Ada khabar angin atau petua orang dahulu yang disebarkan bertahun-tahun lamanya bahawa, mengambil pisang secara konsisten sebelum mula hamil akan meninggikan potensi si ibu untuk mendapat anak lelaki.
Dan, yang kelakarnya, disebabkan petua orang lama ini, wanita yang mahu hamil juga akan memotong pisang berkenaan kepada beberapa bahagian jika mereka mahu mengandung baby perempuan pula.
Betul ke khabar angin atau ‘cakap orang tua’ ini?
Kajian menyatakan, mungkin ada sedikit kebenaran pada petua orang tua untuk hamil baby lelaki ini
Para pengkaji telah menemubual 740 orang wanita semasa kehamilan pertama mereka dan mendapati ibu hamil yang mempunyai diet tinggi potasium (salah satu vitamin penting yang ada dalam pisang) lebih cenderung untuk mendapat baby lelaki!

Sumber: Playbuzz.com
Terbukti benar atau tidak?
Itu semua kuasa Tuhan. Dia yang menentukan. Tetapi, tidak salah untuk kita berikhtiar, kan?
Jadi, jika anda mahu mendapatkan bayi lelaki pula atau kenal rakan-rakan yang teringin mendapat anak lelaki, anda kini sudah tahu makanan jenis apa yang mahu direkomenkan kepada mereka!
Sumber: Goodhousekeeping.com
Baca juga:
Cara tradisional untuk mengesan jantina bayi dalam kandungan
The post Berpotensi Dapat Baby Lelaki Jika Ibu Hamil Banyak Makan Pisang, Menurut Kajian appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.