Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Rumah tak terurus, suami cari pasal? Berikan dia tips ini untuk “serikan” rumah tangga/isteri

$
0
0

Tugas seorang suri rumah bukannya mudah walaupun mereka hanya menjaga anak, memasak dan mengemas rumah. Tahukah anda bahawa tugas mereka bukannya terhad kepada rumah atau anak? Menjaga anak tidak bermaksud, membiarkan anak untuk bermain sendirian sementara si ibu memasak atau mengemas rumah.

Anak kecil biasanya rapat dengan ibu, sambil si ibu tiada masa untuk memasak, pergi ke tandas, mandi, gosok gigi ataupun mengemas rumah. Ragam anak kecil memang susah dan lebih menyusahkan, jika si ibu terpaksa menjaga lebih daripada seorang anak.

Terdapat pelbagai cerita yang menceritakan bahawa si suami memandang rendah kepada si isteri yang memilih untuk menjadi seorang suri rumah sambil mengatakan isteri mereka bodoh, hanya tahu untuk minta duit dari suami, rumah bersepah, mereka berbau dan tak cantik dan banyak lagi.

screen-shot-2016-10-22-at-2-38-47-pm-671x459

Sampai si suami juga memberi alasan untuk kahwin lagi kerana isteri kelihatan kotor, masam, tak jaga penampilan diri dan tak menarik lagi. Berikut adalah pendapat dan tips dari Taufiq Razif untuk “menyerikan” isteri dan rumah tangga anda.

Meluat tengok rumah dan isteri tak terurus

shutterstock_401581672-1

Walaupun isteri anda tidak berkerja di pejabat seperti anda, kerjanya di rumah lebih berat dari kerja pejabat anda. Bayangkan, karenah dan ragam seorang anak kecil berumur 4 tahun yang memerlukan perhatian penuh ibunya, sampai isteri tidak sempat makan, basuh gigi, mandi dan beliau hanya boleh memasak bila anak sedang tidur. Sarapan pagi dimakan waktu petang, mandi pula pada waktu malam.

Tak secantik dulu

shutterstock_431659036-1

Walaupun isteri tak secantik ataupun badannya tak seramping dulu, tapi, anda harus ingat, badannya yang tak ramping telah melahirkan anak untuk anda, anak yang mengambil nama anda, anak yang menyusu dari badan isteri anda, pengorbanan seorang ibu tidak terkata.

Tahukah anda bahawa seorang ibu menyusu akan kehilangan 3%-5% dari ketumpatan tulangnya? Dalam usia tuanya kelak, kebarangkalian beliau menghidap osteoporosis akan meningkat dan gigi beliau juga boleh patah.

Nampak “free” tapi tidak

work-at-home mum

Walaupun nampak “free” tapi, jadualnya penuh seperti seorang yang berkerja dalam pejabat yang harus menghadiri mesyuarat. Isteri harus memastikan anak diberi makan pada waktu tengah hari, mandi pada waktu pagi, masak tiga kali sehari, dan juga bagaimana untuk membahagikan masanya untuk anak sulung dan bongsu.

Tiada masa rehat

shutterstock_165911252-1

Kita yang berkerja selama 5 hari pun mengadu penat dan perlu cuti sehari dua, tapi, tugas seorang suri rumah tiada waktu, tiada cuti dan tiada gaji. Kerja di pejabat boleh mula pukul 9 pagi hingga 6 petang, kerja seorang suri rumah, tiada waktu yang tetap.

 

Tips untuk “serikan” isteri

Berilah masa kepadanya

shutterstock_239702677-1

Jagalah anak sekali sekala supaya isteri boleh rehat, tidur atau membaca. Biarlah beliau rehat dan masa untuk bersendiri. Carilah spa Muslimah dan biarlah beliau rehat dan dimanjakan disana.

Belanjalah isteri anda

shutterstock_297164753-1

Jika ada rezeki, belanjalah isteri anda baju baru ke, atau tudung baru ke, ataupun anting anting atau apa sajalah asalkan isteri gembira. Bawalah isteri keluar “berdating” sekali sekala juga akan meriangkan hati isteri anda.

Urut badan isteri

shutterstock_230753512 (2)

Isteri memang penat kalau jaga anak, mengemas rumah dan juga jaga suami. Si suami janganlah balik dari kerja dan tangok TV saja, perhatikan isteri anda, bagaimana letih badannya yang mendukung anak anda dari pagi ke petang. Urutlah badannya yang letih itu. Ia akan memperbaiki mood isteri anda.

Melancong dan bersiar-siar

shutterstock_223129576

Semasa cuti panjang, bawalah isteri dan anak anak untuk memakan angin. “Confirm” isteri dan anak gembira.

Suami-suami sekalian, anda berkahwin dengan isteri anda kerana cinta dan seorang pendamping hidup yang dianugerahi Tuhan, anda tidak berkahwin dengan hamba abdi, jadilah seorang suami yang baik yang menolong isteri di rumah dan juga seorang bapa yang disayangi oleh anak-anak.

Isteri juga ada matlamat dan impian untuk dikecapi, tetapi kerana sayangkan anak, beliau sanggup mengorbankan matlamat dan impian beliau.

Rencana dipetik dari OhBulan dan Taufiq Razif

The post Rumah tak terurus, suami cari pasal? Berikan dia tips ini untuk “serikan” rumah tangga/isteri appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>