Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Berhenti melihat kanak-kanak membuat gangguan!

$
0
0

Mari kita bercakap tentang kanak-kanak yang suka membuat gangguan. Ini contoh apa yang saya cuba katakan di sini: Kanak-kanak memanjat ke atas pentas, merosakkan persembahan musikal orang lain. Kanak-kanak yang merosakkan pengalaman orang lain.

Ia bukannya pertama kali di mana kejadian seumpaan ini terjadi dan ibu bapa hanya berdiam diri melihat semua yang terjadi. Ibu bapa yang membawa anak-anak masuk ke dalam pawagam dan membiarkan mereka menangis atau berbuat bising.

Sudahkah anda melihat cerita tentang dua wanita merakam dua kanak-kanak lelaki memecahkan arca kaca di dalam kawasan kurungan di sebuah muzium seni di China?

Ianya sungguh memusnahkan. Malah sungguh menyedihkan untuk melihat, ibu bapa membiarkan anak-anak mereka terus berkelakuan begitu. Tanpa inisiatif untuk menegur dan menghentikan perbuatan mereka.

Saya tidak suka mengadili ibu bapa, namun tiada alasan yang kukuh untuk membiarkan anak-anak merosakan sesuatu. Sama ada ianya benda atau pengalaman, tanpa ibu bapa mereka cuba untuk menghentikan mereka. Ianya tidak sepetutnya begitu.

Saya ingin tahu apa yang difikirkan oleh ibu bapa yang hanya melihat anak mereka merosakan dan mengganggu orang tanpa menegur mereka.

Hanya kerana mereka adalah kanak-kanak, tidak semestinya mereka boleh melakukan apa yang mahu. Saya semakin letih melihat ibu bapa yang merasakan perbuatan buruk anak mereka sebagai comel, ianya tidak.

Saya tahu terdapat beratus cara untuk membesarkan anak dan saya hormati perbezaan setiap cara yang berkesan untuk orang lain. Tetapi, terdapat perkara asas, ihsan (common courtesy). Jika anak saya cuba merampas props pencerita, saya akan menarik dia dengan perlahan dan meminta dia berhenti.

Jika dia terus berkelakuan begitu, saya akan memaksa dia duduk dengan saya. Jika dia teruskan juga berkelakuan begitu, kami akan pulang. Bukankah ia kedengaran seperti perkara asas dalam mendidik anak?

Memang kanak-kanak perlukan kelonggaran, namun terhadap had kepada kelonggaran itu. Asas etika sosial boleh diajar dan dipelajari oleh semua orang. Secara asasnya, ibu bapa harus berhenti melihat anak mereka berkelakuan buruk. 

Jika anak anda merosakan sesuatu, mengganggu persembahan seseorang atau menjejaskan kegembiraan orang lain, tolonglah hentikan mereka.

Jika melihat anak anda melanggar peraturan, hentikan mereka. Jika anak anda bertindak kurang ajar, hentikan mereka. Sekurang-kurangnya lakukan percubaan untuk membetulkan keadaan.

Tiada kanak-kanak harus dikecualikan dari ihsan dan mempunyai etika. Tidak kira sama ada mereka sangat comel atau dari keluarga berada. Bukankah kita setuju dengan ini?

Tips mendisiplinkan anak di tempat awam

  1. Kenal pasti punca
    Sesetengah perangai buruk dapat dielakan jika kita tahu apa yang boleh menyebabkan mereka berkelakuan begitu. Ia mungkin kerana apabila kita sebagai ibu bapa terlalu fokus pada gajet berbanding memberi perhatian kepada mereka. Atau jika sudah masa untuk mereka tidur sebentar selepas bermain.
  2. Tidak terlalu emosi
    Cara kita memberi respon terhadap perilaku mereka juga boleh menyumbang kepada perilaku buruk. Kenal pasti cara yang lebih baik untuk menegur anak anda di tempat awam bagi mengelakan mereka menjadi lebih teruk.
  3. Konsisten
    Sentiasa memberikan respon yang sama, seperti menegur perbuatan buruk mereka setiap kali mereka melakukannya. Supaya mereka tahu anda betul-betul serius meminta mereka menghentikan perbuatan tersebut.
  4. Berhenti sejenak
    Selepas menegur, berikan masa sejenak pada diri anda dan anak anda. Supaya sama-sama dapat melegakan emosi dari terlalu marah atau terlalu sedih. Kemudian sama-sama meminta maaf atas apa yang berlaku dan bercakap tentang apa yang boleh diperbetulkan.
  5. Positif
    Sentiasa berfikiran dan berkelakuan positif adalah sangat penting dalam mendidik anak. Ianya memang sukar namun, jika anda menunjukan contoh yang positif, mereka juga lama-kelamaan akan mengikut jejak kita.

Menjadi ibu bapa memang bukan satu tugas yang mudah. Ia merupakan tanggungjawab yang tiada akhirnya. Apakah tips yang anda amalkan untuk anak anda? Kongsikan dengan kami.

Sumber: scarymommy, parents

The post Berhenti melihat kanak-kanak membuat gangguan! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>