Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Gambar Syahdu Si Ibu Melahirkan Anak Lelaki Pertama Selepas Menanti 50 Tahun

$
0
0

Apabila Dara Crouch hamil kali kedua, dia tidak minta untuk mengetahui jantina anaknya.

Sebagai seorang jururawat wad bersalin, dia yakin bahawa dia akan melahirkan seorang anak perempuan lagi.

Lagipun, belum ada lagi anak lelaki yang pernah dilahirkan dari pihak keluarganya selama 50 tahun.

Baca tentangTepatkah Imbasan Ultrasound Dalam Menentukan Jantina Bayi?

Selepas empat jam sakit bersalin, pada jam 1:31 petang, bidannya telah mengumumkan bahawa anak yang dilahirkan adalah anak lelaki. 

Jadi bayangkan riak wajah Crouch, yang berjaya ditangkap oleh jurugambar dan rakan keluarga, Neely Ker-Fox.

Sumber gambar: Ker-Fox Photography/ kerfox.com

“Ia seorang anak lelaki dan saya sangat terkejut! Saya sangat teruja dan perasaan sayang yang tidak dapat dijelaskan terus memenuhi hati saya!”

Emosi Sebenar & Ikhlas

Sumber gambar: Ker-Fox Photography/ kerfox.com

Nasib baik, jurugambar Neely Ker-Fox dari Ker-Fox Photography berjaya menangkap reaksi Crouch yang terkejut apabila bidan mengesahkan ia seorang bayi lelaki.

Gambar-gambar ini menunjukkan Crouch dengan mata terbeliak dan mulut ternga-nga apabila melihat anaknya yang baru lahir.

Walaupun dia telah mengambil gambar lebih daripada 100 kelahiran, Neely berkata dia telah menitiskan air mata di belakang kamera untuk gambar dan momen yang epik ini.

Sumber gambar: Ker-Fox Photography/ kerfox.com

“Apabila Dara memandang ke arah bayinya, saya telah menangkap reaksi dan perasaan bimbangnya yang sangat jelas terpancar ketika dia menyambut anaknya (tanpa dia mengetahui sama ada ia anak lelaki atau perempuan). Saya telah menangis di belakang kamera.”

“Semua kerunsingan dan kebimbangan itu hilang dalam sekelip mata. Dan tidak kira apa jantina anak itu, perasaan sayang untuk anak kita adalah serta-merta sehingga meresap ke setiap sel dalam badan kita.”

Siapa penentu anak lelaki?

Sumber gambar: Gizmodo

Ayah atau ibu?

Biarpun ibu yang mengandung, genetik sperma ayah membawa dua jenis kromosom iaitu X atau Y.

Setiap sperma hanya akan membawa satu kromosom, sama ada X ataupun Y. Ovum ibu hanya memiliki kromosom X.

Apabila proses persenyawaan antara ovum dan sperma berlaku, sekiranya kromosom X milik ibu bertemu dengan kromosm X milik ayah, maka anak yang terhasil adalah anak perempuan.

Sebaliknya jika kromosom X milik ibu bertemu dengan kromosom Y milik ayah, maka anak yang terhasil adalah anak lelaki.

Jadi, adakah Crouch masih mempunyai peluang untuk mendapatkan seorang anak lelaki lagi?

Sudah tentu! Kromosom si ayah yang menentukannya!

Sumber: Metro, Today, Daily Mail

The post Gambar Syahdu Si Ibu Melahirkan Anak Lelaki Pertama Selepas Menanti 50 Tahun appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>