Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Lihat bagaimana organ anda bergerak memberi ruang kepada bayi anda setiap minggu

$
0
0

Pernahkah anda terfikir bagaimana badan anda boleh menyediakan ruang untuk bayi yang beratnya lebih kurang tiga kilogram, ditambah dengan placenta semasa kehamilan?

Perut anda yang secara semulajadinya elastik membina ruang untuk ahli baru, dan semua organ bergerak dan menghimpit satu sama lain sementara uterus anda membesar. Inilah salah satu punca simptom ulu hati terbakar dan ketidak hadaman yang anda alami.

Walaupun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari luar, perubahan dalaman yang dialami badan anda semasa kehamilan adalah sangat menakjubkan.

Lihat bahan yang telah di sediakan oleh Sains dan Industri Muzium di Chicago, ia menunjukkan bagaimana dalaman anda melaraskan kedudukan setiap minggu.

Mari mulakan dengan minggu ke 5 dan ke 8 kehamilan anda. Anda mungkin tidak tahu yang anda sebenarnya hamil, namun pundi kencing anda sudah pun dipenyek. Dan ini menjelaskan mengapa anda ingin ke tandas setiap lima minit.

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Ia mula menjadi semakin menarik pada minggu ke 9 hingga ke 12. Jika perut anda mulai buncit, ianya masih kecil kerana uterus anda sedang melenyek usus anda.

Percepatkan masa ke 40 minggu, usus yang sama ‘hilang’, disebabkan itu sukar untuk anda makan di dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Menakjubkan , pada pertengahan kehamilan, perut anda ditolak hampir 45 darjah ke atas sehingga sama tahap dengan usus anda. Ini menyebabkan pedih ulu hati anda semakin terasa.

Di dalam trimester ke tiga, organ anda kehilangan seperti membuat persembahan akrobatik kerana hati dan paru-paru anda dipenyek oleh perut dan usus. Menyumbang kepada kenapa anda mula merasakan nafas anda pendek terutamanya bermula 31 minggu.

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Bahan yang disediakan muzium tersebut juga menunjukan perjalanan placenta yang melalui pelbagai perubahan di dalam 40 minggu.

Bermula dengan badan anda mula mencipta organ tersebut dari tiada apa-apa untuk menampung bayi anda. Melindungi bayi anda hingga ke waktu kelahiran.

Anda juga boleh lihat bagaimana organ anda kembali ke saiz, bentuk dan posisi asal semasa berpantang. Serta durasi masa uterus anda mengecil ke saiz asal. 

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Melihat apa yang terjadi di dalam badan anda, anda tahu bagaimana rasa tidak selesa itu terjadi. Kerana memberi ruang untuk bayi anda membesar.

Siapa sangka badan anda boleh membuat sesuatu yang sungguh menakjubkan, bukan? Memberi kita lebih sebab mengapa kita harus menghargai dan menjaga diri anda lebih lagi.

Foto ehsan Museum of Science and Industry

Antara perkara yang anda mungkin alami semasa hamil:

  • kerap ke tandas, anda akan rasa tandas merupakan tempat yang paling kerap anda kunjungi semasa hamil.
  • mengalami rasa sakit pinggang. Badan anda berubah hanpir 360 darjah! Malah berat juga bertambah. Disebabkan itulah anda rasa sakit pinggang
  • sembelit. Seperti rajah di atas, usus anda dihimpit dan dipenyek. Sembelit adalah salah satu perkara yang sering dialami ibu hamil. Minum air secukupnya.
  • tanda regangan (strechmarks). Perut anda mengembang demi memberi ruang untuk bayi anda, tentu saja kulit anda merenggang. Namun, tidak mustahil untuk mengelakkannya.
  • kekejangan kaki. Badan anda semakin berat dan kaki anda terpaksa menanggung beban yang lebih biasa. Salah satu punca mengapa kaki anda mudah kejang.

Tidak kira saiz, kecil atau besar, semua wanita hamil akan mengalaminya. Para suami, lihatlah secara visual apa yang dialami isteri anda. Ianya sungguh menakjubkan.

Sumber: whattoexpect, womenshealth 

The post Lihat bagaimana organ anda bergerak memberi ruang kepada bayi anda setiap minggu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>