Demam denggi di Malaysia
Bagi negara tropika seperti Malaysia, demam denggi bukanlah kes yang pelik. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 70,000 kes demam denggi telah direkodkan sehingga bulan November 2017.
Satu angka yang menakutkan!
Bercakap tentang demam denggi, terdapat pelbagai remedi semulajadi yang disarankan oleh orang dulu-dulu, terutamanya dalam membantu menaikkan platlet darah yang sentiasa dipantau pada pesakit denggi.
Boldsky telah berkongsi 7 tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu meningkatkan platlet bagi pesakit denggi. Mari lihat apakah tumbuh-tumbuhan ini:
AMARAN: Dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mencuba tumbuhan yang disenaraikan ini.
1. Daun betik
Daun betik terutamanya betik Carica memang diketahui secara meluas dapat membantu pesakit demam denggi berdarah. Apa yang mungkin anda tidak tahu, ia seharusnya diminum secara mentah. Tapi bagaimana?
Daun betik yang sudah dibersih haruslah dilumat untuk mengambil ekstraknya. Kemudian, ia dicampur dengan air suam atau sejuk. Ada yang mencampurkan gula merah atau gula kabung bagi mengurangkan rasa pahit daun ini.
Kuantiti yang disarankan untuk orang dewasa ialah 3-4 sudu setiap 6 jam.
2. Bayam
Bayam adalah sayur yang kaya dengan vitamin K. Bayam memang terkenal sebagai sayur yang membantu meningkatkan darah. Dan di dalam hal ini, ia juga mampu menaikkan platlet darah untuk pesakit demam denggi.
Memakan bayam membantu mengurangkan darah terkumpul dan menaikkan bacaan platlet. Cara menggunakan tumbuh-tumbuhan ini senang saja. Rebuskan daun bayam, sejukkan dan kemudian campur setengah gelas jus tomato. Minum 2 kali sehari.
3. Aloe vera
Tumbuhan yang sangat banyak manfaatnya, sama ada untuk kecantikan atau kesihatan. Dan di dalam hal ini, aloe vera juga membantu meningkatkan platlet di dalam badan.
Malah, aloe vera juga bukan saja membantu membersihkan darah, ia juga mengurangkan risiko jangkitan berkenaan darah. Minum jus aloe vera adalah cara yang bagus untuk meningkatkan bacaan platlet.
4. Wheatgrass
Satu lagi herba atau tumbuhan yang membantu meningkatkan bacaan platlet. Selain membantu menaikkan platlet, wheatgrass juga membantu menaikkan sel darah merah dan darah putih. Caranya ialah minum jus wheatgrass bersama jus lemon.
5. Tulsi (holy basil)
Tulsi ialah herba yang banyak manfaat kepada pelbagai masalah kesihatan.
Selain menaikkan bacaan platlet, ia juga dikatakan mampu menaikkan tahap imuniti seseorang dan mengurangkan tahap stres. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengunyah daun ini.
6. Amla atau The Indian Gooseberry (Gooseberi India)
Salah satu herba Ayurvedik yang dikatakan mengubat semua masalah adalah buah amla. Selain menaikkan platlet, amla juga dikatakan meningkatkan sistem imunisasi.
Caranya ialah makan 2-3 amla setiap pagi semasa perut kosong.
7. Guduchi
Nama lainnya ialah Giloe, satu lagi herba Ayurvedik yang bukan sahaja membantu meningkatkan platlet malah melindungi badan dari pelbagai penyakit. Caranya ialah minum 2-3 sudu jus Giloe setiap satu jam.
Memang sebelum adanya perubatan moden, semua bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semulajadi. Namun, adalah lebih selamat jika anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
The post 7 tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu jika anda terkena demam denggi appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.