Asam garam berumah tangga
Setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Sekejap berbaik dan bermesra, sekejap lagi bergaduh dan berperantakan.
Saya bukan seorang pakar perkahwinan atau pakar terapi.
Sepanjang mendirikan rumah tangga dengan pasangan, entah berapa kali saya terfikir untuk berputus asa.
Entah berapa kali saya fikir kan bagus kalau pasangan saya begini, begini, begini.
Entah berapa kali juga saya cuba untuk angkat kaki dari hubungan ini kerana tidak tahan dengan cabaran yang mendatang.
Namun, semuanya dapat saya elak berkat 14 benda ini. Takkan nak runtuhkah mahligai ini senang-senang, saja!
Ya, 14 benda ini menyelamatkan saya dari rasa tawar hati dengan pasangan. Dan kalau anda rasa anda melalui fasa yang sama dengan saya, ayuh baca dan ingat 14 benda ini:
1. Ingat yang perasaan bukan selalunya betul
Kalau ikut hati, mati. Itulah perumpamaan yang sering kita dengar dan ia ada betulnya.
Perasaan boleh menyesatkan anda. Orang yang menipu, membalas dendam dan menggoda pasangan lain sebenarnya terpedaya dengan perasaan sendiri.
Dan perasaan itu akan pergi dengan sendiri. Jangan terlalu ikut hati. Seimbangkan ia dengan kebijaksanaan.
2. Cinta bukan satu perasaan saja
Cinta adalah satu komitmen, satu tanggungjawab dan satu pilihan.
Memang kadang-kadang kita rasa tawar hati, tak rasa romantik dan lovey dovey lagi dengan pasangan.
Perasaan boleh berubah, tapi komitmen itu tetap ada. Jadi ingatlah, anda yang buat pilihan untuk tetap mencintai pasangan, walau apa pun yang terjadi.
3. Ingat janji pada pasangan
Masih ingat saat akad nikah anda? Saat pasangan mencium lembut dahi anda? Saat kalian saling berjanji untuk menjaga satu sama lain?
Ingatlah janji itu. Ingat mengapa anda memilih untuk mengahwininya.
4. Lihat gambar intim kalian
Cuba lihat gambar kalian dulu-dulu. Anda akan ingat sampai mana dah anda dan pasangan sampai.
Kadang-kadang, apabila kita sudah hilang arah, memori seperti ini akan mengembalikan kita pada realiti. Anda boleh cuba!
5. Solat
Kita boleh hilang arah dan membuat kesilapan. Tapi dengan melakukan solat dan mendekatkan diri dengan Tuhan, insyaAllah, Tuhan akan memberi pencerahan.
6. Keluar dating
Ambil keputusan untuk cipta memori baru. Apabila anda asyik rasa nak berputus asa, anda dan pasangan akan semakin berjauhan.
Buang rasa nak angkat kaki, cuba semarakkan rasa cinta.
Keluar, pergi dating macam pasangan bercinta yang baru kenal. Jangan buat cinta terlalu menyerabutkan.
7. Buang benda negatif
Hati-hati ketika anda sedang berduka. Jangan hampiri sesuatu yang negatif.
Sebenarnya, lebih ramai orang gembira sebuah rumah tangga retak, berbanding gembira melihat 2 cinta disatukan.
Hati-hati memilih siapa yang mendengar keluhan anda.
8. Tengok filem atau baca buku romantik

Kredit: Air Combat Command
Ini akan mengingatkan anda tentang bagaimana cinta mampu menempuh apa pun cabaran. Percaya dalam cinta anda.
9. Senaraikan kenapa anda mencintai pasangan
Memang perangai manusia untuk fokus pada benda buruk saja apabila kita tak ingat sesuatu yang baik.
Cuba lihat pasangan dalam cara yang seimbang. Nanti anda pasti ingat mengapa anda mengahwininya.
10. Tiada cinta yang sempurna
Semua cinta ada cabarannya, sama ada dari segi kewangan, kesihatan, komunikasi, mertua, kerja, keibubapaan, masalah salah faham dan sebagainya.
Cabaran ini untuk menguji cinta anda. Kalau anda dan pasangan sama-sama berganding bahu mengatasinya, pasti cinta kalian akan lebih kukuh.
Cinta adalah “saya tetap ingin bersama awak, walau apa pun yang terjadi.“
11. Kaji masa lepas anda
Adakah anda memang cepat berputus asa sebelum ini? Kalau ya, mungkin sudah tiba masanya untuk berhenti bersikap demikian.
Anda boleh melawan semua cabaran, percayalah!
12. Semak semula apa yang anda mahu
Adakah anda atau pasangan terlalu mahu sesuatu yang mustahil? Cubalah perlahan-lahan.
Sama-sama jadi matang dengan pasangan.
13. Dengar lagu cinta kalian
Jika anda dan pasangan ada lagu special tentang memori-memori indah, cuba dengar balik lagu itu. Masih ingat rasa cinta pada waktu itu?
14. Cuba perbaiki perkahwinan ini
Apapun yang berkurangan dalam perkahwinan itu, cubalah berusaha untuk memperbaikinya. Perlahan-lahan.
Kerjasama dengan pasangan.
Mungkin apa yang anda rasa tawar hati itu sebenarnya kerana penat dan kecewa. TAK MENGAPA DAN TAK SALAH untuk rasa penat dan kecewa.
Tapi jangan berputus asa!
Berjanjilah, selagi ia boleh diselamatkan, selamatkan perkahwinan dan rasa cinta anda itu.
Mudah-mudahan, semuanya berkekalan hingga ke anak cucu. Amin.
Sumber rujukan: AllAfrica
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
The post Jika Anda Mula Tawar Hati Dengan Pasangan, Ingatlah 14 Benda Ini… appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.