Felicia rasa tidak percaya apabila mengetahui suaminya telah memeriksa telefon bimbitnya.
Dia baru tahu tentang hal ini apabila nampak suami dengan wajah marah sambil memegang telefonnya yang tertingal di rumah.
Suami Felicia, Rick, marah apabila mendapat tahu tentang panggilan dan teks antara Felicia kepada seorang kawan lelaki yang telah Felicia kenali sejak kolej lagi.
Rakan lelaki itu adalah kawan karib Felica dan Rick tidak pernah melarang persahabatan mereka sebelum ini.

Kredit: all4women.co.za
Pasangan yang cemburu
Apabila anda hidup dengan pasangan yang senang cemburu, kehidupan anda boleh bertukar jadi penuh cabaran.
Anda perlu menjaga hati suami setiap masa dan ini termasuklah mengendali rasa cemburu yang boleh timbul pada bila-bila masa.
Apakah yang anda boleh lakukan apabila pasangan selalu rasa cemburunya?
Walaupun ia sangat meletihkan dari segi mental, sebenarnya ada banyak benda yang anda boleh lakukan.
3 tip berguna untuk kendali pasangan yang kuat cemburu
#1 Tetapkan batasan dan fikir tentang diri anda
Cuma anda sendiri yang tahu jika anda benar-benar tidak bersalah.
Adakah perbuatan anda melampaui batas dan selalu mencetuskan rasa cemburu pasangan anda?
Adakah perbuatan anda akibat kurang rasa percaya sehingga memberi kesan kepada perkahwinan anda?
Ini bukan soal anda perlu mengaku bersalah.
Sebaliknya, ini cuma supaya anda boleh lihat jika perbuatan anda telah menyumbang kepada ketegangan dan konflik yang ada dalam perkahwinan anda.
Adakah anda suka bermain-main cinta dengan orang lain? Mungkin anda menganggap ini sebagai perkara kecil dan tidak bermotif, tapi pasangan anda mungkin tidak bersependapat!
Luangkan sedikit masa untuk benar-benar menilai tabiat sendiri. Cuba lihat dari perspektif pasangan dan lihat jika ia boleh menimbulkan rasa cemburu.
#2 Tetapkan batasan kerana sayang dan ingin cipta positif
Tapi apabila pasangan menyemak telefon, ini adalah perbuatan yang mencerobohi hak peribadi!
Tetapi jangan lupa anda juga telah menyumbang kepada rasa tidak percaya ini.
Tenangkan diri dulu. Apabila minda dan perasaaan anda sudah tenang, bawalah berbincang dengan pasangan.
Contohnya, anda boleh mengatakan:
“Saya rasa perbuatan awak mencerobohi hak peribadi saya apabila awak menyemak telefon saya tanpa izin.
Saya marah dan tidak suka dituduh melakukan perbuatan yang salah. Saya akui saya selalu cari kawan saya apabila saya sepatutnya bergantung kepada awak.
Mari kita bincang cara terbaik untuk membina semula amanah itu.
Saya akan menjawab sebarang soalan yang awak ingin tanya, tapi saya tidak memberi izin untuk menyemak telefon saya lagi!”
#3 Sedar anda tidak boleh “mengubah” perangai pasangan anda
Rasa cemburu pasangan bukan sesuatu yang anda boleh “betulkan” atau “selesaikan” untuknya.
Anda boleh bersikap jujur dan terbuka tentang perasaan anda terutamanya apabila dituduh bersalah tanpa sebab.
Anda boleh berbincang dan menyokong usahanya untuk mengatasi rasa cemburu dengan syarat-syarat tertentu.
Dia tidak boleh menyalahkan anda seorang dan anda juga tidak boleh selalu mengalah kerana tidak mahu berkelahi.
Biar pasangan tahu yang anda sedang cuba memulihkan amanah yang hilang dan anda ingin berkerjasama untuk membinanya semula.
Tetapi ini bukan kerja sebelah pihak sahaja dan dia juga perlu mengatasi rasa cemburunya dengan harapan satu hari nanti perkahwinan ini boleh kembali gembira dan kukuh untuk masa yang lama
Sumber: Your Tango
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Untuk Ibu-Ibu Yang Tak Bahagia Dalam Perkahwinan Namun Kekal Demi Anak
The post 3 Cara Melayan Pasangan Yang Kuat Cemburu Dengan Tenang & Rasional appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.