Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Seorang Isteri Dengan Bijak Menolak Ajakan Suami Orang Untuk Curang!

$
0
0

Rakan Facebook

Seorang isteri yang tak mahu dikenali, telah membuktikan yang curang adalah satu pilihan. Dan dia menolak untuk melakukan pilihan tersebut!

Beliau berkongsi gambar screen grab perbualannya dengan seorang “suami orang” yang merupakan temannya di Facebook.

Ceritanya begini – Pada mulanya, wanita ini menerima teguran daripada suami orang tersebut menerusi mesej peribadi di Facebook.

Beliau kenal lelaki itu. Mereka pernah berbincang tentang politik sebelum ini. Tapi tiba-tiba, lelaki itu mengajaknya keluar dating!

Menolak dengan elok

Daripada gambar yang telah dikongsi, dapat dilihat lelaki itu merupakan ayah kepada dua orang anak

Jom keluar bila-bila?” ajak lelaki itu tanpa rasa malu. Wanita tersebut pada mulanya tidak menghiraukan mesej itu.

Tetapi lelaki ini tak berputus asa! Dia menghantar satu lagi mesej meminta perhatian. 

Kredit gambar: Imgur

Akhirnya, isteri ini mengambil keputusan untuk bertindak. Beliau menolak ajakan tersebut dengan lembut. Beliau menulis 

Saya mempunyai suami… dan saya hargai teguran/ajakan awak.

Lelaki itu terkejut apabila mengetahui beliau sudah berkahwin. Tapi dia tak kisah langsung! Sebaliknya, dia mahu mendedahkan sesuatu juga! 

Lelaki itu membalas –

Saya pun sudah berkahwin. Tapi, kita diam-diam cukuplah.

Amboi, suruh diamkan perbuatan curang ini pula! Wanita itu tidak menghiraukan ajakan lelaki tersebut.

Beliau sengaja membiarkan perbualan tergantung. Tetapi, lelaki itu sekali lagi menghantar pesanan mesej dengan emoji “menangis”.

Berang dengan “muka tak tahu malu” dan keengganan lelaki ini daripada berhenti mengganggunya, beliau membalas mesej itu dengan satu cerita yang penuh inspirasi! 

Anda pasti terkejut membacanya.

Kredit gambar: Imgur

Kasih sayang seorang suami pada isterinya

Beliau mendedahkan bagaimana sebelum ini, beliau telah disahkan menghidap penyakit barah. Hatinya berat untuk memberitahu hal ini pada anak-anak.

Tapi, kasih seorang suami sanggup menggalas derita isterinya. Suami beliau menjadi tunjang utama kenapa beliau kuat untuk melawan barah tersebut.

Suaminya tak lekang menjaga isterinya yang keluar masuk hospital kerana pembedahan, mengosongkan beg air kencing, memberikan suntikan mencairkan darah, dan memegang erat tangan si isteri yang kesakitan akibat kimoterapi.

Kasih sayang itu… cukup bernilai buat si isteri hingga dia tak sanggup untuk berlaku curang pada suaminya.

Ketika dalam kesakitan tersebut, beliau teringat akan lirik dari lagu What Sarah Said – “Cinta adalah melihat pasangan anda mati.”

Jadi, wanita itu membidas “suami orang” tersebut dengan menyoalnya –

Siapa akan melihat awak mati? Jaga rumah tangga awak dan berhenti ganggu saya!

Keberanian dan keuntuhan cinta isteri ini pada suaminya telah menerima pelbagai pujian daripada netizen. Semoga cinta mereka semakin berkembang dari hari ke hari.

Ambillah inspirasi daripada perkongsian ini. Cinta itu suci. Dan anda sebagai suami isteri telah berikrar untuk menjaga kasih suci ini apabila kalian menyatukan dua hati. 

Semoga perkahwinan kalian dilindungi selamanya, amin.

Sumber rujukan: Dailymail.co.uk

Baca juga

4 sebab perlu sayang pasangan lebih daripada anak

The post Seorang Isteri Dengan Bijak Menolak Ajakan Suami Orang Untuk Curang! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>