Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

6 Mitos Masalah Tidur Bayi Dan SIDS Serta Fakta Sebenar Dari Pakar

$
0
0

Masalah tidur bayi

Isu keibubapaan adalah satu isu yang besar. Ia meliput pelbagai perkara, dari sekecil hal seperti hingus atau masalah tidur bayi sehinggalah ke sebesar hal seperti pemakanan, kesihatan dan pernafasan selamat untuk bayi.

Ada antara kita bergantung kepada info dari buku, laman web mahupun page keibubapaan di Facebook.

Ada juga yang bergantung kepada pengalaman atau nasihat ibu bapa lain. Apabila bercakap tentang masalah tidur bayi, kadangkala kita mungkin menerima info yang salah.

Akibatnya, kita sering keliru antara mitos dan fakta. Dalam isu pola dan cara tidur bayi, amat penting kita mengamalkan cara yang betul.

Jika tersilap langkah, ia boleh mengundang kepada sindrom kematian bayi secara tiba-tiba, atau juga dikenali sebagai SIDS.

Mitos masalah bayi & SIDS dan fakta sebenar yang perlu anda tahu

cara bayi tidur yang betul

Kredit: Honest.com

Jadi ibu ayah sekalian, mari kita tahu beberapa mitos popular tentang isu tidur anak kecil dan ketahui fakta sebenar mengenainya.

Ia diterangkan oleh doktor pakar kanak-kanak, Dr. Harvey Karp.

Mitos 1: Bayi anda tidur lena di bilik yang sunyi

Tidak benar. Malah, bilik yang terlalu senyap akan menyusahkan lagi bayi untuk tidur lena.

Anda perlu tahu yang rahim adalah tempat yang bising, lebih bising daripada bunyi vakum hampagas dan ia berbunyi selama 24 jam sehari!

Selama 9 bulan, si kecil anda tidur dalam rahim sambil mendengar deruan bunyi aliran darah melalu plasenta.

Jadi baginya, bunyi yang senyap adalah sesuatu yang pelik!

Apabila dia tidur dalam bunyi yang sunyi dan dia terdengar bunyi yang kuat secara tiba-tiba, dia terkejut kerana perubahan daripada senyap ke bising.

Fakta yang sebenar adalah ini: bayi anda akan mudah tidur lena jika anda memainkan bunyi bising putih, atau white noise, semasa dia tidur siang atau tidur malam.

Mitos 2: Anda tidak patut kejut bayi yang sedang tidur

cara kejut bayi

Kredit: Citybaze.com

Salah tu! Anda boleh mengejutkan si kecil yang sedang tidur dengan teknik yang dikenali sebagai “wake and sleep“.

Teknik ini mengajar bayi tentang kemahiran menenangkan diri. Begini caranya:

  • Mulakan awal dari hari pertama kelahirannya
  • Kejut bayi anda dari tidur selepas meletakkannya dalam katil kot
  • Geletek tengkuk atau kakinya sehingga mata si kecil terbuka perlahan-lahan
  • Tidak berapa lama selepas itu, dia akan tidur semula

Disebabkan itulah teknik ini digelar “kejut dan tidur”. Dalam masa beberapa saat semasa anak anda mamai, dia sebenarnya sedang menenangkan dirinya sendiri.

Jadi, gunakan teknik di atas untuk mengejut bayi anda dari tidur secara lembut!

Mitos 3: Bayi tidak tidur lena apabila dibedung kerana dia mahu bebas

katil kot bayi

Kredit: Baby-direct.com.au

Tidak juga. Bayi anda mungkin meragam dan tidak mahu dibedung pada awalnya. Dari raut wajahnya, dia kelihatan seperti sangat tidak menggemarinya.

Tapi, anda perlu tahu yang si kecil tidak memerlukan kebebasan. Yang diperlukannya ada keselamatan; rasa selamat seperti dalam rahim.

Tanpa membedung, tangannya akan bergerak, terpukul muka sendiri dan mudah terkejut ketika tidur di waktu malam. Inilah sebabnya mengapa dia asyik terjaga dan tidak tidur lena.

Membedung adalah langkah pertama teknik menenangkan diri. Jadi, anda perlu menggunakan teknik membedung dan 5S ini untuk memastikan si kecil anda kekal tenang dan dapat tidur dengan baik.

Mitos 4: Kita perlu latih bayi tidur dalam bilik sendiri 

Ia hanya akan menyukarkan proses anda menyusu dan menukar lampin jika si kecil tidur di bilik yang berasingan. Jika tidak kena gaya, ia juga boleh jadi berbahaya!

American Academy of Pediatrics mencadangkan bayi tidur di bilik ibu ayah sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Si kecil itu perlu tidur secara menelentang di dalam katil kotnya sendiri, dan bukan tidur bersama di katil ibu ayah.

Langkah ini ternyata telah mengurangkan kadar kematian bayi secara tiba-tiba ataus SIDS!

Mitos 5: Membedung patut dihentikan selepas 2 bulan

cara bedung bayi

Kredit: Babyology.com.au

Membedung membantu mengurangkan masalah bayi meragam dan isu tidur.

Tapi, ada juga kajian terbaru yang menunjukkan bagaimana bayi yang dibedung dan menerbalikkan dirinya ketika tidur mempunyai risiko 2 kali ganda untuk mengalami SIDS.

Disebabkan hal ini, akademi kanak-kanak menyarankan supaya ibu ayah menghentikan aktiviti membedung pada bayi mereka.

Tapi, Dr. Harvey Karp menyatakan yang ia mungkin saranan yang logikal, tapi telah mengabaikan sama sekali risiko bahaya tidak membedung.

Menurut beliau, statistik kematian bayi ketika dibedung hanyalah sebanyak 22 kes sahaja berbanding kes kematian akibat tidak dibedung!

Mitos 6: Tidurkan bayi secara menelentang telah menghapuskan risiko SIDS

Cara tidur bayi yang tidak selamat dikatakan punca utama kepada kemalangan kematian bayi ketika tidur.

Tahukah anda yang 70% kes kematian bayi secara tiba-tiba berlaku di katil ibu bapa, sofa dan pelbagai tempat lain yang tidak sesuai untuk bayi?

Penting untuk anda tahu tentang mantra keselamatan tidur bayi, iaitu ABC: Alone, Back, Crib. Ia adalah tidur secara bersendirian (Alone), menelentang (Back), dan tidur di dalam katil kot bayi (Crib).

Walaupun penting untuk bayi tidur secara menelentang, anda masih perlu mengambil beberapa langkah waspada yang lain. Antaranya seperti:

  • Pastikan tiada selimut atau barangan lain di dalam katil bayi yang mungkin boleh menyebabkan bayi anda lemas
  • Tidur secara menelentang di atas dada ayah dan ibu boleh jadi berbahaya. Jika kepalanya bergerak atau terjatuh ke sisi, ia akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas
masalah tidur bayi dan sindrom sids

Kredit: Returntonow.net

Bezakan antara mitos dan fakta. Mari jadi ibu ayah yang bijak!

Dengan memahami mitos dan fakta di atas, anda pasti dapat mengambil langkah bijak dalam memastikan si kecil anda kekal tidur lena dan dalam keadaan selamat.

Kongsikan artikel ini kepada ibu ayah yang lain. Semakin ramai yang tahu, semakin sedikit kes SIDS di negara kita. Harapnya begitulah!

Sumber: Cnn.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Jururawat Ini Mengingatkan Ibu Bapa Tentang Bahaya Membedung Terlalu Ketat

The post 6 Mitos Masalah Tidur Bayi Dan SIDS Serta Fakta Sebenar Dari Pakar appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>