Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Mengajar anak berpuasa? Cuba tips ini

$
0
0

Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga dan wajib ditunaikan oleh semua umat Islam apabila tiba bulan Ramadhan. Di dalam bahasa Arab, berpuasa bermaksud “menahan diri’.

Manakala dari segi syarak, berpuasa bermaksud “menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat”.

Bagi orang dewasa, ia mungkin mudah untuk memahami mengapa kita perlu berpuasa. Namun, bagi kanak-kanak, ianya sedikit mencabar untuk mengajar mereka erti puasa. Cuba tips berikut dalam mengajar anak berpuasa.

  1. Rukun Islam
    Semuanya harus bermula dengan asas yang kuat. Ajarkan mereka tentang berpuasa merupakan salah satu daripada rukun Islam. Tanamkan di dalam diri mereka tentang amalan rukun Islam yang wajib dipatuhi orang Islam dan berpuasa merupakan salah satu daripadanya.
  2. Menceritakan tentang kebaikan berpuasa
    Sama ada dari sudut agama mahupun dari sudut saintifik. Jelaskan kepada mereka tentang kebaikan-kebaikan berpuasa.
  3. Tidak memaksa atau mendesak
    Berikan mereka peluang untuk faham tentang puasa di bulan ramadhan. Biar mereka berpuasa mengikut kemampuan umur mereka. Mereka akan lebih ikhlas melakukannya dan ia akan menjadi lebih mudah buat mereka.
  4. Tegas
    Sekiranya usia mereka sudah cukup matang untuk berpuasa, kita sebagai ibu bapa harus tegas dalam menekankan pelaksaan ibadah puasa oleh mereka.
  5. Usia muda
    Mulakan pembelajaran tentang berpuasa dibulan ramadhan sejak mereka kecil. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dan mula berminat dengan ibadah puasa.
  6. Hormati orang berpuasa
    Ajaran mereka untuk memuliakan orang yang menjalankan ibadah puasa. Memberi keutamaan untuk berbuka dahulu, tidak makan atau minum dihadapan mereka, menjaga pertuturan dan kelakukan dihadapan mereka.
  7. Akibat tidak berpuasa
    Terangkan kepada mereka tentang akibat meninggalkan puasa. Biar mereka tahu yang meninggalkan puasa bukanlah satu pilihan melainkan sakit, bermusafir atau mereka yang mendapat ruksah berpuasa.
  8. Ganjaran
    Berikan mereka ganjaran untuk pencapaian mereka. Contohnya memasak masakan kegemaran mereka pada hari yang mereka berpuasa.
  9. Carta puasa
    Galakan mereka dengan membuat carta harian berpuasa. Letakan pelekat comel untuk membuatkan mereka teruja.
  10. Contoh
    Cara paling baik untuk menggalakan anak-anak ialah dengan menunjukan contoh yang baik. Tunjukan pada mereka kemanisan menjalankan ibadah puasa, mereka akan tertarik untuk mengikut.

Ia kelihatan seperti sukar tetapi sebenarnya ianya tidak. Percaya pada keupayaan mereka dan mereka akan percaya yang mereka boleh melakukannya. Ini merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dalam membentuk mereka.

Sumber: dalamislam, fabulous mama,

The post Mengajar anak berpuasa? Cuba tips ini appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>