Banyak jenama lampin menyatakan bahawa mereka anti bocor. Tetapi, nyatanya, kebocoran lampin tetap menjadi masalah bagi sebahagian ibu bapa.
Apa sebenarnya yang menyebabkan lampin anak bocor walaupun anda sudah memakaikan lampin berjenama?
1. Ukuran lampin
Walaupun di setiap bungkusan lampin sudah disertakan panduan ukuran sesuai dengan berat badan anak, namun belum tentu ukuran tersebut sesuai dengan anak anda.
Beberapa anak memiliki badan yang lebih besar dari seharusnya sehingga ukuran lampinnya juga harus disesuaikan. Ingatlah, lampin yang pas untuk anak adalah yang menutup sempurna di bahagian punggungnya.
2. Salah pemakaian (tiada jurang antara lampin dan kulit)
Kadang-kadang, kerana si manja tidak boleh duduk diam, ibu bapa akan buru-buru memakaikannya, mengakibatkan kebocoran lampin.
Pastikanlah pelekat lampin anak melekat sempurna di bahagian perut dekat pusat serta tidak ada bahagian lampin yang terselit di lipatan punggungnya.
3. Tidur meniarap
Ternyata, ada sebahagian bayi lebih puas tidur meniarap. Perkara tersebut boleh menyebabkan lampin mudah bocor kerana penyerapan cairan yang tidak sempurna.
Trik mengatasinya, lipat sedikit lampin bahagian atas sehingga membentuk ‘penahan’. Ini akan membantu menahan cairan merembes keluar dan mengelakkan kebocoran lampin.
4. ‘Zakar’ muncul
Jika anda mempunyai anak lelaki, biasanya mereka tidak perlu menggunakan lampin jika sudah matang dan boleh mulakan potty training.
Mereka akan sering berusaha menurunkan lampinnya dan bermain-main dengan zakarnya.
Kedudukan zakar yang tidak pada tempatnya inilah yang membuat kebocoran terjadi. Sebelum anak tidur, pastikanlah lampinnya ketat dan zakar berada di kedudukan bawah.
Rujukan: babycenter.com
The post Kenapa Lampin Bayi Sering Bocor? Ini Dia Penyebabnya! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.