Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Sebenarnya, Wanita Lebih Bercita-cita Tinggi Selepas Mempunyai Anak

$
0
0

Dahulu, ada kajian menyatakan yang mempunyai bayi hanya akan membuatkan seorang wanita itu kurang memberikan tumpuan kepada kerjayanya.

Tetapi, menurut satu kajian daripada Accenture ini pula, ibu-ibu yang kembali bekerja selepas mempunyai anak adalah sama bercita-cita tinggi seperti wanita tanpa anak-anak-atau, dalam beberapa kes, lebih lagi daripada itu!

Ibu yang bekerja masih ada cita-cita untuk naik jawatan dan naik gaji

Dalam kajian tersebut, ibu-ibu bekerja dikatakan mempunyai cita-cita untuk mendapatkan jawatan kanan kepimpinan (70 peratus) hampir sama seperti rakan-rakan wanita yang tidak mempunyai anak-anak (67 peratus), laporan Fortune.

Selain itu, ibu-ibu bekerja juga mengejar kenaikan pangkat dan gaji yang lebih tinggi.

Dalam kaji selidik itu, wanita yang mempunyai anak adalah 2.5 kali lebih cenderung untuk menukar pekerjaan kepada jawatan yang lebih tinggi atau gaji yang lebih besar berbanding mereka yang tidak mempunyai anak.

Ada juga para ibu yang ingin menjadi usahahawan berjaya

Wanita yang mempunyai anak juga jauh lebih cenderung untuk menjadi seorang usahawan.

Walaupun hanya 35 peratus daripada wanita tanpa anak yang berminat untuk memulakan perniagaan, lebih separuh daripada ibu-ibu yang dikaji (53%) berkata mereka ingin memulakan perniagaan dalam tempoh setahun.

Kaji selidik ini adalah sebahagian daripada laporan Accenture’s Getting to Equal 2017, yang termasuk jawapan dari lebih daripada 28,000 wanita dan lelaki di 29 negara.

Penemuan tentang para ibu ini dan cita-cita mereka adalah berdasarkan jawapan daripada 140 orang ibu bekerja dan 110 wanita yang bekerja tanpa anak di Amerika Syarikat.

Dilema antara karier dan keluarga

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa masih ramai wanita yang sanggup berkorban kerjaya untuk mengimbangi kedua-duanya; kerja dan keluarga.

Fortune melaporkan bahawa selepas menjadi ibu:

“Ramai wanita sanggup menukar waktu bekerja kepada waktu fleksibel walaupun diturunkan gaji.

Dalam kaji selidik itu, 25 peratus wanita kembali bekerja dengan jadual yang lebih fleksibel selepas melahirkan anak.

Tetapi 55 peratus daripada mereka sanggup mengambil pemotongan gaji untuk mendapatkan kelonggaran masa sebegitu.

Secara keseluruhannya, kaji selidik ini telah menunjukkan bahawa ibu berkerjaya masih berkeinginan untuk mengejar cita-cita dalam kerjayanya.

Ia didorong lagi oleh faktor membesarkan anak-anak!

Kalaulah syarikat-syarikat mendapat memo kajian dari Accenture dan menyokong ibu-ibu seperti ini, pasti seronok!

Rencana diterjemah daripada Working Mother.

The post Sebenarnya, Wanita Lebih Bercita-cita Tinggi Selepas Mempunyai Anak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Girasoles para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 7 Lies of Boys


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>