Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Bahayanya Membawa Anak Meluncur Papan Gelongsor

$
0
0

Siapa akan sangka sesuatu yang selalu dilakukan kebanyakkan ibu bapa, seperti mengendong anak meluncur papan gelongsor, sebenarnya tidak selamat?

Pasti ramai yang pernah melakukannya. Anda berada di taman permainan dengan anak, dan dia ingin main slide yang curam.

Seperti ibu bapa bertanggungjawab yang lain, pasti anda akan dudukkan anak atas paha, pegangnya dengan kuat, kemudian meluncur ke bawah, sambil ketawa dengan gembiranya.

Tetapi tahukah anda bahawa perbuatan ini sebenarnya tidak selamat dan membawa risiko anak patah kaki?

Daya geseran pada papan gelongsor

Gadis kecil sedang bermain papan gelongsor. Sumber gambar: County of Santa Barbara

Apabila kanak-kanak turun papan gelongsor dengan kasut bertapak getah, kasut itu boleh menyebabkan daya geseran.

Ini boleh menyekat pergerakan kanak-kanak tersebut dari meluncur ke bawah dengan lancar.

Ditambah pula dengan berat badan ibu bapa yang menolak kanak-kanak dari belakang, ini mampu menyebabkan kemalangan serius!

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Diane Arnaout, seorang pakar pediatrik di Cook Children’s Health Care System:

“Jika mana-mana bahagian kasut kanak-kanak itu melekat pada papan gelongsor, tambah dengan berat ibu bapa yang menolak ke bawah, kaki anak boleh terseliuh dan tulang kakinya boleh retak ataupun patah.”

Seram betul!

Kecederaan ini biasanya dikenali sebagai fraktur tibial spiral (shin bone patah) dan sebenarnya ia kecederaan yang biasa berlaku.

Dr. Arnaout telah merujuk kajian ini yang menunjukkan 14% dari kecederaan tibial spiral yang disebabkan oleh ibu bapa yang membawa anak meluncur bersama-sama.

Kajian itu juga menunjukkan kanak-kanak yang cedera semuanya dibawah umur 3 tahun dan berada di paha ibu bapa semasa meluncur.

Rawatan dan cara untuk mengelak kecederaan

Menurut The New York Times, yang membincangkan kecederaan ini dengan terperinci, ia bukan kecederaan yang ketara yang boleh dilihat oleh ibu bapa dengan segera.

Anak mungkin akan terincut-incut atau mengadu sakit sebelum anda menyedari apa yang telah berlaku.

Fraktur biasanya dirawat dengan kas kaki yang dibalut dari mata kaki hingga ke paras lutut.

Dalam kebanyakkan kes, pembedahan tidak diperlukan, dan kanak-kanak itu akan pulih dalam masa empat hingga enam minggu tanpa kesan sampingan yang berkekalan.

Kaki kanak-kanak berbalut kas kaki. Sumber gambar: What to Expect

Bayangkan betapa sakit hati ibu bapa apabila melihat anak mereka dalam kesakitan dan tidak dapat bergerak dengan senang.

Anak juga perlu menyesuaikan diri dengan memakai kas kaki selama sebulan. Semua ini pastinya bukan perkara yang senang. 

Ramai ibu bapa akan duduk bersama anak untuk bermain papan gelongsor kerana ingin anak mereka bermain dengan selamat, tetapi mereka tidak sedar tentang bahayanya serta risiko kecederaan yang boleh memudaratkan. 

Satu-satunya cara untuk mengelakkan kecederaan ini ialah dengan tidak meluncur bersama dengan anak. 

Ia adalah lebih baik untuk berdiri di sisi papan gelongsor dan memegang kedua-dua tangan anak anda. Atau, biarkan sahaja dia bermain sendiri – ala-ala ibu bapa dari Denmark.

Baca juga:

Ibu Ini Meniru Gaya Keibubapaan dari Denmark dan Mengakui Keberkesanannya

Sumber: Scary Mommy

The post Bahayanya Membawa Anak Meluncur Papan Gelongsor appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>