Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

7 Tanda Kurang Jelas Yang Sering Anda Abai, Di Mana Anak Perlu Perhatian Doktor

$
0
0

Apa tanda-tanda anak perlu jumpa doktor?

Setiap penyakit pasti ada tanda-tandanya yang tersendiri, tapi bagaimana pula kalau gejala penyakit itu tidak begitu jelas? 

Adakah ibu bapa akan mengganggap iasebagai tidak penting dan terus mengabaikannya?

Tahukah anda penyakit yang dapat dikesan lebih awal mempunyai peluang yang lebih baik untuk pulih dengan cepat?

Di bawah ini adalah 7 tanda-tanda kurang jelas yang anda sering abaikan, di mana ia menunjukkan anak anda perlu berjumpa doktor:

#1 Tahi lalat pada anak

Tahi lalat yang besar, semakin membesar dan mempunyai warna yang tidak normal mungkin tanda penyakit barah kulit melanoma.

Tahi lalat yang berkembang pada kadar yang sama dengan kanak-kanak pula adalah perkara biasa. Tahi lalat kanak-kanak juga boleh menjadi lebih gelap atau lebih cerah secara semulajadi.

Tapi tahi lalat yang berkembang (atau berubah) dengan cepat, adalah tanda yang membimbangkan – Akademi Dermatologi Amerika.

#2 Rambut gugur

Walaupun jarang berlaku, namun keguguran rambut adalah disebabkan oleh kekurangan nutrien tertentu menurut WebMD. Antaranya termasuklah:

  • Vitamin H, atau biotin, salah satu vitamin B kompleks yang membantu tubuh mengubah karbohidrat menjadi glukosa untuk tenaga badan.
  • Zink, mineral penting yang terlibat dalam pelbagai aspek metabolisme sel. Ia juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal semasa kehamilan, masa kanak-kanak, dan remaja.
  • Dalam kes tertentu rambut boleh gugur akibat terlalu banyak vitamin A.

Rambut gugur juga boleh disebabkan oleh penyakit Tinea capitis, iaitu sejenis kurap pada kulit kepala yang boleh merebak. 

#3 Mood dan perangai aneh

Perubahan dalam tingkah laku adalah salah satu tanda awal anak anda demam.

Tanda-tanda seperti kelesuan, kurang selera makan dan kerap menangis boleh menunjukkan anak dalam keadaan yang tidak selesa.

Periksa bayi anda dan pastikan ia bukan berpunca daripada masalah lain seperti lampin yang terlalu ketat.

Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika bayi anda menangis lebih lama dari biasa atau mempunyai tanda penyakit lain. – Standford’s Children Health

#4 Peningkatan saiz kepala

Menurut New York Times, di bawah adalah beberapa punca mengapa ubun-ubun bayi boleh berkembang:

  • Encephalitis – bengkak (keradangan) otak, yang paling kerap disebabkan oleh jangkitan
  • Hydrocephalus – penumpukan cecair di dalam tengkorak
  • Peningkatan tekanan intrakranium
  • Meningitis – jangkitan membran yang meliputi otak

#5 Pendengaran yang berkurangan

Bawa anak jumpa doktor untuk menjalankan ujian pendengaran jika anda perasan dia mengalami masalah untuk mendengar atau tidak bertindak balas apabila anda memanggilnya. 

#6 Selalu dahaga

Anak yang selalu dahaga mungkin menghidap penyakit kencing manis (Type 1 Diabetes Mellitus).

Dr. Greene berkata ibu bapa yang mengadu anak mereka terlalu kuat minum air selalu datang ke kliniknya kerana ingin tahu jika anak mereka menghidap penyakit kencing manis ataupun tidak.

Biasnya ujian kesihatan akan menunjukkan keputusan yang normal. Kemudian ujian air kencing akan diarahkan.

Dari ujian ini, doktor boleh mengesahkan jika mereka menghidap penyakit kencing manis ataupun tidak. 

#7 Anak berdengkur

Setiap bulan apabila bayi anda membesar dan saluran udaranya semakin matang, bunyi dengkur sepatutnya semakin reda.

Tapi jika anak terus berdengkur dengan kuat, catatkan corak tidurnya. Catatkan bunyi pernafasan bayi anda yang berbeza setiap hari.

Sekiranya keadaan bayi anda tidak bertambah baik malah semakin teruk, bincang hal ini dengan doktor pakar bayi anda. Ujian khas boleh dijalan untuk mengetahui punca masalah pernafasan anak. – Parenting

Mari sama-sama kita lebih peka dan jangan mengabaikan sebarang tanda-tanda kurang jelas tentang kesihatan anak-anak kita, ya.

Lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal di kemudian hari. 

Video penuh di bawah:

7 Unobvious Signs That Your Child Needs to See a Doctor.~Join our Facebook group to share all about your lovely baby. Photos, stories, experiences, recipes and support: https://www.facebook.com/groups/1267876726658608

Posted by Your Lovely Baby on Thursday, 10 August 2017

Sumber: Your Lovely Baby

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tutorial Cara-Cara Untuk Ajar Dan Buat Anak Anda Meniarap (Dengan Gambar)

The post 7 Tanda Kurang Jelas Yang Sering Anda Abai, Di Mana Anak Perlu Perhatian Doktor appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


EASY COME, EASY GO


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>