Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Apa Yang Anda Perlu Buat Kalau Negara Kita Diserang Pengganas

$
0
0

Kian hari, kita mendengar tentang banyak kejadian serangan keganasan.

Selepas dua serangan di U.K., kini negara-negara di rantau asia tenggara turut menjadi mangsa selepas kematian pembunuhan Mohammad Wanndy Mohamed Jedi di Syria pada Mac lepas.

Kejadian pengeboman telah berlaku di beberapa daerah di Thailand, Bali serta pertempuran di Mindanao, Filipina.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata:

“Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus bekerjasama rapat dengan angkatan tentera dari ketiga-tiga negara tersebut bagi memperkukuh kawalan keselamatan di negara masing-masing termasuk berkongsi maklumat risikan.”

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meminta supaya rakyat jangan ambil mudah apa yang telah berlaku di Manchester.

Lebih-lebih lagi dalam persiapan negara menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para Asean pada Ogos dan September ini.

Pengeboman boleh berlaku bila-bila masa, di mana-mana sahaja di dunia ini. Malaysia tidak terlepas dan (mungkin) akan mengalami perkara ini jika kita tidak berhati-hati.”

Sentiasa Bersedia Untuk Serangan Keganasan

Polis sedang menyiasat kejadian bom di Movida, Puchong. Sumber gambar : Malaysia Today Online News

Sentiasa berhati-hati. Serangan keganasan biasanya berlaku di tempat-tempat awam. Ketahui persekitaran anda.

Kalau di bangunan atau semasa mengambil pengangkutan awam, ketahui di mana pintu kecemasan.

Perhatikan tingkah laku sesiapa yang berkelakuan luar biasa, serta kenderaan atau pakej yang mencurigakan.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau kesangsian, maklumkan kepada polis dengan segera.

Ketika Kejadian

Semasa kejadian, cari jalan yang paling selamat keluar dari bangunan tersebut atau jalan selamat jauh dari kawasan itu.

Tinggalkan tempat itu secepat mungkin tetapi dalam keadaan yang tenang. Jangan berlari, kerana anda boleh disyaki sebagai pengebom.

Sekiranya anda tercedera, uruskan kecederaan anda terlebih dahulu sebelum menolong orang lain.

Apabila beredar bersama orang yang ramai, ikut jalan pinggir dengan tenang, tetapi jauhi diri dari kedai berkaca.

Ingat untuk mematuhi segala arahan dan perintah yang diberikan oleh polis atau pasukan penyelamat untuk pemindahan ke kawasan yang selamat.

Jangan panik dan jangan menolak-nolak.

Jika ada serpihan-serpihan yang jatuh dari atas – dapatkan perlindungan di bawah meja atau sesuatu yang kukuh.

Kalau terperangkap dalam runtuhan, tinggal dekat dinding dan cari barang keras yang boleh digunakan untuk mengetuk paip supaya penyelamat boleh mendengar anda.

Sumber gambar: Play Safe Be Safe

Jangan gunakan mancis atau pemetik api dalam kes kebocoran gas.

Kalau berlakunya kebakaran selepas serangan, asap menjadi ancaman utama kerana ia bergerak mendahului api, beracun dan boleh menyesakan pernafasan.

Rendahkan diri seberapa boleh, sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek.

Tutup hidung dan mulut anda dengan kain basah. Sekiranya pintu panas apabila disentuh, jangan membukanya. 

Di dalam situasi letupan yang berlaku di luar bangunan anda, tinggal di dalam dan jauhi diri dari tingkap, lif serta pintu luar.

Kita belum pasti sekiranya terdapat bom lain di kawasan itu. Jika anda melihat letupan, atau apa-apa tingkah laku yang mencurigakan, laporkan kepada polis.

Apabila Melawat Negara Dengan Risiko Keganasan

Sebelum melawat negara di mana terdapat risiko keganasan anda perlu terlebih dahulu mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai negara itu yang mungkin.

  • menjauhkan diri dari kawasan-kawasan yang mungkin menjadi sasaran keganasan pada masa lalu.
  • kenal pasti kawasan-kawasan pelancongan utama dan menjauhkan diri dari orang-orang yang mencurigakan.
  • Sedar tentang persekitaran anda.
  • Menjauhkan diri daripada perhimpunan besar atau demonstrasi.
  • Pasti anda mempunyai nombor telefon polis tempatan, hospital dan pejabat kedutaan.
  • Sediakan pelan untuk berpindah sekiranya terdapat kejadian.
  • Pastikan anda tahu beberapa nombor telefon pengangkutan tempatan dan syarikat-syarikat sewa kereta.
  • Telefon keluarga dan Konsulat negara atau Pejabat Kedutaan untuk memaklumkan kepada mereka mengenai lokasi dan keselamatan anda.

Sumber: Mstar, World Nomads, Red Cross, Malaysian Insight

The post Apa Yang Anda Perlu Buat Kalau Negara Kita Diserang Pengganas appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Pokemon para colorear


Tropa Quotes


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


Smile Quotes


EASY COME, EASY GO


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>