Syarikat, beberapa bulan lalu tidak kekal lama.

Beliau diberitahu oleh doktor yang bayi di dalam rahimnya adalah bayi kembar – seorang lelaki dan seorang perempuan – dan masing-masing diberi nama Mason dan Madilyn.

Namun, setelah beberapa minggu mengikuti perkembangan tumbesaran bayinya melalui sonogram, doktor mendapati yang bayi lelaki tersebut adalah lebih kecil.

Keadaan Kesihatan Bayi Kembar Lelaki yang Semakin Merosot

Berat Mason hanya sekadar 0.25kg sahaja berbanding si kakak yang sudah mencecah 0.9kg! Bahagian jantungnya juga berlubang dan keadaan otaknya adalah abnormal.

Source: Hollywoodlife.com

“Kebarangkalian untuk bayi lelaki saya hidup hanyalah bergantung kepada pembedahan sahaja tetapi doktor tidak dapat melakukan pembedahan itu disebabkan keadaan otaknya,” kata Brittani.

Tatkala dia dan suami berasa putus harapan dan sedih dengan perkembangan kesihatan salah seorang bayi kembarnya, satu gambar sonogram yang dirakam oleh doktor telah mengubah perspektif dirinya.

Bayi Kembar Lelaki dan Perempuan Berpegangan Tangan

Dalam gambar sonogram tersebut, doktor memberitahu yang Mason telah meletakkan tangan kecilnya pada tangan kakak kembarnya – ia kelihatan seolah-olah mereka sedang berpegangan tangan di dalam rahim ibu!

Gambar tersebut telah menyebabkan Brittani berasa seperti si kakak sedang menjaga adiknya yang sedang sakit di dalam rahim beliau.

“Madilyn sahaja yang berada sangat hampir dengan anak lelaki saya dan dia seperti sedang membantunya menghadapi keadaan yang sukar ini. Ia sangat menenangkan hati mengetahui yang jika bayi saya mati, dia tidak keseorangan. Kakaknya ada disisi!”

Doktornya juga memberitahu yang bayi kembar dalam rahim selalunya cenderung untuk bersesak-sesak dan saling tolak-menolak. Tetapi, bagi pasangan kembar ini, keadaan adalah sedikit berbeza. Ia seolah-olah si kakak sangat melindungi adiknya.

Pengalaman Menyedihkan Dianggap Sebagai Rahmat Tuhan

Source: Today.com

Gambar sonogram tersebut akan disimpan oleh Brittani sebagai kenangan. Ia merupakan satu foto istimewa yang menunjukkan gambar dua orang kembarnya ada bersama-sama di dalam rahimnya.

Brittani sekeluarga (suami serta dua orang anak perempuan, Kinsley dan Brailey) terus berdoa setiap malam yang bayi mereka mampu untuk terus berjuang dan setiap kali mereka mendengar bunyi degupan jantung Mason ketika membuat pemeriksaan doktor, mereka akan melepaskan nafas lega.

“Bayi kembar lelaki saya yang sakit adalah satu rahmat dari Tuhan. Jika dia berjaya hidup dan dilahirkan, itu adalah bukti kekuasaan Tuhan. Jika tidak, kami akan mempunyai satu malaikat yang memerhatikan kami dari syurga.”

The post Bayi Yang Bertarung Nyawa Berpegangan Tangan dengan Kakak Kembarnya Dalam Rahim appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>